Pengguna:KLITE789/Siti Nurhaliza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PERINGATAN: Laman ini merupakan DRAF. Jangan apa-apakan laman ini melainkan anda ingin memberi sumbangan kepada isi rencana ini.[sunting | sunting sumber]

Saya mendapati rencana Siti Nurhaliza yang sedia ada di WBM tidak banyak rujukan, jadi rasanya hendak 'menyusun semula' rencana tersebut agar berpotensi menjadi rencana pilihan suatu hari nanti.

Pada 20–21 April 2007, Siti mengambil bahagian dalam Konsert Istana Cinta Nostalgia, sebuah acara penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma di Istana Budaya, Kuala Lumpur yang mempersembahkan pelbagai lagu ciptaan Tan Sri P. Ramlee sendiri, yang dinyanyikan oleh Siti dan artis jemputan yang lain.[1]

Siti Nurhaliza di belakang pentas Konsert Suara Hati Sudirman Arshad pada April 2007.

Tahun 2007 juga menyaksikan penyertaan Siti dalam rakaman runut bunyi filem, yang mana beliau menyumbangkan lagu "Menanti Pasti" untuk filem Kayangan, dan "Hati" untuk 1957: Hati Malaya. Hanya lagu Hati disertakan dalam album studio ke-12 beliau, Hadiah Daripada Hati[2] dan juga menerima anugerah Lagu Tema Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.[3]

Dalam cubaan berlakon pertamanya, Siti memegang watak Azizah, kekasih misteri P. Ramlee, dalam muzikal Remy ... Kisah P. Ramlee, sebuah lagi penghormatan kepada P. Ramlee, di Istana Budaya pada 19 Oktober hingga 3 November 2007.[4]

Album studio ke-12 Siti, Hadiah Daripada Hati keluar pada 10 Disember 2007. Lagu "Ku Mahu" daripada album ini menjadi single pertama dan lagu tema siri televisyen Spa Q.[5] "Melawan Kesepian" menjadi single kedua dan runut pertama yang ada video muzik. Lagu ini adalah rakaman semula daripada lagu asal dendangan kugiran Jikustik dari Indonesia.[6] Usaha lakonan pertama beliau dalam Remy juga memperkenalkan single ketiganya, "Mulanya Cinta", ciptaan Dick Lee dari Singapura.[7] Album ini meraih anugerah-anugerah Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Melayu) (untuk lagu "Cintamu"), dan Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita) (buat kali kesembilan) pada Anugerah Industri Muzik 2008.[8]

Siti juga menjadi antara tokoh-tokoh yang paling kerap dicari oleh pengguna Google dari Malaysia, menurut data Google's 2007 Malaysia Year-End Zeitgeist, mengatasi selebriti lain seperti Paris Hilton dan Britney Spears.[9] Pada Januari 2008, Siti dinamakan sebagai salah seorang daripada Asia's Idols oleh Asia News Network kerana pencapaian yang menjadi contoh serta mencapai taraf ikon hiburan Malaysia.[10]

Pada 26 Disember 2008, keluarnya album studio Siti yang ke-13, Lentera Timur, album etnik kreatif keempat daripada beliau.[11] Siti mengulas bahawa album ini mengandungi lagu-lagu yang lebih moden dan kontemporari, tidak seperti genre tradisional yang pernah didendangkannya sebelum ini.[12] Sembilan daripada 13 lagu terpilih didatangkan daripada bengkel penulisan lagu "Cipta Ekspress – Berirama Malaysia" yang dianjurkan oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Malaysia (MACP) khas untuk mencari bahan untuk album ini.[11] Album Lentera Timur meraih anugerah Albom Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik keseluruhan, di samping Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Wanita) (untuk "Di Taman Teman") di Anugerah Industri Muzik 2009.[13] Pada tahun 2009 juga, kekayaan Siti dianggarkan mencecah RM 50 juta oleh MTV Asia, sekaligus memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang jutawan dalam bidang hiburan Asia Tenggara.[14]

Siti merakam dua lagu untuk filem Indonesia, Perempuan Berkalong Sorban, iaitu "Ketika Cinta" (lagu asal Opick) dan "Batasku Asaku" (lagu baru ciptaan Siti).[15] Kedua-dua lagu tersebut disertakan dalam album studio ke-14-nya, Tahajjud Cinta.[16]

Pada 15 Februari 2009, bapa Siti, Taruddin Ismail meninggal pada 11.50 pagi ketika usia 67 tahun, setelah menjalani pembedahan pintasan jantung, meninggalkan tujuh anak dan 10 cucu.[17][18] Sempena mengenang pemergian arwah bapanya, Siti berkabung selama 40 hari dan menghindari aktiviti hiburan sepanjang tempoh itu, kecuali Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 Hijrah.[19] Selepas habis berkabung, Siti menjayakan SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza, sebuah konsert tiga hari yang bermula pada 26 Jun 2009 di Kuala Lumpur. Tiket-tiketnya habis dijual sebelum malam pertama.[20] Di samping mendapat sanjungan tinggi daripada para penonton, persembahan ini dihadiri hadirin yang terkenal dari serantau seperti Krisdayanti dan Rossa dari Indonesia.

