Maulidur Rasul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga pelbagai nama disebut dalam bahasa lain bagi Maulidur Rasul.

Nama lain bagi Maulidur Rasul.
Nama Bahasa Maksud
Mawlid an-Nabī Arab "Kelahiran Nabi"
Milād an-Nabī Arab dan Urdu "Kelahiran Nabi"
Mevlid-i Şerif Turki "Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud/Mevlid bahasa Bosnia "Kelahiran"
Mawlūd-e Sharīf Urdu dan Dari "Kelahiran yang dirahmati
Zadruz-e Payambar-e Akram Parsi "Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Eid al-Mawlid an-Nabawī Arab "Pesta kelahiran Nabi"
Eid-e-Milād-un-Nabī Urdu "Pesta kelahiran Nabi"
Mawlid en-Nabaoui Echarif Arab Algeria "Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-Nabi Arab Mesir "Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Yawm an-Nabī Arab "Hari Nabi"
Maulidur-Rasūl Melayu "Kelahiran pesuruh Allah"
Mulud Jawa "Kelahiran"
Maulid Nabi Indonesia "Kelahiran Nabi"
Maulud Nabi Malaysia "Kelahiran Nabi"
Maulidi Swahili -
Meeladu Nabi Sri Lanka, India Selatan dan Maldives "Kelahiran Nabi"
Gamou Wolof -
Nabi/Mahanabi Jayanti Sanskrit dan India "Kelahiran Nabi (yang agung)"

Waktu[sunting | sunting sumber]

Maulidur Rasul pada jatuh pada Rabiulawal setiap tahun. Menurut fahaman Syiah, hari tersebut jatuh pada 17 Rabiulawal serentak dengan hari kelahiran Imam keenam iaitu Ja'far al-Sadiq dan kelahiran Nabi Muhammad dan bagi Sunni pula jatuh pada 12 Rabiulawal.

Tarikh anggaran Maulidur Rasul tahun 2008-2013[1]
Tahun Masihi 12 Rabiulawal
(Sunni dan segelintir orang Syiah)
17 Rabiulawal
(Syiah)
2008* 20 Mac 25 Mac
2009* 9 Mac 14 Mac
2010* 26 Februari 3 Mac
2011* 15 Februari 20 Februari
2012 4 Februari 9 Februari
2013 24 Januari 29 Januari
* Tarikh yang pasti. Tarikh yang lain adalah anggaran sahaja kerana tarikh sebenar mungkin berbeza berdasarkan pemerhatian pada anak bulan bagi awal bulan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hari suci umat Islam. Moonsighting.com

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]