Penerbangan 301 Lao Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penerbangan 301 Lao Airlines

Salah sebuah daripada enam buah pesawat ATR-72 dikendalikan oleh Lao Airlines
Ringkasan occurrence
Tarikh 16 Oktober 2013
Ringkasan Dalam penyiasatan
Tempat Pulau Done Kho, Sungai Mekong, Pakse, Laos
15°11′8.84″U 105°42′39.87″T / 15.1857889°U 105.711075°T / 15.1857889; 105.711075Koordinat: 15°11′8.84″U 105°42′39.87″T / 15.1857889°U 105.711075°T / 15.1857889; 105.711075
Penumpang 44
Anak kapal 5
Kematian 49 (semua)
Terselamat 0
Jenis pesawat ATR 72-600
Pengendali Lao Airlines
Pendaftaran RDPL-34233
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane, Laos
Destinasi Lapangan Terbang Antarabangsa Pakse, Laos

Penerbangan 301 Lao Airlines ialah satu penerbangan domestik terjadual dari Vientiane ke Pakse, Laos. Pada 16 Oktober, pesawat ATR 72-600 yang mengendalikan penerbangan ini terhempas ke dalam Sungai Mekong di Pakse, meragut kesemua 49 orang di dalamnya.

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat yang terlibat ialah sebuah ATR 72-600, nombor pendaftaran RDPL-34233, nombor siri 1071. Pesawat ini telah dihantar kepada Lao Airlines pada 29 Mac 2013.[1]

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pesawat ini mengendalikan satu penerbangan penumpang terjadual domestik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pakse, Laos.[1][2] Penerbangan ini berlepas dari Vientiane pada 14:45 waktu tempatan (07:45 UTC), dan terhempas ke dalam Sungai Mekong semasa mendekati Pakse pada kira-kira 16:00 waktu tempatan (09:00 UTC).[3] Ada lima orang anak kapal dan 44 orang penumpang di dalamnya. Kesemua 49 orang terbunuh.[4] Cuaca dilaporkan lemah pada masa itu kerana baki Taufan Nari.[2][5]

Mangsa terdiri daripada sebelas kewarganegaraan berlainan. Tujuh belas orang merupakan orang Laos.[4] Tujuh daripada korban merupakan orang Perancis, lima orang merupakan orang Thai, lima orang merupakan orang Australia, tiga orang merupakan orang Korea Selatan, dua orang merupakan orang Vietnam, seorang merupakan orang China, seorang merupakan orang Taiwan, seorang merupakan orang Amerika dan seorang lagi merupakan orang Kanada.[6][7][8]

Kemalangan ini merupakan yang paling banyak meragut nyawa yang pernah berlaku di tanah air Lao dan juga merupakan yang paling banyak meragut nyawa untuk penerbangan ini sejak ditubuhkan pada 1976.[9][10][11] Kemalangan ini merupakan penerbangan membawa maut pertama di atas penerbangan Lao Airlines sejak 19 Oktober 2000.[12]

Penyiasatan[sunting | sunting sumber]

Pihak berkuasa Laos memulakan penyiasatan mengenai kemalangan ini. Pengilang pesawat ini, ATR dan Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile Perancis (BEA) membantu mereka.[2] BEA mengutus empat orang penyiasat ke Laos.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Lao Airlines ATR 42/72 - MSN 1071 - RDPL-34233". airfleets.net. http://www.airfleets.net/ficheapp/plane-atr-1071.htm. Capaian 16 Oktober 2013. 
  2. 2.0 2.1 2.2 Hradecky, Simon. "Crash: Lao AT72 at Pakse on Oct 16th 2013, went into Mekong River on approach". The Aviation Herald. http://avherald.com/h?article=46a05359&opt=0/. Capaian 16 Oktober 2013. 
  3. "Lao plane crashes into Mekong River, 39 people killed". Voice of Russia. http://voiceofrussia.com/news/2013_10_16/Lao-plane-crashes-into-the-Mekong-River-6294/. Capaian 16 Oktober 2013. 
  4. 4.0 4.1 Doksone, Thanyarat. "49 feared dead in plane crash in Laos". Associated Press. http://bigstory.ap.org/article/thai-official-says-plane-crash-laos-kills-44. Capaian 16 Oktober 2013. 
  5. "Dozens reported killed in Laos plane crash". CNN. 16 Oktober 2013. http://www.cnn.com/2013/10/16/world/asia/laos-plane-crash/index.html?hpt=hp_t2. Capaian 16 Oktober 2013. 
  6. "Au moins sept Français morts dans un accident d'avion au Laos" (dalam bahasa French). Le Monde. 16 Oktober 2013. http://www.lemonde.fr/asie-pacifique/article/2013/10/16/quarante-quatre-morts-dans-un-accident-d-avion-au-laos_3496816_3216.html. Capaian 16 Oktober 2013. 
  7. "Lao Airlines plane crashes, 49 killed". Bangkok Post. 16 Oktober 2013. http://www.bangkokpost.com/news/local/375031/lao-airlines-crash-in-pakse-kills-all-49-on-board. Capaian 16 Oktober 2013. 
  8. "At least 44 people die in plane crash". BBC News. 16 Oktober 2013. http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-24554128. Capaian 16 Oktober 2013. 
  9. Aviation Safety Network - Laos air safety profile
  10. Aviation Safety Network - Lao Aviation
  11. Aviation Safety Network - Lao Airlines
  12. Aviation Safety Network - Harbin Yunshuji Y-12-II, October 19, 2000
  13. "Vol QV 301 du 16 Octobre 2013 - ATR 72-600" (dalam bahasa Perancis). Bureau d'Enquêtes et d'Analyses pour la Sécurité de l'Aviation Civile. http://www.bea.aero/fr/enquetes/pakse/pakse.php. Capaian 17 Oktober 2013.  (Arkib)