Rudy Giuliani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rudolph Giuliani
Rudy Giuliani

Giuliani in 2006


Tempoh berjawat
1 Januari 1994 – 31 Disember 2001
Didahului oleh David N. Dinkins
Digantikan oleh Michael R. Bloomberg

Tempoh berjawat
1983 – 1989
Didahului oleh John S. Martin, Jr.
Digantikan oleh Benito Romano (Pemangku)

Tempoh berjawat
1981 – 1983
Didahului oleh John H. Sheffield
Digantikan oleh Delwen Lowell Jensen

Tarikh lahir 28 Mei 1944 (69 tahun)
Tempat lahir Brooklyn, New York
Parti politik Parti Republikan
Pasangan Regina Peruggi (kahwin 1968, cerai 1982, batal 1983)
Donna Hanover (kahwin 1984, cerai 2002)
Judith Giuliani (kahwin 2003)
Anak Andrew (lahir 1986), Caroline (lahir 1989)
Alma mater Kolej Manhattan (B.A.)
Maktab Perundangan Universiti New York (J.D.)
Profesion Peguam
Ahli politik
Ahli perniagaan
Agama Katolik Rom
Tandatangan Tandatangan Rudy Giuliani

Rudolph William Louis "Rudy" Giuliani (pron.: /ˈrdi ˌliˈɑːni/;[1] lahr 28 Mei 1944) ialah seorang peguam, usahawan dan ahli politik berbangsa Amerika Syarikat yang berasal dari New York. Beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York pada tahun 1994 hingga 2001.

Seorang ahli Demokrat dan bebas pada 1970-an, dan seorang ahli Republikan sejak 1980-an, Giuliani berkhidmat dalam Pejabat Peguam Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan New York, kemudian Peguam Negara. Beliau menjadi pendakwa dalam sebilangan kes terkemuka, termasuk kongsi gelap dan ahli kewangan Wall Street.

Giuliani berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York selama dua penggal. Jasa beliau dikenang kerana melaksanakan inisiatif peningkatan taraf hidup warga kota dengan pengurangan kadar jenayah. Beliau bertanding untuk Senat Amerika Syarikat pada tahun 2000 tetapi menarik diri kerana didapati menghidap kanser prostat serta pendedahan tentang kehidupan peribadinya. Giuliani meraih perhatian dunia kerana kepimpinannya semasa dan selepas serangan pengganas ke atas World Trade Center pada 11 September 2001. Atas jasa itu, beliau dikurniakan pangkat kesatria kehormat oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 2002.

Setelah tamat khidmatnya sebagai , Giuliani mengasaskan Giuliani Partners, sebuah perniagaan rundingan keselamatan; membeli Giuliani Capital Advisors (kemudian dijual), sebuah firma perbankan pelaburan; dan menyertai firma guaman Bracewell & Giuliani. Giuliani bertanding untuk menjadi calon Parti Republika pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2008. Sungguhpun menerajui tinjauan negara sepanjang tahun 2007, namun pencalonannya goyah pada akhir tahun; prestasi beliau kurang memberangsangkan dalam kokus dan primari pada Januari 2008 dan menarik diri daripada bertanding. Giuliani pernah mempertimbangkan untuk bertanding untuk Gabenor dan Senator pada tahun 2010, tetapi memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaannya. Giuliani sedang mempertimbangkan untuk bertanding dalam Pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2012.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:


Jawatan undang-undang
Didahului oleh
John H. Shenefield
Peguam Negara Bersekutu Amerika Syarikat
1981–1983
Diikuti oleh:
D. Lowell Jensen
Didahului oleh
John S. Martin, Jr.
Peguam AS ke-46 untuk Daerah Selatan New York
1983-1989
Diikuti oleh:
Benito Romano
Acting
Jawatan politik
Didahului oleh
David N. Dinkins
Datuk Bandar New York
1994–2001
Diikuti oleh:
Michael R. Bloomberg