Serangan misi diplomatik 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan misi diplomatik 2012
Lokasi Kaherah, Mesir
Chennai, Tamil Nadu, India
Sydney, Australia
Benghazi, Libya
Sana'a, Yaman[1]
Tunis, Tunisia[1]
Khartoum, Sudan
Antwerp, Belgium[2]
London, United Kingdom
Paris, Perancis
Copenhagen, Denmark
Tarikh September 11, 2012 (2012-09-11)kini
Sasaran Misi diplomatik
Jenis serangan Rusuhan, pembakaran sengaja, serangan bersenjata
Senjata Grenad yang dilancarkan roket, bom tangan, raifal tempur, mortar, trak senjata
Kematian
Kecederaan
Pesalah Salafi (Mesir)[23]
al-Qaeda (Libya)[24]
Pembantah Muslim (India, Tunisia, Yaman)[19]
Taliban (Afghanistan)[25]
Hezbi Islami (Afghanistan)[26]
Motif Treler filem Innocence of Muslims

Pada 11 September 2012, misi diplomatik A.S. di Kaherah, Mesir, dan Benghazi, Libya, diserang oleh pembantah, memulakan satu siri bantahan ganas dan tanpa kekerasan di luar misi diplomatik A.S. dan negara Barat lain di komuniti Muslim di seluruh dunia. Sementara bantahan ini kelihatannya sebagai gerak balas terhadap treler bagi filem Innocence of Muslims, yang didapati menjelikkan bagi kebanyakan Muslim, terdapat juga isu lain yang tersembunyi yang memarakkan lagi bantahan dan keganasan di beberapa negara. Serangan terhadap konsulat A.S. di Benghazi disebut sebagai "serangan pengganas" oleh Rumah Putih pada 20 September.

Di Kaherah, sekumpulan pembantah memanjat dinding kedutaan A.S. embassy dan menurunkan bendera Amerika Syarikat, menggantikannya dengan bendera Islam hitam. Tunjuk perasaan berterusan di Mesir pada hari-hari berikutnya, menyebabkan satu kematian dan lebih 200 orang cedera.

Di Benghazi, serangan terhadap konsulat A.S. berlangsung hampir lima jam, menggunakan grenad yang dilancarkan roket, raifal tempur, bom tangan, trak senjata dan mortar. Ia menyebabkan kematian duta J. Christopher Stevens, pegawai Perkhidmatan Luar Negeri Sean Smith,[27] pekerja keselamatan swasta Glen Doherty[28] dan bekas SEAL Tentera Laut A.S. Tyrone Woods.[29] Tujuh pengawal Libya cedera.[22] Dalam laporan kemudian, pegawai A.S. menyatakan yang serangan ini kelihatan "kompleks" dan dijalankan sencara profesional.[30] Ada juga pegawai, bercakap ketanpanamaan, berkata mereka percaya serangan Benghazi itu diselaras dan dirancang lebih awal, dan tidak disebabkan oleh filem itu.[31] Al-Qaeda membayangkan bertanggungjawab dan menyebut ia adalah balas dendam terhadap serangan dron A.S. yang membunuh Abu Yahya al-Libi, salah seorang pemimpinnya.[32]

