Rifel anti-kereta kebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rifel anti-kereta kebal adalah rifel yang direka bagi menembusi perisai kenderaan, terutamanya kereta kebal. Kegunaan rifle bagi tujuan ini bermula dari pengenalan kereta kebal semasa Perang Dunia Pertama dan sehingga Perang Korea. Apabila perisai kereta kebal serdahana dan berat menjadi terlalu tebal untk ditembusi oleh projektil kaku dari rifel yang boleh di bawa oleh seorang askar, rifel anti-kereta kebal terus digunakan terhadap sasaran lain, sungguhpun senjata letupan berbentuk seperti bazooka turut diperkenalkan bagi pertahanan tentera pejalan kaki terhadap kereta kebal. Rifel anti material masakini, seperti Barrett M82, adalah pembangunan teknologi Perang Dunia Kedua.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Persaingan antara perisai dan projektil telah berkembang selama ini dikalangan kenderaan tentera laut, sejak kemunculan kapal perang bersalut besi. Apabila tentera mula bertembung dengan kenderaan berperisai, barulah pertelingkahan antara senjata api infantri dan perisai bermula. Pengenalan kereta berperisai dan kereta kebal menyebabkan pembangunan senjata anti kereta kebal, antara yang pertama adalah rifel berkuasa tinggi. Ia muncul pada abad ke-19 bagi pemburu haiwan besar. Rifel anti kereta kebal mengikut laluan yang sama: peluru yang besar dengan pecutan tinggi dan keupayaan menembusi perisai.

Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

Rifel anti-kereta kebal 13.2x92mm Mauser 1918 T-Gewehr di Musיe de l'Armיe di Paris.

Kereta kebal pertama, bermula dengan kereta kebal Mark I British menyerang perparitan Jerman semasa Perang Dunia Pertama, hampir sentiasa tidak mampu ditembusi tembatan rafel biasa. Kebanyakan kereta berperisai tentera juga tidak mampu ditembusi, tetapi tentera jarang bertembung dengan kereta berperisai, kerana ia tidak mampu melalui permukaan bumi pmedan perperangan parit dengan baik. Sungguhpun kereta kebal dan kereta berperisai lemah pada artileri, motar dan bom tangan, tentera infantri berada dalam keadaan lemah apabila berhadapan dengan kenderaan juang berperisai kerana mereka tidak memiliki senjata tembakan langsung, dengan pengecualian motar perparitan ("ubiquitous"), diperelok di situ juga. Dalam mod tembakan langsung, senjata ini diangkut secara insani oleh tentera infantri Jerman di atas dinding perparitan dan ditembak pada sudut rendah menggunakan mata ke arah kenderaan musuh yang datang. Sungguhpun kadang-kala berkesan, tindakan ini biasanya amat merbahaya kepada sebarang krew motar yang terdesak oleh beberapa sebab. [1]

Cubaan pertama untuk meningkatkan lagi kuasa penembusan adalah dengan menggunakan apa yang dikenali sebagai "peluru terbalik"'. Ia menggunakan katrij dan peluru yang sama, tetapi peluru diterbalikkan dan caj penujah tambahan digunakan. Pembangunan berikutnya adalah peluru perobek perisai khas, peluru K (dalam bahasa Jerman, Patrone SmK Kurz 7.92 mm), yang juga boleh ditembakkan dari rifel infantri biasa. Ia memiliki caj penujah tambahan dan peluru teras keluli. Ini memiliki 30% peluang untuk menembusi 8 mm perisai kereta kebal masa itu sekiranya ia mengenai perisai pada sudut tepat.

Kedua-dua jenis memiliki kelebihan khas dan kekurangan: sebagai contoh, peluru K adalah lebih mahal untuk dihasilkan dan dengan itu secara umumnya diberikan kepada penembak hendap dan penembak tepat maju yang mampu menggunaannya secara lebih berkesan; infantri biasa hanya menggunakan peluru terbalik, yang jauh kurang berkesan dan hanya boleh digunakan pada jarak dekat dengan sasaran (dan dengan itu, senjata anti-kereta kebal lain, seperti bom tangan, motar, atau artileri lebih digemari).

