Peso Argentina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peso Argentina (ISO 4217: ARS) adalah mata wang rasmi negara Argentina. Simbol yang digunakan ialah "$" dan ia terbahagi kepada 100 centavos.

Matawang kertasnya terdiri dari denominasi 2, 5, 10, 20, 50, dan 100 peso. Matawang syilingnya yang pula termasuk duit bernilai $1, 0.50, 0.25, 0.10, 0.05 dan 0.01.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, peso datangnya dari dolar perak Sepanyol, yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "pieces of eight" yang dipopularkan dalam kisah-kisah lanun dahulu kala.

Peso bermaksud berat, merujuk kepada sifat utama duit syiling tersebut yang mempunyai berat yang tertentu. Lombong bijih perak di Argentina telah membekalkan sumber perak yang mencukupi untuk pembuatan duit peso ini. Dari segi sejarah sehingga 1826, 1 peso bernilai 8 reales Sepanyol. Dari 1826 sehingga 1991 matawang Argentina ini telah melalui perubahan yang mendadak.

Satu sifat yang penting adalah peso ini mempunyai tepian yang boleh menunjukkan sama ada duit ini telah diubahsuai atau tidak. Mengubahsuaikan wang peso merupakan amalan biasa kerana dengan mencairkan tepian duit emas atau perak ini, seseorang itu boleh mendapat logam bermutu tinggi. Oleh sebab peso merupakan duit perak tulin dengan berat yang tertentu, agak sukar untuk membuat wang palsu dan ia merupakan matawang yang popular hinggalah kehari ini.