Santo Domingo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Santo Domingo
Bandar raya
Santo Domingo de Guzmán

Lambang rasmi
Motto: Ciudad Primada de América
(Bandar pertama Amerika)
Santo Domingo yang terletak di Republik Dominica
Santo Domingo

Santo Domingo di Republik dominika

Koordinat: 18°30′0″N 69°59′0″W / 18.50000°U 69.98333°B / 18.50000; -69.98333Koordinat: 18°30′0″N 69°59′0″W / 18.50000°U 69.98333°B / 18.50000; -69.98333
Negara Bendera Republik Dominika Republik Dominika
Negeri Daerah negara
Diasaskan pada 1496
Pengasas Bartholomew Columbus
Kerajaan
 • Datuk bandar Roberto Salcedo
Keluasan[1]
 • Jumlah 104.44 km2 (40.32 sq mi)
Ketinggian[2] 14 m (46 ft)
Populasi (2010)
 • Bandar 2,552,398
 • Metro 3,512,391
 • Demonim Capitaleño/a
Poskod 10100 hingga 10699 Daerah Negara, 10700 hingga 11999 Santo Domingo
Laman web Ayuntamiento del Distrito Nacional

Santo Domingo atau nama rasminya Santo Domingo de Guzman adalah ibu negara dan bandar terbesar di Republik Dominika. Jumlah penduduk di metropolitannya ialah 2,084,852 pada tahun 2003 dan dianggarkan sebanyak 3,294,385 pada tahun 2010.[3] Bandar raya ini terletak di muara Sungai Ozama. Diasaskan oleh Bartholomew Columbus pada tahun 1496, bandar raya ini terus berkembang dan merupakan penempatan tertua di benua Amerika serta kawasan pertama dijajah oleh Sepanyol di Dunia Baru (Amerika). Terletak dalam sempadan daerah negara (Sepanyol: Distrito Nacional - DN) yang sendirinya bersempadanan dengan negeri Santo Domingo.

Pada tahun 1930 hingga 1961, Santo Domingo pernah dikenali sebagai "Ciudad Trujillo" apabila diktator Republik Dominica, Rafael Trujillo menamakannya dengan namanya sendiri. Selepas berlaku pembunuhan terhadap diktator itu, nama bandar tersebut ditukar semula dengan nama asalnya. Kini, Santo Domingo adalah metropolis terbesar di Republik Dominika dan merupakan bandar penduduk teramai di Laut Caribbean.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum kedatangan Christopher Columbus pada Disember 1492, puak Taino menduduki pulau yang mereka panggil Quisqueya (ibu segala tanah) dan Ayiti (tanah gunung tinggi) yang Colombus namakannya sebagai Hispaniola. Pulau tersebut termasuk bahagian terletaknya Republik Haiti. Pada waktu itu terdapat lima kerajaan kecil (cacicazgos) iaitu Marién, Maguá, Maguana, Jaragua dan Higüey. Setiap kerajaan kecil tersebut diperintah oleh orang besar (caciques) Guacanagarix, Guarionex, Caonabo, Bohechío dan Cayacoa.

Pada tahun 1496, apabila Sepanyol menduduki kawasan itu dan secara rasminya pada 5 Ogos 1498, Santo Domingo adalah kota terttua di benua Amerika. Bartholomew Columbus telah mengasaskan sebuah penempatan dan menamakannya sebagai La Nueva Isabela, selepas penempatan yang lebih awal di utara iaitu La Isabela dinamakan sempena nama Ratu Sepanyol, Ratu Isabella I. Kemudian penempatan itu ditukar nama kepada Santo Domingo sebagai penghormatan kepada Santo Dominic yang merupakan patron Domenico Colombo, bapa kepada Columbus.[4] Santo Domingo ketika itu digelar "Gerbang ke Caribbean".

Santo Domingo pernah dimusnahkan oleh bencana taufan pada tahun 1502. Gabenor baharu ketika itu, Nicolas de Ovando telah membina semula kota itu di tapak lain yang berdekatan. Susun atur asal kota tersebut dan sebahagian besar dinding pertahanan di zon kolonial masih lagi wujud. Zon kolonial bersempadan dengan Rio Ozama dimana terdapatnya koleksi bangunan-bangunan abad ke-16 termasuk rumah-rumah mewah dan gereja megah yang mencerminkan gaya senibina Zaman Pertengahan. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai Tapak Warisan Dunia.