Tambahan lagi, kedu-dua jenis kaedah merosakkan rifel kerana muatan penujah lebih tinggi dan pecutan laras dan tekanan terhasil yang lebih tinggi: pertamanya, jangka hayat laras rifel berkurangan dengan banyaknya akibat peningkatan kadar haus akibat penggunaan. Kedua, tekanan lebih tinggi tercipta pada kebuk peluru mampu menjadikan pencekak lekat, mendorong kepada cakar pengeluar gagal menarik katrij dan hanya mematahkan tepi katrij, meninggalkannya lekat dalam kebuk peluru. Tekanan menembak caj yang lebih juga mampu meletupkan kebuk firel yang lemah atau tua, paling baiknya memusnahkan rifel tersebut, dan paling buruk membunuh pengguna rifel. Oleh sebab ini , peluru K dan peluru terbalik tidak begitu popular dikalangan anggota tentera Bagaimanapun, ia memberikan infantri peluang bagi menghentikan kereta kebal ketika kecermasan, atau sekurang-kurangnya mencederakan atau membunuh krew sekiranya peluru itu menembusinya.

Malah ketika peluru tersebut diperkenalkan, kereta kebal sedang direka dan di bina dengan perisai lebih tebal menjadikan peluru ini kebanyakannya tidak berkesan, sungguhpun ia kekal digunakan bagi menentang reka bentuk lama dan kereta berperisai. Rifel anti kereta kebal infantri direka khusus pertama direka oleh Jerman. Ia adalah rifel berlaras besar Mauser 1918 T-Gewehr mampu menembusi perisai kereta kebal generasi baru dan memberi peluang bagi menghentikannya. Bagaimanapun, teknik lain masih digemari. Tendangan kuat rifel tersebut memberi tekanan kepada penggunanya, kadang-kala mematahkan tulang bahu atau menyentak keluar bahu. Sungguhpun rifel itu unik bagi peranannya, ia merupakan hasil pembangunan rifel Mauser dan rifel memburu sukan berkuasa tinggi British sporting yang mendahuluinya. Katrij 13.2x92mm (0.538 inci) juga bukanlah sesuatu yang luar biasa, sesetengah 0.50 pada senjata api telah digunakan dalam perperangan darat dengan serbuk tanpa asap (berbanding ubat bedil sebelumnya) yang agak baru dan lebih berkuasa pada era tersebut.

Semasa Perang Dunia Pertama, peluru setengah inci dengan pecutan tinggi telah dibangunkan di Amerika Syarikat beberapa lama bagi digunakan untuk menentang kapal terbang. Ia akan digunakan dengan reka bentuk Syarikat Persenjataan Browning mesingan .50 kaliber. Peluru ini berasaskan peluru infantri Amerika Syarikat .30-06 kaliber. Apabila maklumat mengenai peluru anti-kereta kebal Jerman diketahui, terdapat perdebatan samaada ia patut disalin dan digunakan sebagai asas bagi katrij mesingan baru. bagaimanapun, selepas membuat analisa, peluru Jerman diketepikan, kerana prestasinya kurang baik berbanding peluru .30-06 Springfield yang diubah suai dan ia juga separa sisi ("semi-rimmed"), menjadikannya sukar untuk dimuat masuk ke dalam senjata automatik. Mesingan M2 Browning bagaimanapun, diteruskan untuk berfungsi sebagai mesingan anti-perisai.

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Rifel anti-kereta-kebal Tentera Poland, Kb ppanc wz.35 7.92 mm yang digunakan oleh Tentera Poland semasa Pencerobohan Poland (1939) (September 1939).

