Radio Antarabangsa China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
JenisMedia Negara
Negara
Ditubuhkan3 Disember 1941
Ibu pejabatBeijing, China
Kawasan siaran
Seluruh Dunia
PemilikJabatan Propaganda Parti Komunis China
IndukChina Media Group
Tarikh pelancaran
18 April 1978 (1978-04-18)
Nama lama
  • Radio Peking
  • Radio Beijing
Laman sesawang
CRI, CRI dalam bahasa Melayu
Radio Antarabangsa China
راديو انتارابڠسا چينا
Radio China International.svg
BandarBeijing
Kawasan penyiaranSeluruh dunia
Tarikh siaran pertama3 Disember 1941
SekutuPentadbiran Radio, Filem dan Televisyen Negeri
Pemilik Republik Rakyat China
Tapak webCRI, CRI dalam bahasa Melayu
Radio Antarabangsa China
Cina Ringkas: 中国国际
广播电台
Cina Tradisional: 中國國際
廣播電台

Radio Antarabangsa China (CRI) (B. Cina: 中国国际广播电台; pinyin: Zhōngguó Guójì Guǎngbō Diàntái) merupakan stesen radio rasmi milik kerajaan Republik Rakyat China (RRC) yang telah diasaskan pada 3 Disember 1941.[1]

Matlamat utama penyiaran stesen radio antarabangsa ini adalah bagi menggalakkan hubungan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat dari pelbagai negara di dunia. Dengan 30 biro di luar negara, CRI menyiarkan programnya selama 1,520 jam setiap hari di seluruh dunia dalam 61 bahasa. Program CRI adalah seperti berita, hal ehwal semasa serta rencana mengenai politik, ekonomi, budaya, sains dan teknologi.

Sebagai sebuah stesen milik kerajaan, ia adalah stesen yang menyokong pendirian kerajaan terhadap pelbagai isu seperti Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada RRC. Selain itu, CRI juga adalah stesen yang mempunyai perkhidmatan luar negeri yang paling komprehensif di Asia. Lebih daripada 50 pemancar gelombang pendek digunakan bagi menyiarkan siaran stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Melayu) "Radio Antarabangsa China". Radio Antarabangsa China. Dicapai pada 18 Disember 2012.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Bishop, Robert L., "Qi Lai! Mobilizing One Billion Chinese: The Chinese Communication System", Ames, Iowa: Iowa State University Press, 1989. ISBN 0-8138-0296-2
  • Chang, Won Ho, "Mass Media in China: The History and the Future", Ames, Iowa: Iowa State University Press, 1989.
  • Hamm, Charles, "Music and Radio in the PRC," Asian Music, Spring/Summer 1991, vXXII, n2, hlmn. 28-29.
  • Howkins, John, "Mass Communication in China", New York: Annenberg/ Longman Communication Books, 1982.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]