Pada 23 Julai, kemahirannya selaku bekas duta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia diuji apabila beliau bersama seorang doktor panel Media Prima melakukan resusitasi jantung paru-paru (CPR) pada Yasmin Ahmad apabila sutradara itu rebah tiba-tiba ketika membuat pembentangan di Sri Pentas.[21][22] Yasmin meninggal dalam hospital akibat angin ahmar dua hari kemudian.

Pada bulan Ogos, Siti dikurniakan saluran sendiri beliau di saluran 188 Astro, iaitu Channel Siti selama 28 jam pada 30 Ogos 2009, untuk menayangkan rakaman konsert SATU pada Jun lalu, rakaman Fantasia Tour pada tahun 2004 dan video muzik Siti pilihan.[23]

Pada 9 September 2009, di tengah bulan puasa, album Tahajjud Cinta akhirnya keluar dengan menampilkan lagu-lagu bergenre kerohanian. Pada 28 Disember, keluarnya sebuah lagi album duet Siti Nurhaliza bersama Krisdayanti, iaitu CTKD, di pasaran Malaysia, diikuti keluaran di pasaran Indonesia pada 27 Januari 2010.[24][25]

2010–kini:SimplySiti[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari 2010, Siti bergabung tenaga bersama M. Nasir untuk mengadakan Konsert Bagaikan Sakti di Esplanade – Theatres on the Bay, Singapura, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran 955 Astro Box Office Events, dengan ulang tayang pada 2–10 Januari.[26] Syarikat beliau, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. turut mengadakan konsert untuk dua orang seniman baru terunggul Malaysia, Faizal Tahir dan Aizat, berjudul Konsert Satu Suara dengan iringan Simfoni Orkestra Kebangsaan oada 12 hingga 14 Februari di Istana Budaya.[27]

Pada 25 Mac, Siti menerima anugerah pertamanya pada tahun itu, iaitu Anugerah Artis Contoh HIP TV 2009[28] mengungguli empat calon lain berdasarkan undian SMS penonton.[29] Pada 30 Mac, beliau melancarkan jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti. Produk-produknya menjalani penyelidikan dan pembangunan di Korea, serta diterapkan nanoteknologi sebelum menerima kelulusan halal oleh JAKIM.[30] Tak sampai dua bulan selepas pelancarannya, SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.[31]


6 days later, she received her 13th consecutive award of Penyanyi Wanita Paling Popular 2009 (Most Popular Female Singer 2009) and the overall category award, Bintang Paling Popular 2009 (Most Popular Artist of 2009) from Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2009 with votes from over 225 300 votes from the readers of Berita Harian. The latter one is her seventh time winning the same accolade.[32]

On April 21, Siti won herself another two awards based on popular votes through SMS service from Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (APPMH) 2009/10 (Media Hiburan Readers' Choice Awards 2009/10). She won the award for Artis Wanita Berkulit Cantik 2009/10 (Female Artist With A Flawless Skin 2009/10) and special piece of the ceremony, Anugerah Khas APPMH 2009/10 (Special Award of APPMH 2009/10).[33][34]

On May 2, she won herself her sixth and seventh awards of 2010 from Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 2010 (17th Malaysian Music Industry Awards 2010) where she bagged two vocal awards, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) (Best Vocal Performance In A Song (Female)) through her single, Ku Percaya Ada Cinta and Persembahan Vokal Berkumpulan Dalam Lagu (Best Group Vocal Performance In A Song) through her single, Amarah from her collaboration album with Indonesian artiste, Krisdayanti, CTKD. This is her 11th time winning Best Vocal Performance out of 17 years history of AIM, creating a record of her own.[35][36]

Less than two months after being commercialized since late March, her skincare products range, SimplySiti received "The Best Halal Product" under Cosmetic category by Halal Journal Magazine.[37]

