Vitamin C
Rencana ini adalah mengenai nutriennya. Untuk sebatian kimia, sila lihat asid askorbik. Untuk kegunaan yang lain, lihat Vitamin C (nyahkekaburan).
| Vitamin C | |
| Nama Sistematik (IUPAC) | |
|---|---|
| 2-oxo-L-threo-hexono-1,4- lactone-2,3-enediol or (R)-3,4-dihydroxy-5-((S)- 1,2-dihydroxyethyl)furan-2(5H)-one |
|
| Pengecam | |
| Nombor CAS | 50-81-7 |
| Kod ATC | A11G |
| PubChem | 5785 |
| DrugBank | DB00126 |
| Data kimia | |
| Formula | C6H8O6 |
| Berat molekul | 176.14 g/mole |
| Sinonim | L-ascorbic acid |
| Data fizikal | |
| Ketumpatan | 1.694 g/cm3 |
| Takat lebur | 190°C (374°F) |
| Takat didih | 553°C (1027°F) |
| Data farmakokinetik | |
| Bioketersediaan | cepat & lengkap |
| Pengikatan protein | sedikit sahaja |
| Metabolisme | ? |
| Separuh hayat | berbagai bergantung kepada kepekatan plasma, juga boleh seda ada dalam tempoh 30 minit hingga seminggu bergantung kepada penyimpanan dalam badan |
| Perkumuhan | renal atau ginjal |
| Pertimbangan Terapi | |
| Kategori Kehamilan |
A |
| Status undang-undang |
general public availability |
| Kaedah | oral |
Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.[1] Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.[2] Bagi haiwan, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.
Isi kandungan |
Sumber pemakanan [sunting]
Sumber tumbuhan [sunting]
Tumbuhan biasanya merupakan sumber terbaik vitamin C, namun jumlah Vitamin C di dalam makanan berasaskan tumbuhan adalah bergantung kepada spesies tumbuhan tersebut, keadaan tanah, suhu dan iklim pertumbuhan tanaman, tempoh masa tuaian, keadaan penyimpanan dan langkah penyediaan.[3]
Jadual dibawah secara menunjukkan anggaran kadar Vitamin C di dalam sumber tumbuhan mentah.[4][5][6] Jumlah anggaran Vitamin C yang diberikan adalah dalam bentuk milligrams per 100 grams:
| Sumber tumbuhan | Jumlah (mg / 100g) |
|---|---|
| Plam Kakadu | 3100 |
| Camu Camu | 2800 |
| Pinggul Mawar | 2000 |
| Acerola | 1600 |
| Seabuckthorn | 695 |
| Jujube | 500 |
| Gusberi India | 445 |
| Baobab | 400 |
| Cili padi | 244 |
| Anggur hitam | 200 |
| Cili kembung | 190 |
| Cili merah | 144 |
| Pasli | 130 |
| Jambu batu | 100 |
| Buah Kiwi | 90 |
| Brokoli | 90 |
| Loganberi | 80 |
| Kismis merah | 80 |
| Kubis Brussels | 80 |
| Beri serigala (Goji) | 73 † |
| Laici | 70 |
| Beri awan | 60 |
| Beri sulung | 60 |
| Pisang kaki | 60 |
† purata 3 sumber; kering
| Sumber tumbuhan | Jumlah (mg / 100g) |
|---|---|
| Betik | 60 |
| Strawberi | 60 |
| Buah Oren | 50 |
| Kale | 41 |
| Lemon | 40 |
| Melon, cantaloupe | 40 |
| Kubis Bunga | 40 |
| Bawang Putih | 31 |
| Limau Gedang | 30 |
| Raspberi | 30 |
| Tangerin | 30 |
| Limau Mandarin | 30 |
| Buah Markisa | 30 |
| Bayam | 30 |
| Kubis mentah hijau | 30 |
| Limau | 30 |
| Mangga | 28 |
| Beri hitam | 21 |
| Kentang | 20 |
| Tembikai susu | 20 |
| Kranberi | 13 |
| Tomato | 10 |
| Beri biru | 10 |
| Nanas | 10 |
| Betik | 10 |
| Sumber tumbuhan | Jumlah (mg / 100g) |
|---|---|
| Anggur | 10 |
| Aprikot | 10 |
| Plum | 10 |
| Tembikai | 10 |
| Pisang | 9 |
| Lobak merah | 9 |
| Avokado | 8 |
| Crabapple | 8 |
| Pisang Kaki - segar | 7 |
| Ceri | 7 |
| Pic | 7 |
| Epal | 6 |
| Asparagus | 6 |
| Ubi Bit | 5 |
| Chokecherry | 5 |
| Pear | 4 |
| Salad | 4 |
| Mentimun | 3 |
| Terung | 2 |
| Kismis | 2 |
| Buah Tin | 2 |
| Bilberry | 1 |
| Melon Tanduk | 0.5 |
| Medlar | 0.3 |
Sumber haiwan [sunting]
Mejoriti besar spesies haiwan dan tumbuhan mensintensis vitamin C sendiri, maka sesetengah (bukan semua) keluaran haiwan boleh dijadikan sumber pemakanan vitamin C.
