Radix Fried Chicken

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Radix Fried Chicken (RFC)
Industri Restaurants
Ditubuhkan 1 Jun 2008
Pengasas Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
Ibu pejabat 2 Jalan Kristal J7/J, 40000 Shah Alam, Malaysia
Produk Ayam goreng, Makanan segera, Pizza, Burger

Radix Fried Chicken atau RFC yang mempunyai pusat operasi di Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad iaitu Pengarah Urusan HPA. Radix Fried Chicken mula beroperasi mulai 1 Jun 2008. Kini Radix Fried Chicken atau RFC telah mempunyai cawangan di luar negara seperti Arab Saudi. Selain itu, Radix Fried Chicken juga terkenal akan kopinya iaitu Kopi Radix.

RFC adalah alternatif kepada makanan segera yang diperkenalkan oleh syarikat luar negara. Objektif utama pewujudan RFC untuk memberi peluang kepada pengguna untuk memilih makanan yang disediakan menepati kaedah halal dan organik bermula dari sistem penternakan ayam yang akan digunakan dalam rangkaian restoran RFC.

Permulaan cetusan idea berlaku setelah berlaku pendedahan dalam media di Malaysia berkenaan tahap keraguan penghasilan ayam daging menggunakan bahan ragu bermula didalam makanan ayam konvensional.Pada Mac 2008 Pengarah Urusan HPA telah mengadakan perbincangan di Pusat Latihan Telekom Wilayah Timur, Marang ,Terengganu .Beberapa rakan berpengalaman dalam penternakan ayam daging termasuk seorang ahli veterinar (bidang penternakan ayam daging) Dr. Saari b. Husin (DAHP,DVM - UPM ) hadir . Keputusan diambil dari perbincangan dengan mengamanahkan kepada Dr. Saari untuk menyusun dan merangka sistem penternakan berskala besar bermula merangka rumusan rangsum organik ( bebas bahan asas rumusan makanan yang meragukan dalam konteks syarak terutama sumber protin dalam rangsum , bebas bahan kimia seperti antibiotik dan "growth promotant" ).