Raja Bagindo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Bagindo
Pengasas Kesultanan Sulu
PemerintahanAbad ke-15
GelaranRaja

Raja Bagindo adalah seorang ulama Minangkabau yang mengasaskan Kesultanan Sulu di Filipina Selatan pada akhir abad ke-14.[1]

Raja Bagindo datang ke Sulu pada tahun 1390.[2] Kedatangannya untuk menyebarkan dakwah Islam yang telah dirintis oleh seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum. Selain ke Sulu, Raja Bagindo juga mengembara ke Brunei, Sarawak, dan Sabah.[3] Sehingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.[4]

Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Dia kemudian berkahwin dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr meneruskan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, menantunya itu mengisytiharkan penubuhan Kesultanan Sulu dan menggunakan gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelara "Paduka" adalah gelaran setempat yang bermaksud tuan sedangkan "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shiv Shanker Tiwary & P.S. Choudhary, Encyclopaedia Of Southeast Asia and Its Tribes, 2009
  2. ^ Naim, Mochtar. Merantau: Causes and Effects of Minangkabau Voluntary Migration, 1971.
  3. ^ Zulkifli Ampera Salim, Minangkabau dalam Catatan Sejarah yang Tercecer, 2005
  4. ^ Cecilio D. Duka, Struggle for Freedom : A Textbook in Philippine History, 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]