Saladin: The Animated Series

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saladin: The Animated Series
GenreAnimasi, Pengembaraan
Dibangunkan oleh
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
MDeC
PengarahSteve Bristow
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab,Bahasa Jepun
Bilangan musim1
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifKamil Othman
Hasnul Hadi Samsudin
PenerbitJuhaidah Joemin
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Al-Jazeera Children's Channel
TV3
RTM
CCTV

Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbitkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Malaysia bersama Al Jazeera Children's Channel (JCC). Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai filem cetera ini, sebaliknya dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod. Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005.

Dua episod rintis (pilot) disiarkan di Astro Ria sebagai previu pada September 2007.[1]

Setakat ini, Saladin diterbitkan selama satu musim 13 episod, dan disiarkan di Al Jazeera Children's Channel untuk penonton Timur Tengah mulai 17 September 2010[2], akhirnya disiarkan di TV1 di Malaysia[3] mulai 20 November 2010.[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF)
  • Teknologi Terbaik - Rancangan Promosi
Tokyo International Anime Fair 2007
  • Anugerah Tokyo Big Sight

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Malaysia buat animasi Saladin?". Saladin Convoy (blog). 2008-01-01.
  2. ^ Saladin premiere a major hit, The Peninsula, 19 September 2010. Dicapai pada 5 Disember 2010.
  3. ^ Siri animasi Saladin di TV1 setiap Sabtu, Berita Harian, 1 Disember 2010. Dicapai pada 5 Disember 2010.
  4. ^ SALADIN TO FINALLY MEET ITS AUDIENCE, AFTER YEARS IN THE MAKING, Lowyat.NET, 18 November 2010. Dicapai pada 5 Disember 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]