Hadiah Daripada Hati
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Hadiah Daripada Hati | ||||
|---|---|---|---|---|
![]() |
||||
| Album studio oleh Siti Nurhaliza | ||||
| Dikeluarkan pada | 10 Disember, 2007[1] | |||
| Genre | Pop | |||
| Masa | 47:52 | |||
| Label | SNP | |||
| Penerbit | Dato' Siti Nurhaliza Aubrey Suwito Audi Mok Jenny Chin Greg Henderson Sharon Paul Azlan Abu Hassan |
|||
| Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
|
||||
Hadiah Daripada Hati adalah album studio ke dua belas Siti Nurhaliza. Ia memuatkan 11 buah lagu ciptaan dari komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada awal Disember 2007. Hadiah Daripada Hati juga merupakan album studio Siti yang kedua diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions.Album ini telah terjual melebihi 15,000 unit.
Antara yang terlibat didalam pembikinan album ini ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, Pongky, Cynthia, Taufik, Fahmi dan Dick Lee. Single pertama ialah Ku Mahu, dan single kedua yang dijangkakan ialah Melawan Kesepian ciptaan Pongky.[2]
| “ | Sesuatu yang gembira mahu Siti khabarkan kepada anda semua adalah mengenai album baru Siti yang sudahpun ada judulnya iaitu "Hadiah Daripada Hati". Album ini sudah 80 peratus siap pembikinannya dan akan dipasarkan awal Disember ini. Doakan segalanya berjalan dengan baik dan album ini dapat menambat hati anda. Siti telah berusaha memberikan yang semampunya daripada Siti dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya nanti. Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara. Ada pelbagai rentak lagu, ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Semoga anda bersedia menerima kehadiran "Hadiah Daripada Hati" dengan hati yang lapang. | ” |
|
—Siti Nurhaliza, www.sitizone.com |
||
Isi kandungan |
Senarai runut [sunting]
| No. | Tajuk | Lirik | Gubahan | Masa |
|---|---|---|---|---|
| 1. | "Ku Mahu" | Rina Khan | Audi Mok | 3:13 |
| 2. | "Melawan Kesepian" | Pongky Barata | Pongky Barata | 4:34 |
| 3. | "Mulanya Cinta" | Adlin Aman Ramly | Dick Lee | 4:51 |
| 4. | "Tanpa Kalian" | Taufik, Dato Siti Nurhaliza | Taufik | 4:31 |
| 5. | "Biarkan" | Azalea | Azlan Abu Hassan | 3:50 |
| 6. | "Kerana Dirimu" | Cynthia Lamusu | Cynthia Lamusu | 5:28 |
| 7. | "Hati" | Shuhaimi Baba | Sharon Paul | 4:19 |
| 8. | "Wanita" | Shanty Ramadani, Dato Siti Nurhaliza | Muhamad Fahmi | 4:25 |
| 9. | "Cintamu" | Fedtri Yahya | Sharon Paul | 4:47 |
| 10. | "Sutramaya" | Tinta S. | Aubrey Suwito | 4:01 |
| 11. | "Sekian Lama" | Azalea | Azlan Abu Hassan | 3:53 |
Single [sunting]
- Ku Mahu
- Cintamu"
- Melawan Kesepian
Anugerah [sunting]
- Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album(Wanita) - Hadiah Daripada Hati
- Album Pop Terbaik - Hadiah Daripada Hati
- Susunan Muzik Terbaik Di Dalam lagu (Bahasa Malaysia) - Cintamu
Anugerah MACP 2008
- Susunan Muzik Terbaik
Maklumat tambahan [sunting]
- Penerbit eksekutif: Siti Nurhaliza
- Promosi: Unit Promosi SNP dan Suria Records Sdn.Bhd.
- Edaran: Suria Records Sdn. Bhd.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Hadiah Daripada Hati...". SitiZone.com - Siti Nurhaliza Official Website. http://sitizone.com/main/index.php?option=com_content&task=view&id=42&Itemid=31. Capaian December 04.
- ↑ http://calmille.free.fr/main/?p=166
|
||||||||||||||||||||||||||
