Pokok Nangka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nangka)
Lompat ke: pandu arah, cari
Nangka
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Rosales
Keluarga: Moraceae
Tribus: Artocarpeae
Genus: Artocarpus
Spesies: A. heterophyllus
Nama binomial
Artocarpus heterophyllus
Lam.
Sinonim
Untuk kegunaan lain, sila lihat: Nangka (nyahkekaburan).
Pokok Nangka

Pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla[1]) merupakan spesies pokok dalam keluarga mulberi (Moraceae), yang merupakan pokok tempatan di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam. [2], [3]

Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia,[4] reaching 80 paun (36 kg) in weight and up to 36 inci (90 cm) long and 20 inci (50 cm) in diameter.[5]

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara.

Penanaman dan ekologi[sunting | sunting sumber]

Buah nangka yang dibelah

Nangka telah memainkan peranan penting dalam pertanian India berabad lamanya. Jumpaan arkheologi di India telah menunjukkan bahawa Maharaja Ashoka Agung (274–237 BC) menggalakkan penanaman arbori-horticulture bagi pelbagai pokok buah termasuk pokok nangka. Varahamihira, pakar kaji bintang India, pakar mathematik, dan astrologi, menulis satu bab mengenai rawatan pokok di tempatnya di Brhat Samhita. Treatisnya termasuk rujukan khusus mengenai cantuman yang dilakukan pada pokok seperti nangka.[6] Pokok nangka matang dalam 35–40 tahun, kayunya boleh digunakan bagi menghasilkan perabut. Selain itu kayu nangka menjadi pilihan untuk di buat alat bunyian, termasuk beduk. kompang dan sebagainya. Getah semulajadi dari pokok nangka digunakan bagi membaiki lubang kecil pada periuk. Di Kerala (India), pokok nangka menyokong batang pokok Lada Hitam yang memanjat. Dengan itu batang pokok nangka di Kerala biasanya dilitupi dengan daun hijau gelap pokok lada hitam yang dituai petani.

Gambaran saiz nangka. Daun lada hitam yang gelap juga dapat dilihat

Pokok nangka dianggap sebagai spesies ceroboh di Brazil, terutamanya di Taman Negara Hutan Tijuca di Rio de Janeiro. Sebahagian besar hutan Tijuca merupakan hutan kedua buatan, yang penanamannya bermula sejak pertengahan abad ke-19, dan pokok Nangka merupakan sebahagian tumbuhan taman tersebut sejak ia diasaskan. Masa kini, spesies ini membiak melampau, kerana disebabkan buahnya, apabila masak gugur ke tanah dan terbuka, menjadi makanan kepada mamalia kecil seperti “common marmoset” dan coati. Biji benihnya disebarkan oleh haiwan ini, yang membenarkan pokok nangka tersebar meluas berbanding spesies pokok tempatan. Tambahan lagi, marmoset dan coati juga merupakan pemangsa peluang kepada telur burung dan anak burung, pokok nangka membekalkan bekalan makanan yang membenarkan mereka semakin membiak, yang menyebabkan kesan negetif kepada populasi burung tempatan. Antara 2002 dan 2007, 55,662 anak pokok nangka telah dimusnahkan di kawasan Hutan Tijuca sebagai sebahagian usaha pengawalan sengaja oleh pengurus taman.[7]

Perdagangan[sunting | sunting sumber]

Di luar kawasan Negara asal, buah nangka segar terdapat di pasar makanan Asia terutama di Filipina. Ia juga ditanam secara meluas di bahagian persisiran Brazil, di mana ia dijual di pasar tempatan. Ia terdapat sebagai ditinkan dalam sirap gula, atau dibekukan. Cip nangka kering dihasilkan oleh banyak pengilang. Di utara Australia, terutamanya di Daerah Utara Darwin, Australia]], nangka boleh di dapati di pasar pengeluar terbuka semasa musim kering. Di luar Negara di mana ia ditanam, nangka boleh didapati sepanjang tahun samaada ditinkan atau dikeringkan. Musim matangnya di Asia adalah pada akhir musim bunga hingga akhir musim panas.[8]

Buah Nangka[sunting | sunting sumber]

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".[9] Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.

Variati Nangka di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa klon kultivar Nangka yang disyorkan untuk ditanam:-

J 29[sunting | sunting sumber]

Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.