Pada permulaan Perang Dunia Kedua, hanya sedikit negara Eropah yang memiliki rifel anti-kereta kebal berasaskan peluru kaliber besar, pecutan tinggi, seperti Rifel Boys anti-kereta kebal) British. Rifel anti-kereta kebal yang pertama digunakan dalam pertempuran berlaku semasa Pencerobohan Poland (1939) tahun 1939. Rifel anti-kereta kebal Wz. 35 digunakan secara meluas oleh kebanyakan Tentera Poland. Wz. 35 dengan peluru rifel anti-kereta kebal 7.92 mm merupakan senjata berkesan menentang kesemua kereta kebal Jerman tempoh tersebut (Kereta kebal Panzer I, Kereta kebal Panzer II dan Kereta kebal Panzer III, termasuk juga kereta kebal LT-35 dan kereta kebal LT-38 buatan Czech).[2] Pada jarak sehingga 400 meter ia mampu memusnahkan kesemua kenderaan berperisai ringan. Ia mampu menembusi perisai 15 mm, condong pada 30‹ pada jarak 300 m, atau perisai 33 mm pada jarak 100 m.

Kemudian apabila perisai menjadi semakin tebal pada model baru, keberkesanan rifel bawaan insani berkurangan. Pengecualian menonjol adalah terhadap kereta kebal ringan yang digunakan oleh pihak Jepun di Malaya, di mana rifel Boys digunakan dengan agak berjaya. Pada mulanya meriam kecil sehingga 20mm kaliber digunakan, tetapi peranan anti-kereta kebal kemudiannya memerlukan senjata lebih berkuasa yang berasaskan penggunaan tenaga kimia dalam bentuk bom tangan rifel anti-kereta kebal peletup. Tambahan lagi adalah senjata peluru berpandu lancaran bahu, rifel tak anjal seperti Panzerfaust dan bom tangan lancaran-roket dan, paling terkenal, bazooka. Sesetengah rifel anti-kereta kebal, seperti Finnish L-39, masih digunakan oleh penembak tepat bagi mengganggu musuh, seperti menembak peluru phosphorus pada bukaan kereta kebal terbuka, atau mengasap keluar penembahk tepat musuh dari kedudukannya.

Perang Korea[sunting | sunting sumber]

Rifel anti-kereta kebal Soviet PTRS-41 14.5 mm

PTRS-41 Soviet dan PTRD dari tempoh Perang Dunia Kedua telah digunakan oleh pasukan Korea Utara dan China semasa Perang Korea kerana mereka kekurangan senjata anti-kereta kebal infantri lebih moden.

Rifel anti-kereta kebal[sunting | sunting sumber]

Sesetengah contoh rifel anti-kereta kebal termasuk:

Perang Dunia Pertama
Perang Dunia Kedua

Perang Dingin[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun mengekalkan kebanyakan ciri-ciri teknikal refel anti-kereta kebal, senjata era Perang Dingin kini merupakan warisan konsep senjata anti-kereta kebal yang digunakan oleh tentera pejalan kaki Perang Dunia Kedua, dan kedua-dua rifel tepat dan rifel anti-material mewarisi sebahagian dari reka bentuk darinya.

Sungguhpun tidak lagi mampu menembusi walaupun perisai sisi kereta kebal utama, ia mampu menyebabkan kerosakan teruk pada perkakasan dan pemasangan luaran, dan melumpuh atau memusnahkan kenderaan sokongan dan berperisai kurang baik, helikopter, UAV terbang rendah, dan tentera.

Rifel anti-material[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Men Against Tanks" John Weeks, Publisher: David & Charles PLC; 1st Edition. edition (28 Aug 1975) ISBN-10: 0715369091, ISBN-13: 978-0715369098
  2. GwףŸdŸ, Zbigniew; Polskie konstrukcje broni strzeleckiej, Piotr Zarzycki (1993). SIGMA NOT. ISBN 83-85001-69-7. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]