Portal:Korea/Artikel Baik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
frames
frames

Korea Selatan atau nama rasminya Republik Korea (RK, Hangul: 대한민국, Hanja: 大韓民國) ialah sebuah negara berdaulat di Asia Timur yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Korea. Ia berjiran dengan Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di barat, Jepun di timur, Korea Utara di utara, dan Laut China Barat dan Republik China (Taiwan) di selatan. Ibu negara dan bandaraya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi dan diduduki seramai 50 juta orang termasuk di Seoul sahaja yang diduduki 10.4 juta orang.

Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa Semenanjung Korea pernah diduduki manusia seawal zaman Paleolitik Awal. Sejarah Korea bermula dengan penubuhan kerajaan Gojoseon pada tahun 2333 SM oleh Raja Dan-gun yang legenda. Ekoran penyatuan Tiga Kerajaan Korea di bawah pemerintahan Silla pada 668 M, Korea melalui Dinasti Goryeo dan Dinasti Joseon sebagai satu negara sehingga berakhirnya Empayar Korea pada tahun 1910, apabila Korea diilhakkan oleh Jepun. Selepas dibebaskan lalu diduduki oleh tentera Soviet dan Amerika Syarikat. Pada akhir Perang Dunia Kedua, negara Korea terbahagi kepada Utara dan Selatan. Korea Selatan ditubuhkan sebagai negara demokrasi pada tahun 1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun lagi hingga tertubuhnya Republik Keenam pada tahun 1987.