Senarai suku Arab yang pernah berinteraksi dengan Nabi Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terdapat beberapa suku Arab yang pernah berinteraksi dengan Nabi Muhammad.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Puak-puak Arab yang paling tinggi adalah Quraisy yang kemudiannya dibahagikan kepada beberapa suku kaum. Salah satu suku kaum Quraisy, Bani Hasyim, merupakan suku kaum Nabi Muhammad, manakala suku saudara mereka, Bani Abdi Shams adalah musuh paling tegar mereka. Selepas Nabi Muhammad, negara Islam diperintah secara khas melalui suku Quraisy, sehinggalah Turki Usmaniyah berkuasa.

Terdapat suku-suku lain yang berpusat di pelbagai bandar, contohnya Bani Thaqif dan Bani Utbah.

Beberapa suku Yahudi yang terkenal tinggal di Madinah, seperti Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqa. Mereka penting dalam riwayat Nabi Muhammad. Puak-puak ini terlibat dalam Perang Ahzab, yang mana mereka membuat perjanjian akan menyokong orang Islam tetapi akhirnya langgar janji dan berperang melawan orang Islam.

Senarai[sunting | sunting sumber]

Suku-suku yang pernah berinteraksi dengan Nabi Muhammad termasuk:

Di Yathrib (kemudian Madinah):

Suku kaum Yahudi:

  • Bani Fagir[perlu rujukan]
  • Bani Kahinan — mereka menjejak keturunan mereka daripada Nabi Harun[4]
  • Bani Auf
  • Bani Harith atau Bani Khorath dahulu merupakan pemerintah Najran.[5][2]
  • Bani Nadir — cabang suku Bani Kahinan, di Yathrib (Madinah)
  • Bani Najjar[5][2]
  • Bani Qainuqa — suku Yahudi paling berkuasa di Semenanjung Arab sebelum Islam[6][5][2]
  • Bani Qudaah — suku Himyar yang memeluk agama Yahudi Saduki[7]
  • Bani Quraizah — cabang suku Bani Kahinan, di Yathrib (Madinah) , "keluarga utama" melarikan diri dari Syria di bawah pemerintahan kerajaan Ghasan, kemudian melarikan diri dari Madinah, selepas diusir oleh Nabi Muhammad, kembali ke Syria
  • Bani Syutaibah[5][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bani Huzail
  2. ^ a b c d e Dr. Muhammad Tahir-ul-Qadri, Constitutional Analysis of the Constitution of Madina. Diarkibkan 2008-08-27 di Wayback Machine (petikan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Tahir-ul-Qadri" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ The Message. Diarkibkan 24 Mei 2012 di Wayback Machine
  4. ^ a b MEDINA - JewishEncyclopedia.com. (t.t.). Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "jewishencyclopedia" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ a b c d Norman A. Stillman, The Jews of Arab lands: a history and source book, p. 117
  6. ^ jewishencyclopedia.com
  7. ^ Joseph Adler (May/June 2000), The Jewish Kingdom of Himyar (Yemen): Its Rise and Fall, Midstream, Volume XXXXVI No. 4