Pada 13 September, bantahan melarat ke kedutaan A.S. di Sana'a menyebabkan kematian empat pembantah dan kecederaan kepada 35 orang. Pada 14 September, konsulat A.S. di Chennai diserang, menyebabkan 25 orang pembantah luka-luka.[19] Pembantah di Tunis memanjat dinding kedutaan A.S dan membakar pokok. Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 46 lagi cedera dalam bantahan pada 15 September.[11] Bantahan terus diadakan di misi diplomatik A.S. dan lokasi lain pada hari-hari berikutnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "US embassies attacked as anti-Islam film protests escalate", BBC News, 14 September 2012. Dicapai pada 14 September 2012. 
  2. "Waves of protests spread into Europe", Euronews
  3. 3.0 3.1 Rayment, Sean. "British troops help fight off Taliban attack on Afghan military base housing Prince Harry", 14 September 2012. Dicapai pada 15 September 2012. 
  4. "Female suicide bomber strikes Kabul bus", 18 September 2012. Dicapai pada 18 September 2012. 
  5. Pakistani man dies after inhaling fumes from burning American flags at anti-Islam film rally
  6. Death toll rises in Pakistan video protests
  7. 7.0 7.1 New film protests in Pakistan as death toll rises to 21
  8. Obama Condemns Attack on Libya Consulate That Killed Four
  9. "Libyan guards killed in U.S. consulate attack", 12 September 2012. Dicapai pada 13 September 2012. 
  10. 10.0 10.1 "4 killed as Yemeni police, demonstrators clash at U.S. Embassy", 13 September 2012. Dicapai pada 13 September 2012. 
  11. 11.0 11.1 11.2 "Tunisia death toll rises to four in U.S. embassy attack". Reuters via Trust.org. 15 September 2012. Dicapai September 2012.
  12. "Shadowy Egypt-based group claims Israel border attack, cites video as motive", 23 September 2012. Dicapai pada 23 September 2012. 
  13. 13.0 13.1 13.2 "Embassies under attack over anti-Islam video". Al Jazeera English. http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/09/201291482159758224.html. Capaian 14 September 2012. 
  14. 14.0 14.1 "News: One killed in violent Lebanon protest over anti-Islam film". The Daily Star. http://www.dailystar.com.lb/News/Politics/2012/Sep-14/187902-15-lebanese-policemen-injured-in-protest-over-anti-islam-film.ashx. Capaian 14 September 2012. 
  15. "Protesters clash with police near US Embassy in Cairo, one dead", 15 September 2012. Dicapai pada 15 September 2012. 
  16. Timeline, Protests over anti-Islam video
  17. Fallout of film, Pak mob sets church ablaze, pastor’s son injured in attack
  18. 224 injured so far at U.S. embassy clashes in Cairo: Health ministry – Politics – Egypt – Ahram Online
  19. 19.0 19.1 19.2 George, Daniel P. "US consulate targeted in Chennai over anti-Prophet Muhammad film", 14 September 2012. Dicapai pada 14 September 2012. 
  20. "Muslim protesters clash with police in Sydney", Nine News
  21. "RPG hits UK convoy in Libya, 2 hurt", MoroccoTomorrow
  22. 22.0 22.1 "No Libyans died in Benghazi attack". Libya Herald. http://www.libyaherald.com/?p=14495. Capaian 15 September 2012. 
  23. "US envoy dies in Benghazi consulate attack", Al Jazeera English, September 12, 2012. Dicapai pada September 12, 2012. 
  24. "U.S. ambassador to Libya killed in Benghazi attack", September 12, 2012. 
  25. "Taliban link Afghanistan attack to anti-Islam film", 15 September 2012. Dicapai pada 15 September 2012. 
  26. Rod Nordland, Sangar Rahimi. "Suicide Bomber in Afghanistan Strikes Minibus, Killing Mostly Foreign Workers", 18 September 2012. Dicapai pada 20 September 2012. 
  27. "Statement on the Death of American Personnel in Benghazi, Libya", Department of State, September 12, 2012. Dicapai pada September 12, 2012. 
  28. John Ellement. "Winchester native among victims of Libya attack", 13 September 2012. Dicapai pada 13 September 2012. 
  29. Debbi Baker (13 September 2012). "Two ex-SEALs from SD killed in Libya". U-T San Diego. http://www.utsandiego.com/news/2012/sep/13/libya-embassy-victim-encinitas. 
  30. "Libya rescue squad ran into fierce, accurate ambush", 12 September 2012. 
  31. Pentagon to review video of Libya attack – CNN.com blogs
  32. Michal Shmulovich. "Al-Qaeda indicates responsibility for killing US envoy in Libya, urges more attacks", The Times of Israel, 15 September 2012. Dicapai pada 15 September 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]