Pengimbasan progresif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengimbasa progresif atau bukan selang-seli ialah kaedah pemaparan, penyimpanan atau pemancaran imej bergerak yang mana semua garis dalam setiap bidang dikeluarkan berturut-turut, berbanding dengan kaedah selang-seli dalam sistem televisyen lama yang mana medan bergaris ganjil dan bergaris genap dikeluarkan secara bersilih ganti.

Sistem ini pada mulanya dikenali sebagai "sequential scanning" (pengimbasan berjujukan) ketika digunakan untuk memancarkan televisyen 240 garis ciptaan John Logie Baird dari Istana Alexandra, England, pada tahun 1936, dan juga siaran uji kaji oleh Baird juga, menggunakan 30 garis pada 1920-an.

Indian Head interlace.gif

Animasi ini membandingkan pengimbasan progresif dengan selang-seli, di samping juga menunjukkan kesan kerlipan antara garis yang timbul dari paparan selang-seli. Di sebelah kiri anda adalah dua imej imbasan progresif; di tengah adalah dua imej berselang-seli; dan di kanan adalah dua imej berpengganda garis. Imej-imej di atas adalah berleraian asal, yang di bawah pula setelah diantialias. Imej-imej berselang-seli menggunakan separuh lebar jalur berbanding imej progresif. Imej di lajur tengah benar-benar menyalin piksel-piksel imej kiri, tetapi mengalami kerlipan akibat selang-seli. Video berselang-seli sebenar mengaburkan butir-butiran sebegini untuk mencegah kerlipan, tetapi seperti yang dilihat di baris bawah, proses pengaburan (atau antialias) sebegini menjejaskan kejelasan imej. Pengganda garis tidak dapat memulihkan imej yang diselang-seli terdahulu di bawah tengah kepada mutu penuh imej progresif di kiri atas.

(Perhatian: Disebabkan kadar segar semula telah diperlahankan tiga kali, dan leraiannya adalah kurang separuh dari video berselang-seli yang biasa, maka kerlipan dan kelihatan garis-garis hitam dalam imej tadi adalah terlebih-lebih. Selain itu, imej-imeh di atas adalah berdasarkan rupanya pada monitor yang tidak menyokong imbasan selang-seli, seperti monitor PC, atau peti televisyen LCD atau plasma, iaitu imej-imej dipaparkan dengan menggunakan mod yang sama dengan imej progresif.)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]