Asam belanda
| Roselle | ||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Roselle plant
|
||||||||||||||
| Pengelasan saintifik | ||||||||||||||
|
||||||||||||||
| Nama binomial | ||||||||||||||
| Hibiscus sabdariffa L. |
Asam belanda[1] atau rosel[2] (bahasa Inggeris: roselle) merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.
Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.
Daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
Isi kandungan |
[sunting] Ciri botani
[sunting] Penanaman
Pokok roselle adalah sejenis pokok yang mudah ditaman. Cara penanamanya dengan menggunakan biji yang kering kemudian disemai. Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak. Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama. Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air, dan pembajaanya adalah setengah bulan sekali.
[sunting] Khasiat
Bagi 100 gram kaliks roselle terkandungnya protein 1.145 g, lemak 2.61 g, serat 12.0 g, abu 6.90 g, kalsium 1.263 g, fosforus 0.2732 g, zat besi 0.00898 g, karotena 0.00029 g, thiamin 0.00117 g, riboflavin 0.00277 g, niasin 0.003765 g, asid askorbik (Vitamin C) 0.0067 g.[3]
[sunting] Galeri
-
A popular roselle variety planted in Malaysia, aka variety Terengganu. Roselle fruits are harvested fresh, and their calyces are made into a drink rich in vitamin C and anthocyanins.
-
Two varieties are planted in Malaysia (Left - variety Terengganu or UMKL-1; right - variety Arab. The varieties produce about 8 t/ha (3.6 short tons/acre) of fresh fruits or 4 t/ha (1.8 short tons/acre) of fresh calyces. On the average, variety Arab yields more, and with higher calyx to capsule ratio.
-
Dried roselle calyces can be obtained in two ways; one way is by harvesting the fruits fresh, decore them, and then dry the calyces; the other way is by leaving the fruits to dry on the plants to some extent, harvest the dried fruits, dry them further if necessary, and then separate the calyces from the capsules
[sunting] Rujukan
- ↑ "Asam belanda". Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sabdariffa. Capaian 7 April 2012.
- ↑ "Rosel". Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=roselle&d=10. Capaian 9 April 2012.
- ↑ Musa, Y., E.I. Engku Ahmad dan Y. Hussain. (2006) Manual Teknologi Penanaman Rosel. Serdang: Penerbitan [[MARDI].