Sapeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sapeh
Padangan hadapan, sisi dan belakang Sape.

Padangan hadapan, sisi dan belakang Sape.
String instrument
Pengelasan alatan bertali
Pengelasan Hornbostel-Sachs
(Composite kordofon)
Dibangunkan Borneo: Sarawak, Malaysia dan Kalimantan, Indonesia
Alat muzik berkaitan
Alatan muzik sapeh yang dimainkan oleh pribumi Sarawak.

Sapeh sebuah alat muzik jenis kordofon yang dimainkan oleh masyarakat pribumi Sarawak. Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Badan sapeh biasanya dibuat dari satu batang pokok, dengan banyak alatan moden mencecah sehingga sepanjang satu meter. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif Orang Ulu di Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.

Pada awalnya sape merupakan alat muzik yang agak terhad dengan hanya dua tali dan hanya tiga fret. Kegunaannya terhad kepada muzik bentuk tradisi bagi mencetuskan keadaan bersawai. Pada abad ini, sape perlahan-lahan menjadi alat sosial bagi mengiringi tarian atau sebagai bentuk hiburan. Masa kini, alatan bertali tiga, empat atau lima digunakan, dengan julat lebih dari tiga oktaf.

Dua orang memainkan Sape eletrik.

Secara teknikal, sape merupakan alat yang agak mudah, dengan satu tali membawa melodi dan tali lain sebagai ulangan muzik. Dalam amalan, muziknya agak rumit dengan banyak variasi dan hiasan. Terdapat dua mod biasa, satu bagi tarian najat lelaki dan satu lagi bagi tarian wanita. Terdapat juga mod ketiga yang jarang digunakan. Muzik Sape biasanya datang melalui mimpi dan terdapat 35 jenis tradisi dengan banyak variasi. Keseluruhan rspisotori perlahan-lahan meningkat.

Sape masih dihasilkan di Borneo, dan ciptaan moden seperti sape eletrik adalah biasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Kor_Sapeh.htm


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.