Pokok Kempas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Kempas
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Famili: Fabaceae
Genus: Koompassia
Spesies: K. malaccensis
Binomial: Koompassia malaccensis
Maing. ex Benth.


Pokok Kempas ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera. Nama botaninya Koompassia malaccensis. Pokok Kempas merupakan pokok hutan hujan tropika yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 60 meter[1]

Kayu Pokok Kempas amat keras dan berat, tetapi tidak tahan lama. Bagaimanapun, selepas dirawat dengan bahan-bahan kimia, kayu ini amat sesuai untuk dijadikan bahan lantai dan ranjang landas.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Kempas merupakan pokok yang tertinggi di Singapura. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Mempunyai alur-alur halus dan berwarna perang-kelabu ketika mentah, tetapi menjadi licin ketika pokok ini mencapai ketinggian sebanyak 20-30 meter.
  • Daun: Dibahagikan menjadi 5-9 daun kecil yang berbentuk tombak. Warna permukaan atas daun kecil ialah hijau berkilat-kilat, manakala permukaan bawah sedikit berbulu. Daun luruh mengikut musim, biasanya antara bulan Mac dan Jun.
  • Bunga: Berumpun-rumpun dan tumbuh pada penghujung dahan-dahan.
  • Buah: Berbentuk lenggai dengan sayap rata. Panjangnya sehingga 15 sentimeter. Lenggai tidak terbelah ketika masak. Setiap lenggai mempunyai satu biji.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hou, D. Leguminosae (Subfamily Caesalpinioideae). In Tree Flora of Sabah and Sarawak, Volume 3, 2006. Soepadmo, E., Saw, L.G. eds. Government of Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 983-2181-06-2