Sekolah Kebangsaan Sri Melor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sri Melor
Lokasi
 Malaysia Km 20, Jln Pasir Puteh, 16400, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
Nombor sekolah6097825702
Kod sekolahDBB1111
Faks6097825701
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Sri Melor atau nama ringkasnya SK Sri Melor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 20, Jln Pasir Puteh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Melor memiliki 552 pelajar lelaki dan 491 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1043 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Melor merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kilometer 22, Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu, Melor, Kelantan. Sekolah yang memiliki 5 buah bangunan dan 29 buah kelas ini kini menempatkan seramai 1,050 orang para pelajar dan 59 orang guru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gerakan untuk menubuhan sekolah ini bermula dengan tindakan seorang pemimpin tempatan iaitu Tuan Haji Wan Ismail bin Wan Mahmood, bekas Penggawa Daerah Gunung Barat, Bachok yang telah menubuhkan satu jawatankuasa penaja dalam usaha untuk menubuhkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan SRJK (Inggeris) Melor pada tahun 1958. Beberapa rundingan telah dijalankan dengan pihak Pegawai Pelajaran Kelantan iaitu Mr. D. Bannet, Mr. C. Stowe sehinggalah Mr. J.A. Mc Gumiskey. Pada 2 Januari,1961 SRJK (Inggeris) Melor telah dibuka dengan rasminya dengan En. Hussain b. Yusoff yang berkelulusan dari Maktab Perguruan Kirby, England telah dilantik sebagai guru besar. Sesi pembelajaran SRJK (Inggeris) Melor bermula dengan sesi petang dengan menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Melor. Kumpulan pertama pelajarnya adalah seramai 119 orang murid yang dibahagikan kepada tiga buah kelas. Guru-gurunya pula adalah seramai lima orang termasuk guru besar. Pada tahun 1963, SRJK (Inggeris) Melor telah ditukar nama menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Melor (SRK Melor). Pada masa yang sama juga, sekolah ini berpindah bangunan ke bangunan Sekolah Arab Melor yang terletak bersebelahan Masjid Melor sekarang. Pada tahun 1980, SRK Melor berpindah ke bangunannya sendiri iaitu tapak bangunan sekarang. Berikutan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2 Januari, 1996 yang memansuhkan kesemua Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan menukarkannya dengan Sekolah Kebangsaan (SK), satu jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah memutuskan untuk menukar nama SRK Melor kepada SK Sri Melor.

Senarai Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. En. Hussain b. Yusoff (1961–1968)
  2. En. Ariffin b. Basri (1969–1974)
  3. En. Ariffin b. Hj. Hassan (1975 – 1979)
  4. En. Othman b. Jaafar (1980–1984)
  5. En. Abdul Kadir b. Abdul Rahman (1985–1987)
  6. En. Abdullah b. Mustaffa (1988–1989)
  7. En. Abdullah Zawawi b. Abu Bakar (1989–1992)
  8. Tn. Hj. Hilmi b. Dato' Hj. Ismail, PB (1992–1993)
  9. En. Mokhtar b. Hj. Yaacob (1993–1995)
  10. Tn. Hj. Nik Aziz @ Ab. Aziz b. Nik Mahmood (1995–2005)
  11. En. Mohamad Shuhaimi b. Mohd. Fauzi (2005-2007)
  12. En. Ismail b. Ibrahim (2007 - 2009)
  13. Pn. Hjh. Mimun bt. Abd. Hamid (2009 - 2015)
  14. Tn. Hj. Mat Ludin b. Hassan (2015 hingga 2016)
  15. En. Harris Irman b Sharipudiin (2016 hingga sekarang)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Melor
KM22, Jln Pasir Puteh
16400, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097825702
Fax = 6097825701

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.