Sean Connery
| Sean Connery | |
|---|---|
Connery di Edinburgh International Film Festival 2008 |
|
| Lahir | Thomas Sean Connery 25 Ogos 1930 (umur 81)[1] Edinburgh, Scotland |
| Pekerjaan | Pelakon Penerbit |
| Tempoh aktif | 1954–2006 |
| Laman Web | http://www.seanconnery.com |
| Berkahwin dengan | Diane Cilento (1962–1973) Micheline Roquebrune (1975–kini) |
| Laman web rasmi | |
Sir Thomas Sean Connery (lahir 25 Ogos 1930), atau lebih dikenali sebagai Sean Connery, ialah seorang pelakon dan penerbit filem berbangsa Scotland yang banyak menerima pengiktirafan Anugerah Akademi, Golden Globe, dan Anugerah BAFTA.
Beliau paling dikenali sebagai pelakon watak James Bond yang membintangi tujuh buah filem 007 dari tahun 1962 hingga 1983.[2] Pada tahun 1988, Connery memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik atas sumbangannya dalam filem The Untouchables.[3] Kerjaya filemnya juga merangkumi filem-filem seperti Marnie, Indiana Jones and the Last Crusade, The Hunt for Red October, Dragonheart, dan The Rock.
Connery telah diundi sebagai "greatest living Scot" (orang Scotland terhebat di dunia)[4] serta dikesatriakan oleh Ratu Elizabeth II pada Julai 2000.[5] Pada tahun 1989, beliau diisytiharkan Sexiest Man Alive (Lelaki Paling Seksi di Dunia) oleh majalah People, seterusnya pada tahun 1999, pada usia 69 tahun, beliau diundi sebagai Sexiest Man of the Century (Lelaki Paling Seksi Abad Ini) oleh majalah yang sama.
[sunting] Filmografi
[sunting] Rujukan
- ↑ "The Official Website of Sir Sean Connery". http://www.seanconnery.com/biography/.
- ↑ "ProFail: Sean Connery". BBC News Online. 2006-03-12. http://news.bbc.co.uk/1/hi/entertainment/4799550.stm. Capaian 2007-03-19.
- ↑ "popculture.com's Oscar Winners Archive". www.popculturemadness.com. http://www.popculturemadness.com/Trivia/Oscars/Top-1987-O.html. Capaian 2008-05-13.
- ↑ FindArticles.com
- ↑ "Official website's entry on 2000 knighthood". www.seanconnery.com. http://www.seanconnery.com/biography/knighthood. Capaian 2007-09-29.
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sean Connery |
- Official website
- Sean Connery dalam Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Sean Connery di Pangkalan Data Broadway Internet
- BBC: Sean Connery Biography (1999)
- Profile @ Turner Classic Movies
| Persondata | |
|---|---|
| NAMA | Connery, Sean |
| NAMA LAIN | |
| HURAIAN RINGKAS | Oscar winning Scottish actor; best known as the original cinematic James Bond |
| TARIKH LAHIR | August 25, 1930 |
| TEMPAT LAHIR | Fountainbridge, Edinburgh, Scotland |
| TARIKH KEMATIAN | |
| TEMPAT KEMATIAN | |