Serangan Tentera Pembebasan Rakyat ke atas Xinjiang (1949)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan Tentera Pembebasan Rakyat ke atas Xinjiang (1949)
Maklumat am
Tarikh 13 Oktober, 1949
Lokasi Xinjiang
Hasil Kemenangan Tentera Pembebasan Rakyat; Xinjiang kemudian diserap ke dalam Republik Rakyat China
Pihak yang berperang
Kokbayraq flag.svg Republik Turkestan Timur
Republik China Republik China
People's Liberation Army Flag of the People's Republic of China.svg Tentera Pembebasan Rakyat
Komander dan pemimpin
 ? People's Liberation Army Flag of the People's Republic of China.svg Mao Zedong
Kekuatan
100,000 44,657
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Republik Turkestan Timur Kedua (RTT) berakhir apabila Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) memasuki Xinjiang pada tahun 1949. RTT wujud pada tahun 1940-an (12 November, 1944 - 20 Oktober, 1949) dalam tiga daerah utara (Ili, Tarbaghatai, Altai) di wilayah Xinjiang, Republik China, sementara kawasan Xinjiang selebihnya berada di bawah kawalan Republik China. Berdasarkan tafsiran Republik Rakyat China (PRC), Republik Turkestan Timur Kedua (RTT ke-2) adalah revolusi Xinjiang, satu bahagian positif dalam revolusi komunis di China; RTT ke-2 menyetujui dan mengalu-alukan PLA apabila mereka memasuki Xinjiang, satu proses yang dikenali sebagai Pembebasan Aman Xinjiang. Walaubagaimanapun, pandangan para penyokong bebas melihat RTT sebagai satu usaha bagi mewujudkan sebuah negeri merdeka, dan kemasukan PLA kemudiannya merupakan satu serangan. Sekitar pertengahan Oktober, pasukan PLA telah memasuki selatan Xinjiang, dan menghadapi tentangan dari pergerakkan yang diketuai oleh Osman Batur, dan kumpulan-kumpulan Kazakh yang berterusan sehingga 1954.[1][2]

Pada bulan Ogos 1949, para pemimpin RTT Exmetjan Qasimi, Abdulkerim Abbas, Ishaq Beg, Luo Zhi dan Delilhan Sugurbayev terbang untuk berjumpa dengan para pemimpin komunis China telah meninggal dunia dalam kemalangan pesawat yang misteri.[3] Kematian mereka disembunyikan sehingga PLA boleh mengawal utara Xinjiang.[4] Selepas keruntuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, bekas para pemimpin KGB mendedahkan bahawa lima pemimpin atasan RTT dibunuh atas arahan Joseph Stalin di Moscow pada akhir Ogos 1949, berikutan satu perjanjian di antara Stalin dan pemimpin komunis China Mao Zedong.[5] Aysa Beg fled to Turkey.[6] Wilayah Pemerintahan Sendiri Uyghur Xinjiang sebagai sebahagian daripada PRC telah ditubuhkan pada 1 Oktober, 1955, mengantikan Wilayah Xinjiang (1884–1955).

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Xinjiang by S. Frederick Starr
  2. Sinkiang and Sino-Soviet Relations
  3. Donald H. McMillen, Chinese Communist Power and Policy in Xinjiang, 1949-1977 (Boulder, Colorado:Westview Press, 1979), p. 30
  4. Opposition politique, nationalisme et islam chez les Ouïghours du Xinjiang Rémi Castets
  5. The quest for an eighth Turkic nation Taipei Times
  6. Uighur militants - Committee for Eastern Turkistan