Vitamin C banyak dihasilkan di dalam hati dan kurang dihasilkan dalam otot. Namun sejak otot dijadikan sumber utama bahan daging bagi penggunaan diet makanan harian manusia di barat, produk haiwan bukanlah merupakan sumber vitamin yang terpenting lagi. Vitamin C juga terdapat dalam susu ibu, tetapi tidak terdapat dalam susu lembu mentah.[9] Semua lebihan Vitamin C yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui sistem ginjal dan dibuang melalui air kencing.
Jadual yang berikut menunjukkan kelimpahan relatif vitamin C dalam pelbagai makanan yang berasal dari haiwan, diberi dalam milligram jumlah vitamin C per 100 gram makanan:
| Sumber haiwan | Jumlah (mg / 100g) |
|---|---|
| Hati anak lembu (mentah) | 36 |
| Hati Lembu (mentah) | 31 |
| Tiram (mentah) | 30 |
| Telur ikan kod (goreng) | 26 |
| Hati Babi (mentah) | 23 |
| Otak kambing (rebus) | 17 |
| Hati Ayam (goreng) | 13 |
| Sumber haiwan | Jumlah (mg / 100g) |
|---|---|
| Hati anak biri-biri (goreng) | 12 |
| Kelenjar adrenal anak lembu (mentah) | 11[10] |
| jantung anak biri-biri (panggang) | 11 |
| Lidah anak biri-biri (stu) | 6 |
| Susu ibu (segar) | 4 |
| Susu kambing (segar) | 2 |
| Susu unta (segar) | 5[11] |
| Susu lembu (segar) | 2 |
Penyediaan makanan [sunting]
Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika memasak makanan. Tumpuan Vitamin C dalam pelbagai bahan makanan beransur berkurangan seimbang dengan suhu tempat simpanannya,[12] jadi pemasakan boleh mengurangkan kira-kira 60% kandungan Vitamin C dalam sayur-sayuran kerana pemusnahan enzim mendadak yang lebih menjadi sekitar takat didih.[13] Makin lama memasak, makin banyak juga vitamin yang hilang, begitu juga dengan bekas makanan buatan tembaga yang memangkin penguraian.[14]
Satu lagi punca kehilangan vitamin C dalam makanan adalah larut lesap, iaitu vitamin yang larut air melarut dalam air masakan, kemudian dibuang tanpa gunanya. Bagaimanapun, vitamin C tidak melarut lesap dalam semua sayuran pada kadar yang sama; kajian menunjukkan bahawa brokoli kelihatan lebih mampu mengekalkan lebih banyak vitamin C berbanding jenis sayur yang lain.[15] Kajian juga menunjukkan bahawa buah-buahan yang yang baru dipetik tidak kehilangan nutrien penting apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa hari.[16]
Penokok Vitamin C [sunting]
Vitamin C banyak diambil oleh pengguna sebagai makanan tambahan atau penokok [17] yang boleh diperolehi dalam bentuk kaplet, tablet, kapsul, paket pra-campuran minuman, bentuk perumusan multi-vitamin, perumusan antioksidan berganda, dan serbuk hablur. Versi keluaran bermasa juga turut disediakan, seperti perumusan yang mengandungi bahan bioflavonoid seperti kuersetin, hesperidin dan rutin. Saiz tablet dan kapsul biasanya berukuran dari 25 mg hingga 1500 mg. Vitamin C (Asid Askorbik) kristal biasanya terdapat dalam sediaan botol yang mengandungi 300 g hingga 1 kg serbuk (satu camca vitamin C kristal bersamaan 5,000 mg).
