Pokok Bunga Mawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Bunga Mawar
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Rosales
Famili: Rosaceae
Genus: Rosa
Bunga mawar kampung.
A rose 05be wp.jpg

Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga tumbuhan saka, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an.[1] Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan barat, dan dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

R.gigantea[sunting | sunting sumber]

Penyumbang baka kelopak bunga besar, R.gigantea merupakan spesies mawar asli utara India, utara Myanmar dan selatan China. Ia berkelopak 5, berwarna putih, kuning atau krim. Bersesuaian dengan namanya gigan yang bermaksud gergasi. Mawar ini merupakan spesies mawar terbesar didunia.

Penyakit[sunting | sunting sumber]

Mawar merupakan tanaman yang amat mudah diserang penyakit. Antara penyakit yang boleh membunuh pokok mawar ialah:

Thrip-kutu halus yang menghisap nutrien pokok, tanda-tanda dan kesan adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk dan bunga, pucuk yang terbantut, 'terbakar' dan seterusnya mati.

Antara langkah kawalan yang selamat digunakan ialah menggunakan semburan racun perosak khas yang dipatenkan khusus buat taama hiasan, pengawalan menggunakan semburanracun perosak berasaskan air (water base pesticide) disembur seminggu sekali atau sehingga simptom penyakit berkurangan. Sekiranya teruk pokok berkeadaan pada peringkat sangat teruk, pokok harusnlah ditogel daun, bunga dan dahan dipangkas harus di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari pokok.

Bintik hitam-penyakit musim hujan lebih bahaya dari thrip biasanya apabila diserang, potensi daya tahan hanya sekitar 50 -50 untuk pokok terus hidup atau mati.

Serangan penyakit kulapuk atau kulat. Spora kulat boleh bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah. Pencegahan amat penting seperti menyiram air hanya pada akar.

pembajaan[sunting | sunting sumber]

Pokok mawar amat menggemari baja najis ayam. Pokok akan jadi subur dan gemuk (itu pun kalau tiada penyakit).

Pokok mawar juga amat menggemari makanan tambahan seperti kulit udang, kulit buah pisang, kulit telur, air basuhan ikan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hikayat Bayan Budiman, malay concordance project.