Geografi[sunting | sunting sumber]

Sungai Ozama mempunyai pajang kira-kira 148 kilometer sebelum mengalir keluar ke Laut Caribbean. Kedudukan Santo Domingo yang terletak di tebing sungai tersebut telah membawa kepentingan yang besar kepada pembangunan ekonomi bandar dan pertumbuhan perdagangan ketika zaman penjajah. Di sungai itu jugalah terletaknya pelabuhan tersibuk dalam negara.

Metropolitan Santo Domingo dibahagikan kepada empat majlis kerajaan tempatan (majlis perbandaran) yang kebanyakkannya atas sebab pentadbiran. Salah satu daripadanya ialah Daerah Negara Santo Domingo de Guzman. Tiga yang lain pula merupakan pembahagian perbandaran bagi negeri Santo Domingo iaitu Santo Domingo Utara (Santo Domingo Norte), Santo Domingo Timur (Santo Domingo Este) dan Santo Domingo Barat (Santo Domingo Oeste). Bajos de Haina di negeri San Cristobal bersempadanan dengan Santo Domingo Barat. Walaupun terletak di altitud yang rendah, Santo Domingo mempunyai beberapa bukit yang tinggi.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Menurut pengelasan iklim Koppen, Santo Domingo mempunyai iklim monsun tropika. Purata suhu di bandar berbeza sedikit kerana tiupan angin telah membantu mengurangkan haba panas dan kelembapan sepanjang tahun. Bulan Disember dan bulan Januari merupakan bulan yang paling sejuk manakala bulan Julai dan bulan Ogos adalah bulan terpanas. Purata kerpasan setahun Santo Domingo ialah 1446 mm. Suhu terendah dan tertinggi yang pernah tercatat di bandar raya ini pula ialah 13 °C dan 37 °C masing-masing.

Data iklim untuk Santo Domingo, Republik Dominika
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 27
(81)
29
(84)
29
(84)
30
(86)
30
(86)
31
(88)
33
(91)
34
(93)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
29
(84)
30.4
(86.8)
Min harian °C (°F) 24
(75)
24
(75)
25
(77)
26
(79)
26
(79)
27
(81)
27
(81)
27
(81)
27
(81)
27
(81)
26
(79)
25
(77)
25.9
(78.7)
Purata rendah °C (°F) 16
(61)
19
(66)
20
(68)
21
(70)
22
(72)
23
(73)
24
(75)
22
(72)
22
(72)
22
(72)
21
(70)
19
(66)
20.9
(69.7)
Kerpasan mm (inci) 64
(2.52)
56
(2.2)
53
(2.09)
71
(2.8)
188
(7.4)
140
(5.51)
145
(5.71)
178
(7.01)
180
(7.09)
188
(7.4)
99
(3.9)
84
(3.31)
1,446
(56.93)
Sumber: Weather Channel[5]

Mercu tanda[sunting | sunting sumber]

Beberapa mercu tanda terkenal di Santo Domingo adalah seperti Puerta del Conde, Puerta de la Misericordia, Katedral Santa Maria (Catedral Primada de América, Catedral de Santa María de la Encarnación), Panteon Negara, Istana James Columbus. Kesemua mercu tanda tersebut terletak di Kota Kolonial dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Muzium[sunting | sunting sumber]

  • Muzium Alcázar
  • Altar de la Patria
  • Muzium Limbungan Tentera Laut (Naval Museum of the Atarazanas)
  • Museo de las Casas Reale - memperingati zaman penjajahan
  • Muzium Duarte (Museum of Duarte) - menunjukkan sejarah gerakan dan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan
  • Muzium Sejarah Asli (Museum of Natural History)
  • Muzium Manusia Dominika (Museum of Dominican Man)
  • Muzium Dunia Ambar (World of Ambar Museum)
  • Muzium Kesenian Moden (Museum of Modern Arts)
  • Muzium Sejarah dan Geografi Negara (National Museum of History and Geography) - didedikasikan untuk sejarah Dominica daripada era pra-Columbia hingga kini.

Taman dan kawasan rekreasi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Kawasan Hijau Santo Domingo (en)
Parque Colón kota kolonial.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Superficies a nivel de municipios, Oficina Nacional de Estadística
  2. De la Fuente, Santiago (1976) (dalam bahasa Sepanyol). Geografía Dominicana. Santo Domingo, Republik Dominika: Editora Colegial Quisqueyana. 
  3. Perangkaan 2010
  4. Sitographics.com
  5. "Weather Channel: Historical Weather for Santo Domingo, Dominican Republic". http://www.weather.com/outlook/travel/businesstraveler/wxclimatology/monthly/graph/DRXX0009?from=36hr_bottomnav_business.