She also won another two awards from local fashion magazine, EH! voted by users through online and mail poles, Anugerah Stail EH! 2010 (EH!'s 2010 Style Awards) for the category of Selebriti Pencapaian Terbaik (Celebrity with the Best Achievements) and Selebriti Contoh (Role Model Celebrity) in July 21.[38]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zieman (April 24, 2007). "Siti hidupkan khazanah P. Ramlee dalam Konsert Istana Cinta". mStar Online. Dicapai pada 2007-04-24.
  2. ^ "Hadiah hati Siti". Metro Ahad. Digital Collections DC5: Cross Search. December 9, 2007. Dicapai pada 2010-09-02.
  3. ^ "Tuah filem hitam putih". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. August 11, 2008. Dicapai pada 2010-09-02.
  4. ^ "Siti akhirnya berlakon". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. August 4, 2007. Dicapai pada 2010-08-06.
  5. ^ "(Sesuatu yang dicari peminat ... )". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 10 Januari 2008. Dicapai pada 2010-08-06.
  6. ^ "Lagu Hantaran Daripada Hati `hidupkan' Wadi Unung". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. August 27, 2009. Dicapai pada 2010-08-06.
  7. ^ "Hadiah hati Siti". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 9 Disember 2007. Dicapai pada 2010-08-06.
  8. ^ "Faizal Tahir Rocks at AIM Awards". New Straits Time. Dicapai pada 2008-04-04.
  9. ^ "Hit list". The Star. 17 Januari 2008. Dicapai pada 2010-01-03. Text "Wong Li Za" ignored (bantuan)
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Asia’s Idols tidak disediakan
  11. ^ a b "Lentera Timur". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 4 Januari 2009. Dicapai pada 2010-08-06.
  12. ^ "Misi angkat muzik tradisi". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 16 Januari 2009. Dicapai pada 2010-08-06.
  13. ^ Siti Azira Abd. Aziz (4 Mei 2009). "Penantian 7 tahun Misha berbaloi, Siti tetap unggul". mStar Online. Dicapai pada 2010-01-03.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Milik harta tujuh angka tidak disediakan
  15. ^ "Siti's Almighty album". New Straits Time. Digital Collections DC5: Cross Search. October 2, 2009. Dicapai pada 2010-09-03.
  16. ^ Shazryn Mohd. Faizal (11 Ogos 2009). "Antara dua dunia Siti". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 2010-09-03.
  17. ^ Budiey Isma (16 Februari 2009). "Ayah Dato' Siti Nurhaliza Selamat Disemadikan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2010-04-11.
  18. ^ Roslen Fadzil (15 Februari 2009). "Ayah Siti Nurhaliza Meninggal Dunia". Murai.com.my. Dicapai pada 2010-04-11.
  19. ^ "Siti derita ingat abah". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 28 Februari 2009. Dicapai pada 2010-09-05.
  20. ^ Shuib Talib (June 21, 2009). "SHUIB ON SUNDAY: Can't get enough of Siti". The New Straits Time. bNet. Dicapai pada 2009-06-21.
  21. ^ Rizal Johan & Alan Koay (July 23, 2009). "Film director Yasmin Ahmad in hospital (Update 7)". The Star Online. Dicapai pada 2010-04-11.
  22. ^ Au Yeong How & Shahril Adzrin (July 23, 2009). "Pengarah Yasmin Ahmad selesai jalani pembedahan otak". mStar Online. Dicapai pada 2010-04-11.
  23. ^ "Tune in to SITI TV this Merdeka". Malay Mail Online. August 28, 2009. Dicapai pada 2010-05-22.
  24. ^ Budiey Isma (25 Disember 2009). "Gambar Kulit Album Duet Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2010-05-22. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  25. ^ Hizreen Kamal (January 27, 2010). "Two divas, one album". New Straits Time. Digital Collections DC5: Cross Search. Dicapai pada 2010-09-05.
  26. ^ "Astro Siarkan Secara Langsung Konsert Bagaikan Sakti M.Nasir & Datuk Siti Nurhaliza". mStar. Dicapai pada 2010-01-18.
  27. ^ Wahi Aziz (December 13, 2009). "Siti Akan Terbitkan Konsert Aizat & Faizal Tahir di IB". mStar Online. Dicapai pada 2010-01-18.
  28. ^ "Keputusan Undian SMS Parti HIP TV Memuaskan". mStar Online. 4 April 2009. Dicapai pada 2010-04-06.
  29. ^ Siti Azira Abd. Aziz (31 Mac 2009). "Artis Tak Harap Pada Rupa Antara Kelainan 'Parti HIP TV'". mStar Online. Dicapai pada 2010-04-06.
  30. ^ Farihad Shalla Mahmud (31 Mac 2009). "Siti perkenal SimplySiti". Berita Harian online. Dicapai pada 2010-04-06.
  31. ^ Mohd Al Qayum Aziz (29 Mei 2010). "SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik". Mstar Online. Dicapai pada 2010-04-06.
  32. ^ Akmal Abdullah (April 5, 2010). "ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular". Berita Harian Online. Dicapai pada 2010-04-06.
  33. ^ Budiey Isma (April 22, 2010). "Senarai Pemenang Anugerah PPMH Ulangtahun Ke 25 Media Hiburan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2010-06-26.
  34. ^ Budiey Isma (April 22, 2010). "Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH Media Hiburan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2010-08-26.
  35. ^ Azhariah Kamin (May 3, 2010). "Yuna wins big at AIM awards". the Star Online. Dicapai pada 2010-05-03.
  36. ^ Esme Johari Wahab (May 3, 2010). "Siti tetap unggul". myMetro. Dicapai pada 2010-05-03.
  37. ^ Mohd Al Qayum Aziz (May 29, 2010). "SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik". Mstar Online. Dicapai pada 2010-04-06.
  38. ^ Haswari Ali (July 22, 2010). "Kerana Cantik & Seksi, Rozita Menang". Murai.com.my. Dicapai pada 2010-07-22.

Kod wiki yang berguna[sunting | sunting sumber]

<ref>{{cite news|title= |author= |work= |page= |date= |url= |accessdate= }}</ref>