Saint Pierre dan Miquelon
|
Collectivité territoriale de Saint-Pierre-et-Miquelon
|
||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
|
|
||||||
| Moto: A Mare Labor (Latin) "Dari Laut, Kerja" |
||||||
| Lagu: La Marseillaise | ||||||
| Ibu negara dan bandar terbesar |
Saint-Pierre 46°47′U 56°10′B / 46.783°U 56.167°B |
|||||
| Bahasa rasmi | Bahasa Perancis | |||||
| Kerajaan | Wilayah tangungan | |||||
| - | Presiden Perancis | Nicolas Sarkozy | ||||
| - | Presiden Majlis Wilayah]] | Stéphane Artano | ||||
| - | Pengawas | Yves Fauqueur | ||||
| Overseas collectivity | ||||||
| - | Diserahkan oleh UK† | 30 Mei 1814 | ||||
| - | Wilayah luar negara | 27 Oktober 1946 | ||||
| - | Jabatan luar negara | 17 Julai 1976 | ||||
| - | Territorial collectivity | 11 Jun 1985 | ||||
| - | Overseas collectivity | 28 Mac 2003 | ||||
| Kawasan | ||||||
| - | Jumlah | 242 km2 (ke-208) 93.4 sq mi |
||||
| - | Perairan (%) | sedikit sahaja | ||||
| Populasi | ||||||
| - | Januari 2006 (anggaran) | 6,125 | ||||
| - | Kepadatan | 25/km2 (ke-176) 66/sq mi |
||||
| GDP (PPP) | 2003 anggaran | |||||
| - | Jumlah | $48.3 juta (ke-226) | ||||
| - | Per kapita | $6,874 (tidak diukur) | ||||
| Mata wang | Euro (€)[1] (EUR) |
|||||
| Zon waktu | PMST (UTC-3) | |||||
| - | Musim panas (DST) | PMDT (UTC-2) | ||||
| Kod panggilan | 508 | |||||
| Internet TLD | .pm | |||||
| † Perjanjian Paris (1814). | ||||||
Saint-Pierre dan Miquelon merupakan kepulauan Perancis yang terletak di utara Lautan Atlantik, 25 km di selatan Pulau Newfoundland, Kanada. Dahulunya ia merupakan jabatan seberang laut kemudian kumpulan wilayah berstatus khas. Sekarang ia merupakan kelompok seberang laut (collectivité d'outre-mer dalam bahasa Perancis).
Kepulauan ini terdiri daripada tiga pulau utama : Saint-Pierre, yang terkecil tetapi menempatkan 90 % daripada jumlah penduduk kepulauan, Miquelon, dan Langlade, di mana kedua-dua pulau tersebut dihubungi oleh tanah genting pasir sejak abad ke-17. Saint-Pierre dan Miquelon juga terdiri daripada beberapa pulau kecil yang tidak diduduki manusia.
Bersama Guadeloupe, Martinique, Guiana Perancis, Saint-Martin, Saint-Barthélemy dan Clipperton, Saint-Pierre dan Miquelon merupakan salah satu daripada tujuh wilayah Perancis di Amerika dan satu-satunya di Amerika Utara, kesan peninggalan empayar penjajahan Perancis Baru.
Dahulunya Saint-Pierre dan Miquelon dinamakan Isle Sainct Pierre oleh Jacques Cartier ketika dia singgah pada bulan Jun 1536. Sebelum itu, pelayar Portugis José Álvarez Faguendes telah singgah di kepulauan tersebut pada 1520 dan menamakannya “kepulauan sebelas ribu anak dara”. Kepulauan ini telah jatuh ke tangan pihak Inggeris dan pihak Perancis berulang kali sebelum menjadi hak milik muktamad Perancis pada 1815.
Asal-usul nama [sunting]
Saint-Pierre adalah nama Perancis bagi Santo Peter dan dia merupakan santo naungan bagi nelayan (bersama Santo Andrew, Santo Antonius dari Padua, Santo Nicolas dari Myra, dan Santo Zeno dari Verona[2]).
Nama Miquelon pula dahulunya ditulis sebagai Micquelle[3] dalam buku panduan pelayaran seorang pelayar Basque, Martin de Hoyarçabal, yang ke Newfoundland[4] pada abad ke-16.
Dahulunya nama Miquelon dianggap sebagai versi bahasa Basque bagi Michael[5] · [6] · [7], terjemahan bagi Michael dalam [[bahasa Basque] ialah Mikel[8].
Ia juga dianggap bahawa ramai orang Basque Sepanyol telah dipengaruhi oleh panggilan bahasa Sepanyol Miguelón yang bermaksud Michael si besar.
Pulau bersebelahan yang bernama Langlade penyingkatan perkataan Perancis l'île à l'Anglais yang bermaksud ‘Pulau milik Inggeris’[6].
Rujukan [sunting]
- ↑ Frequently Asked Questions
- ↑ Senarai nama santo naungan bagi nelayan
- ↑ Petikan teks dalam bahasa Perancis oleh seorang Basque: « Sçaches que le cap de Breton, & les Isles de S.Pierre gisent est ouest quart de noroest & suest, ya 45. lieues. [...] Gisent cap de Breton & le pertuis de Micquetö est ouest, ya 42 l. [...] Gisent le Colombeire de S.Pierre & le pertuis(4) de Micquelle nort norroest & su suest, ya 7. lie…es » di laman web berbahasa Perancis: Ensiklopedia Saint-Pierre dan Miquelon
- ↑ Hoyarçabal, Martin dari: Les voyages aventureux du Capitaine Martin de Hoyarsal, habitant du çubiburu (Bordeaux, Perancis, 1579)
- ↑ (Inggeris) The Basques of Saint Pierre and Miquelon, Buber's Basque Page bertarikh 30 April 2006.
- ↑ 6.0 6.1 Agensi Pelancongan Saint-Pierre dan Miquelon
- ↑ Templat:Article.
- ↑ Prénoms basques
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Saint Pierre dan Miquelon |
Panduan pelancongan Pierre and Miquelon Saint Pierre and Miquelon di Wikitravel.
- (Perancis) Laman rasmi
- (Inggeris) Laman rasmi pariwisata
- (Inggeris) Encyclopédie de Saint-Pierre et Miquelon
- (Inggeris) St-Pierre-et-Miquelon.com
|
|
|||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara-negara berdaulat | Amerika Syarikat • Antigua dan Barbuda • Bahamas • Barbados • Belize • Kanada • Costa Rica • Cuba • Dominica • El Salvador • Grenada • Guatemala • Haiti • Honduras • Jamaica • Mexico • Nicaragua • Panama • Republik Dominika • Saint Kitts dan Nevis • Saint Lucia • Saint Vincent dan Grenadines • Trinidad dan Tobago | ||||||||||||||
| Wilayah tanggungan |
|
||||||||||||||