Sintesis industri [sunting]
Vitamin C dihasilkan dari glukosa melalui dua kaedah utama. Proses Reichstein yang dibangunkan pada 1930-an, menggunakan sekali pra-penapaian diikuti oleh kaedah berkimia semata-mata. Proses moden penapaian berlangkah dua yang asalnya dibangunkan di China pada 1960-an, menggunakan penapaian tambahan sebagai ganti kepada peringkat kimia selanjutnya. Kedua-dua proses menghasilkan kira-kira 60% vitamin C dari suapan glukosa.[18]
Pengeluaran vitamin C sintesis sedunia kini dianggarkan pada 110,000 ton setahun. Antara pengeluar utamanya termasuk BASF/Takeda, DSM, Merck dan China Pharmaceutical Group Ltd. China semakin menjadi pembelak utama dunia kerana harganya juah lebih rendah daripada pengeluar AS dan Eropah.[19] Pada tahun 2008, hanya kilang DSM di Scotland yang masih beroperasi di luar persaingan harga yang sengit dari China.[20] Harga vitamin C sedunia naik mendadak pada tahun 2008 disebabkan peningkatan harga makanan asas dan juga jangkaan penutupan dua kilang China di Shijiazhuang dekat Beijing, dalam langkah penutupan industri pencemar secara amnya di China sewaktu berlangsungnya sukan Olimpik.[21]
Penguatan vitamin [sunting]
Health Canada menilai kesan penguatan makanan berabsorbat dalam dokumen panduan, "Addition of Vitamins and Minerals to Food" (Penambahan Vitamin dan Zat Galian dalam Makanan), 2005.[22] Health Canada mengkategorikan abskorbat sebagai ‘nuterien Risiko Kategori A’, iaitu nutrien ini ditetapkan had maksimum pengambilan tetapi membenarkan batas pengambilan yang luas walaupun batas keselamatannya sempit, tetapi kesan buruk kritikalnya tidak serius. Health Canada mengesyorkan bahawa makanan mengandungi minimum 3 mg atau 5% RDI boleh dianggap sebagai sumber Vitamin C, serta penguatan maksimum 12 mg (20% RDI) untuk diakui sebagai "sumber yang terbaik."[22]
Status ikhtisar [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Padayatty S, Katz A, Wang Y, Eck P, Kwon O, Lee J, Chen S, Corpe C, Dutta A, Dutta S, Levine M (2003). "Vitamin C as an Antioxidant: evaluation of its role in disease prevention" (PDF). J Am Coll Nutr 22 (1): 18–35. PMID 12569111. http://www.jacn.org/cgi/reprint/22/1/18.pdf.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanUKFSA_Risktidak disediakan - ↑ "The vitamin and mineral content is stable". Danish Veterinary and Food Administration. http://www.uk.foedevarestyrelsen.dk/Nutrition/Vitamin_mineral_content_is_stable/forside.htm. Capaian 2010-02-26.
- ↑ "National Nutrient Database". Nutrient Data Laboratory of the US Agricultural Research Service. http://www.nal.usda.gov/fnic/foodcomp/search/. Capaian 2007-03-07.
- ↑ "Vitamin C Food Data Chart". Healthy Eating Club. http://www.healthyeatingclub.com/info/books-phds/books/foodfacts/html/data/data4i.html. Capaian 2007-03-07.
- ↑ "Natural food-Fruit Vitamin C Content". The Natural Food Hub. http://www.naturalhub.com/natural_food_guide_fruit_vitamin_c.htm. Capaian 2007-03-07.
- ↑ Chatterjee, IB (1973). "Evolution and the Biosynthesis of Ascorbic Acid". Science 182 (118): 1271–1272. doi:10.1126/science.182.4118.1271. PMID 4752221.
- ↑ Irwin Stone, PC-A (1979). "Eight Decades of Scurvy". Orthomolecular Psychiatry 8, (2): 58–62. http://www.seanet.com/~alexs/ascorbate/197x/stone-i-orthomol_psych-1979-v8-n2-p58.htm.
- ↑ Clark, Stephanie, Ph. D (8 January 2007). "Comparing Milk: Human, Cow, Goat & Commercial Infant Formula". Washington State University. Diarkibkan dari yang asal on 2007-01-29. http://web.archive.org/web/20070129024619/http://www.saanendoah.com/compare.html. Capaian 2007-02-28.
- ↑ Toutain, P. L.; D. Béchu, and M. Hidiroglou (November 1997). "Ascorbic acid disposition kinetics in the plasma and tissues of calves". Am J Physiol Regul Integr Comp Physiol 273, (5, R1585-R1597): 1585. PMID 9374798. http://ajpregu.physiology.org/cgi/content/full/273/5/R1585.
