Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lencana Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari Bandar Melaka. Kawasannya iaitu di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun. Kawasan ini mempunyai beberapa buah sekolah lain (SMK Tun Tijah & SMK Durian Daun.)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1961. Sebelum ini ia adalah sebahagian dari Sekolah Menengah Gajah Berang iaitu semenjak tahun 1959. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murid-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada tahun 16.11.1962.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Bangunan sekolah

Terdapat 11 buah bangunan pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah blok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dengan dewan, sebuah pusat sumber dan sebuah lagi bangunan tiga tingkat yang masih dalam pembinaan.Aliran Sains bermula sejak tahun 70an dan kini telah meningkat kepada enam buah kelas. Bagi aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak Sekolah Menengah Gajah Berang) dan kini jumlahnya sebanyak 6 buah kelas kesemuanya.

Jumlah kelas telah bertambah daripada 12 buah (1961) menjadi 39 buah terdiri Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas (Jan,2007). Begitu juga dengan bilangan murid daripada 414 orang (1961) kepada 984 orang (Jan, 2007). Manakala bilangan guru pula daripada 37 orang (1973) menjadi 75 orang (Jan,2007).Bilangan staf sokongan ialah seramai 20 orang (Jan, 2007)

Penghuni asramanya kini seramai 300 orang dan ketua wardennya ialah En. Azam Sharan Bin A.Samad

Tenaga pengajar[sunting | sunting sumber]

Fail:Pengetua.jpg
Pengetua Sekolah Tinggi Perempuan Melaka.

Bilangan guru pada awal penubuhannya hanya terdapat 29 orang. Manakala bilangan pekerja pula 5 orang. Kini terdapat 70 orang guru dan 30 orang pekerja(2007). Kini ia diterajui oleh Datin Hjh Norliah Bte Adam (2007). Bersesuaian dengan nama sekolah ini, ia ditubuhkan khas untuk murid-murid perempuan sahaja iaitu dari awal hingga kini.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dicipta oleh Mat Mohd Sidik dan liriknya oleh Zaiton Hj. Ahmad.

Majulah Sekolah Tinggi Perempuan Melaka
Tempat kuntum-kuntum bunga kembang dan mekar
Indahnya menghiasi jambangan negara
Di sini putri pertiwi bermula

Segala ilmu dituntut sepenuh hati
Dalam sukan berjuang kuat dan berbakti
Guru dihormati, imej dijunjung tinggi
Sejajar dengan nama yang diberi

Kejayaan penuh usaha, kemenangan berwibawa
Itulah matlamat semua
Dengan tidak melupakan nilai-nilai murni kita
Demi sekolah yang tercinta

Pelihara sifat ketimuran kita
Bersopan santun serta berakhlak mulia
Berpelajaran tinggi, sihat dan sejahtera
Pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka


Pautan luar[sunting | sunting sumber]