San Juan, Puerto Rico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
San Juan, Puerto Rico
San Juan, dengan Banjaran Gunung Luquillo (Sierra de Luquillo) di latar belakang.

Bendera

Lambang
Nama panggilan: La Ciudad Amurallada (Kota Bertembok), Los Capitalinos (Yang Dari Ibu Kota), La Losa (Si Jubin)
Lokasi San Juan di dalam pulau Puerto Rico
Koordinat: 18°27′00″N 66°04′00″W / 18.45000°U 66.06667°B / 18.45000; -66.06667
Negara Amerika Syarikat
Wilayah Puerto Rico
Wad (bario) 18
Diasaskan 1508/1521
Kerajaan
 • Datuk bandar Jorge A. Santini Padilla (PNP)
 • Senarai senator. 1 - San Juan
 • Agihan wakil 1,2,3,4,5
Keluasan[1]
 • City 199.2 km2 (76.93 sq mi)
 • Tanah 123.9 km2 (47.82 sq mi)
 • Perairan 75.4 km2 (29.11 sq mi)  37.8%
Populasi (2000)[1]
 • City 434,374
 • Kepadatan 3,507.5/km2 (9,084.4/sq mi)
 • Metro 2,509,007
 • Gentilic Sanjuaneros
Zon waktu AST (UTC-4)
Lagu kebangsaan "En Mi Viejo San Juan"
Laman web www.sanjuancapital.com

San Juan (IPA: [saŋ hwaŋ]) (daripada ungkapan Sepanyol, San Juan Bautista, "Santo John si Baptis") ialah ibu kota dan kawasan perbandaran yang terbesar di Puerto Rico. Menurut banci pada tahun 2000, ia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 433,733 orang dan oleh itu, menyebabkannya merupakan bandar raya yang ke-42 terbesar di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat.

San Juan diasaskan oleh kolonis-kolonis Sepanyol pada tahun 1521. Mereka menggelarnya Ciudad de Puerto Rico ("Kota Puerto Rico"). San Juan ialah kota yang tertua di Puerto Rico serta kota diasaskan orang Eropah yang kedua tertua di benua Amerika selepas Santo Domingo, kini sebahagian Republik Dominican.[2] Banyak bangunan sejarah terletak di San Jua, antaranya Kubu San Felipe del Morro dan Kubu San Cristobál yang merupakan bekas kubu-kubu pertahanan kota yang paling terkenal.

Pada hari ini, San Juan bertindak sebagai salah satu pelabuhan laut Puerto Rico yang paling penting,[3] serta juga pusat perkilangan, kewangan dan pelancongan di pulau ini. Jumlah penduduk kawasan metropolitan, termasuk San Juan dan kawasan-kawasan perbandaran Bayamón, Guaynabo, Cataño, Canóvanas, Caguas, Toa Alta, Toa Baja, Carolina, dan Trujillo Alto, adalah hampir dua juta orang; justera itu, hampir setengah daripada jumlah penduduk Puerto Rico kini tinggal dan bekerja di kawasan ini.[4]

San Juan telah menjadi tuan rumah kepada banyak acara yang penting dalam komuniti sukan, termasuk:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "San Juan dan bario-barionya". Biro Banci Amerika Syarikat. 2000. Diperoleh pada 2007-05-02. 
  2. Magaly Rivera. "Ibu Kota San Juan". Selamat Datang ke Puerto Rico. Diperoleh pada 2007-05-02. 
  3. "Pelabuhan San Juan" (dalam bahasa bahasa Sepanyol). Pihak Berkuasa Pelabuhan Puerto Rico. 2007. Diperoleh pada 2007-05-09. 
  4. "Tentang Puerto Rico". Syarikat Pelancongan Puerto Rico. 2007. Diperoleh pada 2007-05-08. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 18.45° U -66.10° T