Serangan berani mati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Serangan berani mati ialah sejenis serangan yang mana penyerang dijangka atau berniat untuk mengorbankan nyawanya dalam tindakannya.


Takrifan[sunting | sunting sumber]

Bukan senang untuk mentakrifkan terorisme berani mati, apatah lagi mentakrifkan terorisme itu sendiri. Pada Mac 2005, Kofi Annan, selaku Setiausaha Agung PBB, mentakrifkan terorisme (pengganasan) di Perhimpunan Agung sebagai sebarang tujuan yang "berniat menyebabkan kematian atau kecederaan parah orang awam atau bukan petempur" untuk tujuan penakutan.[1] Takrifan inilah yang membezakan terorisme berani mati daripada pengeboman berani mati, yang mana pengeboman berani mati tidak semestinya menyasar bukan petempur, tetapi tidak diterima secara meluas.

Misalnya, Jason Burke, seorang wartawan yang pernah hidup di kalangan militan Islam, lebih menggemari istilah 'kemilitanan' daripada 'terorisme', dan mendapati bahawa ramai yang mentakrifkan terorisme sebagai 'penggunaan atau pengugutan keganasan dahsyat' mengedepankan 'perjuangan', serta menekankan bahawa terorisme itu sejenis taktik. Burke mengetepikan sasaran tindakan pengganas daripada takrifan, namun beliau terang-terangan meluahkan 'kebencian' terhadap pengeboman berani mati.[2] Sementara itu, Fred Halliday menarik perhatian kepada fakta bahawa pemerian tindakan pihak tertentu sebagai 'pengganas' atau 'terorisme' merupakan taktik yang digunakan oleh kerajaan untuk menyangkal 'kemunasabahan' dan 'hak membantah dan memberontak', tetapi serupa seperti Burke, beliau tidak mentakrifkan terorisme dari segi kemilitanan mangsa seperti Kofi Annan.[3] Pendekatan yang diutamakannya adalah bertumpu pada aspek-aspek tertentu di dalam terorisme yang boleh dikaji tanpa menggunakan konsep itu sendiri yang sarat dengan 'banyak putar belit dan dongeng'. Ini bererti bertumpu pada komponen-komponen 'keganasan' dan 'keganasan politik' yang tertentu dalam terorisme.[4]

Dengan menyedari perbahasan ini, pengganasan berani mati itu ditakrifkan oleh Ami Pedahzur sebagai "kepelbagaian tindakan-tindakan ganas yang dilakukan oleh pihak yang sedar bahawa peluang untuk hidup selepas bertindak adalah hampir dengan sifar."[5] Ini termasuk pengeboman berani mati dan bermacam-macam lagi taktik berani mati yang berikut.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Story: UN reform". United Nations. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-27. http://web.archive.org/web/20070427012107/http://www.un.org/unifeed/script.asp?scriptId=73. Capaian 2010-02-24. 
  2. Burke, J., 'Al Qaeda', (London, 2005), p1-24p.22
  3. Halliday, F., Two Hours that Shook the World: September 11, 2001- Causes and Consequences', (London, 2002), pp.70-71
  4. Halliday, p.70
  5. Pedahzur, A., 'Suicide Terrorism', (Cambridge, 2005) p.8
  6. "Terrorist hid explosives in his bottom", Telegraph.co.uk, 21 September 2009. Dicapai pada 2009-09-27.