Perbincangan:Mohd Hisamudin Yahaya

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penghapusan[sunting sumber]

Saya rasa tiada masalah jika sumber rujukannya ada. Cuma perlu diperjelaskan lagi fakta dalam rencana ini tentang beliau dengan meletakkan sumber rujukan yang boleh dipercayai. — i Wong (bincang) 01:05, 28 Februari 2013 (UTC)[balas]

Masalahnya bukan rujukan, tapi persoalan tentang notability. Saya sokong dihapuskan, kalau tidak setiap orang yang mencapai 15 minutes of fame tetapi tak layak masuk nota kaki sejarah pun akan dimuatkan ke dalam wikipedia. :) Algazel (bincang) 01:43, 28 Februari 2013 (UTC)[balas]

Macam ini jelah, saya sarankan kita buat laman pengundian untuk menghapuskan laman.----Aplikasi (Bincang) 01:48, 28 Februari 2013 (UTC)[balas]

Saya tak ingat rencana apa, tetapi ia berkenaan ahli politik Singapura yang dicipta oleh Malekhanif. Ia juga tidak mencapai standard tapi masih diberi laluan di sini. Apapun, kita beri masa seminggu untuk pencipta rencana atau yang lain meletakkan lagi sumber rujukan. Jika tak, saya setuju ia dihapuskan. — i Wong (bincang) 01:55, 28 Februari 2013 (UTC)[balas]
Tak payah buat laman undi, cakap shj di sini sokong atau tidak. Bagi saya, orang politik hanya jelas terkenal kalau jadi ketua atau wakil rakyat, bukan setakat exco. Sekiranya ada jumpa rencana lain yang kelayakannya diragui, silalah calonkan, orang lain mungkin tak perasan. ...Aurora... (b) 07:44, 28 Februari 2013 (UTC)[balas]
Saya harap tak dibuang. Kerana Hisamudin Yahaya ni boleh dikatakan notable. Cumanya dia tidak ada kontroversi. Namun saya serahkan kepada admin untuk membuat keputusan. Saya sokong laman ini dibenarkan. Saya pun telah meletakkan beberapa rujukan untuk untuk laman tersebut. Terima Kasih :) ...kucingbiru13... Kucingbiru13 (bincang) 03:52, 5 Mac 2013 (UTC)[balas]
Cuba lihat rujukan yg anda beri dan bandingkan dengan rujukan di rencana ketua Pemuda Khairy Jamaluddin. Dalam tajuk rujukan rencana Hisamudin, cama disebut exco member atau Umno Youth dsb., tak disebut nama beliau. Sedangkan tajuk rujukan rencana Khairy jelas dinyatakan Khairy tawar diri tanding ketua Pemuda atau Khairy Jamaluddin Sells Entire Stake In ECM Libra Avenue. Itu bukti Hisamudin tak terkenal. ...Aurora... (b) 06:52, 6 Mac 2013 (UTC)[balas]
Baiklah, kami admin di Wikipedia Bahasa Melayu akan mempertimbangkannya.----Aplikasi (Bincang) 04:16, 5 Mac 2013 (UTC)[balas]
Setuju untuk dihapuskan kerana saya menyokong pendapat Aurora. — i Wong (bincang) 05:19, 6 Mac 2013 (UTC)[balas]
Tidak setuju Tak payah dipadam, rencana ini juga turut terdapat di Wikipedia bahasa Inggeris. Saya rasa tiada sebab rencana ini untuk dihapuskan.--Aplikasi (Bincang) 05:47, 12 Mac 2013 (UTC)[balas]
Aplikasi, sebabnya dah dinyatakan. Sekiranya semua orang di atas tidak berubah pendirian, rencana ini akan dihapuskan sekalipun ia diterima di Wikipedia lain. ...Aurora... (b) 08:01, 12 Mac 2013 (UTC)[balas]

Dah dua minggu lebih. Dihapuskan memandangkan bukti kelayakan tiada dan lebih ramai bersetuju menghapuskannya. Sekiranya dia jadi Ketua Pemuda, boleh pulihkannya. ...Aurora... (b) 03:45, 15 Mac 2013 (UTC)[balas]