- ↑ Mal. G. (2000) Indian Veterinary Journal; 77: 695-696
- ↑ Roig, M. G.; Rivera, Z. S.; Kennedy, J. F. (1995). "A model study on rate of degradation of L-ascorbic acid during processing using home-produced juice concentrates". International Journal of Food Sciences and Nutrition 46 (2): 107–115. doi:10.3109/09637489509012538. PMID 7621082.
- ↑ Allen, MA,; Burgess, S. G. (1950). "The Losses of Ascorbic Acid during the Large-scale Cooking of Green Vegetables by Different Methods". British Journal of Nutrition 4 (2-3): 95–100. doi:10.1079/BJN19500024. PMID 14801407.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanOxfordtidak disediakan - ↑ G. F., Combs (2001). The Vitamins, Fundamental Aspects in Nutrition and Health (2nd ed.). San Diego, CA: Academic Press. m/s. 245–272. ISBN 9780121834920.
- ↑ Hitti, Miranda (2 June 2006). "Fresh-Cut Fruit May Keep Its Vitamins". WebMD. http://www.webmd.com/content/article/123/115022.htm. Capaian 2007-02-25.
- ↑ The Diet Channel: "Vitamin C is historically the first marketed pure single vitamin supplements, and remains perhaps the most widely known".
- ↑ "The production of vitamin C" (PDF). Competition Commission. 2001. http://www.competition-commission.org.uk/rep_pub/reports/2001/fulltext/456a4.2.pdf. Capaian 2007-02-20.
- ↑ Patton, Dominique (2005-10-20). "DSM makes last stand against Chinese vitamin C". nutraingredients. http://www.nutraingredients.com/news/ng.asp?n=63349-dsm-vitamin-c. Capaian 2007-02-20.
- ↑ Starling, Shane (2008-06-26). "DSM vitamin plant gains green thumbs-up". Decision News Media SAS. http://www.nutraingredients.com/news/ng.asp?n=86166-dsm-carbon-foot-printing-quali-c. Capaian 2010-02-25.
- ↑ "Vitamin C: Distruptions to Production in China to Maintain Firm Market". Flexnews. 2008-06-30. http://www.flex-news-food.com/pages/17441/China/Vitamin/vitamin-distruptions-production-china-maintain-firm-market.html. Capaian 2010-02-25.
- ↑ 22.0 22.1 "Addition of Vitamins and Minerals to Food, 2005". Health Canada. http://www.hc-sc.gc.ca/fn-an/nutrition/vitamin/fortification_final_doc_1-eng.php. Capaian 2010-02-25.
- ↑ British Pharmacopoeia Commission Secretariat (2009). "Index, BP 2009". http://www.pharmacopoeia.co.uk/pdf/2009_index.pdf. Capaian 4 February 2010.
- ↑ "Japanese Pharmacopoeia, Fifteenth Edition". 2006. http://jpdb.nihs.go.jp/jp15e/JP15.pdf. Capaian 4 Februally 2010.
Bacaan lanjut [sunting]
- Pauling, Linus (1976). Vitamin C, the Common Cold, and the Flu. W H Freeman & Co. ISBN 0716703610. OCLC 2388395.
- Cameron, Ewan; Linus Pauling, (1979). Cancer and Vitamin C. Pauling Institute of Science and Medicine. ISBN 0393500004. OCLC 5788147.
- Clemetson, C.A.B (1989). Vitamin C. Boca Raton, Florida: CRC Press. ISBN 0-8493-4841-2. OCLC 17918592 165609070 17918592. Monograph - Volumes I, II, III.
Pautan luar [sunting]
- Vitamin C Fact Sheet from the U.S. National Institutes of Health
- Templat:Pauling
- U.S. Patent 5,278,189 — "Prevention and treatment of occlusive cardiovascular disease with ascorbate and substances that inhibit the binding of lipoprotein (a)", Inventors: Matthias W. Rath and Linus C. Pauling
- vitamin C at United Kingdom Food Standards Agency
- Naidu KA (2003). "Vitamin C in human health and disease is still a mystery? An overview". Nutrition journal 2: 7. doi:10.1186/1475-2891-2-7. PMC 201008. PMID 14498993. http://www.nutritionj.com/content/2/1/7.
- Vitamin C Requirements: Optimal Health Benefits vs Overdose — a moderate dose advocacy site
- Vitamin C information from U.S. MedlinePlus Health Information