Samir Nasri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samir Nasri
Maklumat peribadi
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Antalyaspor
Nombor 13
Kerjaya remaja
2000–2004 Marseille
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2008 Marseille 121 (11)
2008–2011 Arsenal 86 (18)
2011–2017 Manchester City 22 (4)
Pasukan kebangsaan
2007– Perancis 28 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:30, 21 Mac 2012 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 00:59, 21 Mac 2012 (UTC)

Samir Nasri (lahir pada 26 Jun 1987 di Marseille, Perancis) adalah seorang pemain bola sepak kebangsaan Perancis berketurunan Algeria yang bermain untuk kelab Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris. Pemain kaki kanan ini biasanya bermain di bahagian tengah sebelah kiri di Manchester City tetapi dia pernah juga bermain di semua posisi di bahagian tengah jika berlaku sebarang kecederaan pemain. Dia pernah digelari "new Zizou" (Zidan Baru) berikutan aksinya yang memberansangkan di kelab remajanya, Marseille. Sebelumnya dia beraksi di dalam skuad Perancis muda, dan dia telah dipanggil mewakili Perancis di kejohanan EURO 2008 namun dia tidak banyak bermain dalam kejohanan tersebut. Selepas itu barulah dia mendapat kesempatan untuk bermain sebagai pemain tetap skuad Perancis.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Keluarganya berpindah dari Algeria ke Perancis. Ayahnya berasal dari Konstantin dan ibunya ialah asli Biskra. Nasri membesar di La Gavotte Peyret, kawasan subbandar di utara Marsielle. Dia biasanya bermain bola sepak di tepi-tepi jalan, di mana dia mempelajari skil-skil bola sepak. Dia bermain untuk tim geng dalam negeri, tetapi kemudian ibubapanya mendaftarkannya ke kelab bola sepak Pennes Mirebeau ketika Nasri berumur enam tahun. Nasri sendiri mengakui bahawa kesusahan hidupnya telah membantunya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Dia menghabiskan dua musim bersama Pennes sebelum dibeli oleh Olympique de Marsielle pada tahun 1996.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Marseille[sunting | sunting sumber]

Nasri mula bermain di kelab Marsielle ketika berumur sembilan tahun. Dia mula bermain di Ligue 1 Perancis pada musim 2004/2005 sewaktu berusia 17 tahun, yang mana dia bermain sebanyak 13 kali (pemain awal), 11 kali (pemain gantian) dan menjaringkan 1 gol. Musim berikutnya memberikannya pengalaman baru dalam UEFA Cup (10 kali main;tiada gol) dan Intertoto Cup (1 kali main;1 gol). Pada musim 2006/2007, dia menjaringkan Gol Terbaik Sepanjang Tahun dalam Ligue 1 pada 29 April 2007, apabila dia bermain menentang FC Sochaux-Montbéliard sekaligus membantu kelabnya mencatat kemenangan 4-2. Kemenangan ini membuat Marsielle melonjak ke tangga keempat dengan liga berbaki empat perlawanan lagi, sekaligus meletakkan Marsielle ke dalam slot kelayakan Uefa Cup. Nasri juga merupakan sebahagian daripada skuad Masielle yang tewas dalam kedua-dua final Coupe de France 2006 & 2007 menentang Paris-Saint Germain dan Souchax dalam kejohanan yang sama.

Pada 20 Mei 2007, Nasri diaugerahkan Pemain Muda Terbaik Liga Perancis 1 mengatasi Jimmy Briand dan Karim Benzema. Dia juga telah diundi sebagai Pemain Terbaik Sepanjang Tahun Marsielle oleh para penyokong Marsielle yang mana dia menerima undian sebanyak 62%. Tambahan pula, dia telah digelari "New Zizou" melihat skil menggeleceknya.

Arsenal[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Julai 2008, Nasri menandatangi perjanjian jangka masa panjang bersama Arsenal berharga 12.7 juta Poundsterling (16 juta Euro). Aksi pertamanya ialah perlawanan menentang VfB Stuttgart pada 30 Julai 2008 di Jerman, bermain sebanyak 60 minit dalam perlawanan persahabatan itu. Dia menjaringkan gol petamanya pada aksi pertamanya di Liga Perdana Inggeris menentang West Bromwich Albion, setelah empat minit perlawanan pembuka musim bermula pada 16 Ogos 2008. Walaupun belum disahkan oleh pihak kelab, tetapi jaringannya dipercayai merupakan jaringan terpantas bagi seorang pemain baru Arsenal. Pada 27 Ogos 2008, Nasri membuat kemunculan pertamanya dalam Kejoahanan Liga Juara-Juara Eropah pada peringkat Kelayakan ketiga leg kedua menentang FC Twente, dan menjaringkan gol minit ke-26 yang menyamai kemunculannya di Liga Perdana Inggeris dengan membuat gol pada perlawanan pertama. Pada 8 November 2008, Nasri menjaringkan dua gol sekaligus apabila menang menentang Manchester United dengan skor 2-1. Nasri juga telah bermain ketika menewaskan A.S. Roma pada peringkat 16 besar. Pada 11 Mac 2009, dia menjaringkan tendangan penaltinya setelah agregat perlawanan seri 1-1. Melihat kepelbagaian Nasri, dia telah diletakkan di semua posisi bahagian tengah ketika Cesc Fabregas dan pemain-pemain lain tercedera. Pada 21 Julai, Nasri tercedera dalam latihan pramusim di Austria dan dijangka pulih selepas enam minggu.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Nasri telah lama menyertai pasukan bola sepak kebangsaan Perancis, bermula dengan pasukan bawah-16, 17, 18, 19 dan 21. Dia merupakan sebahagian daripada skuad Perancis yang menjuarai kejohanan Euro bawah-17 2004 sekaligus menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan final. Kemunculan pertamanya dalam pasukan senior ialah pada 28 Mac 2007 menentang pasukan Austria, dalam perlawanan persahabatan di Perancis ketika berumur 19 tahun. Dia membantu Karim Benzema mencipta gol melalui tendangan bebasnya yang mana satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut. Dia menjaringkan gol atarabangsanya yang pertama bersama Perancis senior pada perlawanannya yang ketiga ketika menang menentang Georgia pada 6 Jun 2007 dalam Kelayakan Euro 2008. Dia telah dibawa oleh Raymond Domenech ke Euro 2008 pada umur 20 menjadikannya pemain termuda pasukan bola sepak kebangsaan Perancis dalam kejohanan itu. Dia muncul dalam dua perlawanan sebagai pemain gantian dan hanya beraksi selama 32 minit.

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Nasri sering disamakan dengan legenda Arsenal, Robert Pires oleh Arsene Wenger yang mana mengatakan dia pemain yang pantas dan teknikal.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Samir telah menjalankan hubungan dengan pemain tenis Perancis, Tatiana Golovin sejak 2008 dan tinggal bersamanya di Hampstead.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Marsielle

Antarabangsa

  • Kejohanan Bola Sepak Eropah U-17 2004

Peribadi

  • Pemain Terbaik Sepanjang Tahun Ligue 1 2006-2007
  • Pasukan Terbaik Ligue 1 2006-2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]