J 31[sunting | sunting sumber]

Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil.

J 32[sunting | sunting sumber]

Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.

J 33[sunting | sunting sumber]

Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang.

MASTURA (CJ-USM 2000)[sunting | sunting sumber]

Bandingan saiz nangka madu MASTURA dengan badan seorang manusia.

MASTURA merupakan satu kultivar baru buah nangka yang terhasil daripada penyelidikan pakar saintis dari Universiti Sains Malaysiaselama 16 tahun.[10][11]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Nangka ditanam melalui biji, cantuman atau kultur tisu.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Buah yang masak dimakan mentah atau dibuat jem, jeli, acar, dodol, pengat atau ditinkan. Isi nangka muda boleh dimasak gulai lemak, kari, kerabu atau direbus sebagai ulam.

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Biji nangka boleh direbus dan dimakan atau dihancurkan menjadi tepung yang boleh dicampur dalam air untuk diminum bagi mengubat penyakit kelebihan hempedu. Bijinya juga dipanggang dan dimakan sebagai tonik kelamin.

Kayu[sunting | sunting sumber]

Kayu dari pokok nangka digunakan bagi penghasilan alatan muzik. Di Indonesia ia membentuk sebahagian dari peralatan muzik gamelan dan juga di Filipina, kayu lembutnya dijadikan badan kutiyapi, sejenis seruling bot Filipina. Ia juga digunakan bagi menghasilkan Veena, sejenis peralatan muzik bertali India dan dram Mridangam dan Kanjira, kayu kuning keemasan dengan urat yang cantik turut digunakan bagi menghasilkan perabut dan rumah di India. Kepingan kayu berhias yang dikenali sebagai Avani Palaka dihasilkan dari pokok nangka digunakan sebagai tempat duduk sami semasa istiadat Hindu di Kerala.

Kayu nangka digunakan secara meluas bagi penghasilan perabut, pembinaan pintu, tingkap, dan atap.

Teras pokok nangka digunakan oleh sami hutan Buddha di Asia Tenggara sebagai pewarna, memberikan jubah sami pengikut tradisi itu warna perang muda yang berbeza.[12]

Kepentingan budaya[sunting | sunting sumber]

Nangka merupakan satu dari tiga buah mewah Tamil Nadu, bersama mangga dan pisang.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Artocarpus heterophyllus". 2006-10. http://www.tropical-biology.org/research/dip/species/Artocarpus%20heterophyllus.htm. Capaian 2010-06-21. 
  2. SENARAI POKOK-POKOK BUAH-BUAHAN DAN POKOK-POKOK SUMBER MAKANAN FAUNA KHUSUSNYA BURUNG (YANG TIDAK BOLEH DITEBANG).
  3. INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
  4. "Jackfruit, Breadfruit & Relatives". http://www.proscitech.com.au/trop/j.htm. Capaian 2010-06-21. 
  5. "Jackfruit". http://www.crfg.org/pubs/ff/jackfruit.html. Capaian 2010-06-21. 
  6. Science in India with Special Reference to Agriculture P.M. Tamboli and Y.L. Nene
  7. Livia de Almeida, "Guerra contra as jaqueiras" ("War on Jackfruit"), Revista Veja Rio, May the 5th.2007; see also [1]
  8. http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/jackfruit_ars.html#Season
  9. [2] General information, Department of Agriculture, State of Bahia
  10. [http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm Mastura buah nangka terbaik Oleh RIZAM ZAKARIYA.]
  11. NANGKA MASTURA ULASNYA LAZAT,KUNING KEEMASAN.
  12. Forest Monks and the Nation-state: An Anthropological and Historical Study in Northeast Thailand J.L. Taylor 1993 p218
  13. Subrahmanian N, Hikosaka S, Samuel GJ (1997). =triad+of+famous+auspicious+fruits&hl=en&ei=XcmnS5GHEsqGkAXcie2CAw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CDoQ6A EwAA Tamil social history. m/s. 88. http://books.google.com.au/books?id=PXXsAAAAIAAJ&q=triad+of+famous+auspicious+fruits&dq =triad+of+famous+auspicious+fruits&hl=en&ei=XcmnS5GHEsqGkAXcie2CAw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CDoQ6A EwAA. Capaian March 23, 2010. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]