Sergio Romero

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sergio Romero
Maklumat peribadi
Nama penuh Sergio Germán Romero
Tarikh lahir (1987-02-22) 22 Februari 1987 (umur 37)
Tempat lahir Bernardo de Irigoyen, Argentina
Ketinggian 1.92 m (6 ka ​3 58 in)[1]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester United
Nombor 20
Kerjaya remaja
1997 Almirante Brown
1997–2003 CAI
2003–2006 Racing Club
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Racing Club 5 (0)
2007–2011 AZ 90 (0)
2011–2015 Sampdoria 74 (0)
2013–2014Monaco (pinjaman) 3 (0)
2015– Manchester United 38 (0)
Pasukan kebangsaan
2007–2008 Argentina B20 23 (0)
2009– Argentina 65 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Ogos 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Ogos 2015 (UTC)

Sergio Germán Romero (lahir 22 Februari 1987) merupakan pemain bola sepak Argentina yang kini bermain sebagai penjaga gol di kelab Manchester United dan pasukan kebangsaan Argentina.

Beliau telah mengumpul lebih dari 60 kaps antarabangsa sejak tahun 2009. Romero mewakili Argentina di dua edisi Piala Dunia dan juga kejohanan Copa América. Selain itu, beliau sebahagian daripada kontinjen bola sepak Argentina yang memenangi pingat emas pada acara bola sepak di Sukan Olimpik 2008.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Romero menyertai skuad senior Racing Club de Avellaneda dari pasukan remaja Racing pada 2006 dan membuat debut di Primera División Argentina.

AZ[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Romero menandatangani kontrak untuk bersama AZ Alkmaar yang dikendalikan oleh Louis van Gaal. Disebabkan penjaga gol pertama AZ Boy Waterman mengalami kecederaan, Romero membuat debut liga pada 30 September menentang Heracles Almelo. Sejak itu, beliau kerap kali muncul dalam kesebelasan utama pasukan eventually becoming a regular as the team came 11th.

Pada musim 2008-09, Romero telah menjaga gawang gol AZ selama 950 minit daripada divolosi dari bulan November hingga Februari. Walau bagaimanapun, pada 5 Mac 2009, beliau membuat kesilapan di mana membenarkan pemain Nourdin Boukhari untuk menjaringkan gol pada perlawanan suku akhir Piala KNVB, AZ tewas 2-1. Pada musim itu juga, AZ menjadi juara Eredivisie. Oleh itu, Romero dapat membuat debut untuk AZ di Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa pada musim depan.

Sampdoria[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Ogos 2011, Romero diikat oleh kelab Itali, UC Sampdoria sebanyak 2.1 juta euro dalam kontrak empat tahun. Beliau membuat debut untuk kelab pada perlawanan Serie B iaitu menentang Calcio Padova. Sampdoria menamatkan musim itu pada tempat keenam liga dan selepas menang pada perlawanan play-off menentang U.S. Sassuolo Calcio dan AS Varese 1910, akhirnya pasukan Romero layak ke Serie A.

Untuk musim 2013-14, Romero dipinjam ke kelab Perancis, Monaco. Beliau menjadi pilihan kedua penjaga gol di belakang penjaga gol Croatia, Danijel Subašić. Beliau hanya bermain tiga perlawanan liga dan menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Paris Saint-Germain.

Manchester United[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2015, Manchester United melengkapkap perpindahan Romero secara percuma. Beliau menandatangani kontrak tiga tahun. Manchester United pada masa itu dikendalikan oleh van Gaal iaitu jurulatih AZ ketika Romero bermain untuk kelab Belanda itu. Sejak David de Gea disingkirkan daripada skuad akibat spekulasi perpindahan dan Víctor Valdés tidak menepati citarasa van Gaal, Romero akhirnya membuat debut Liga Perdana Inggeris pada 8 Ogos menentang Tottenham Hotspur, United menang 1-0. Pada perlawanan itu, beliau membuat penyelamatan berbahaya daripada dibolosi dan membantu United kekal tidak dibolosi. Beliau kemudian tidak dibolosi sebarang gol pada tiga perlawanan liga seterusnya.

Namun dalam perlawanan keempat EPL pada 30 Ogos 2015, Romero dibolosi gawang buat kali pertama ketika tewas 2-1 kepada Swansea City hingga menyebabkan Van Gaal tidak menurunkan beliau dalam perlawanan akan datang. Tempatnya kembali dirampas oleh David de Gea.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Romero mewakili pasukan kebangsaan Argentina di Kejohanan Remaja Amerika Selatan 2007 di Paraguay dan Piala Dunia B-20 FUFA 2007 di Kanada. Beliau juga sebahagian daripada kontinjen Argentina yang bertanding di acara bola sepak Sukan Olimpik 2008.

Romero dipanggil untuk ke skuad senior oleh jurulatih Diego Maradona dan membuat debut pada 9 September 2009 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Paraguay, Argentina menang 1-0. Beliau kemudian bermain menentang Uruguay di Montevideo dan menyaksikan Argentina layak terus ke Piala Dunia FIFA 2010. Beliau bermain kesemua perlawan Argentina di Piala Dunia yang kemudian tersingkir di suku akhir.

Romero menjadi penjaga gol pertama Argentina di Piala Dunia 2014. Pada perlawanan separuh akhir, beliau menjadi Pemain Terbaik Perlawanan selepas menyelamatkan tendangan penalti oleh Ron Vlaar dan Wesley Sneijder ketika menewaskan Belanda, 4-2 melalui penentuan tendangan penalti. Selepas perlawanan itu, Argentina layak ke perlawanan akhir. Pada 11 Julai, Romero dinamakan pada senarai tiga pemain untuk anugerah Sarung Tangan Emas selepas aksi Romero yang berjaya membawa pasukannya ke perlawanan akhir selepas tewas kepada Jerman, 1-0 selepas masa tambahan.

Di Copa América 2015, Romero menyelamatkan tendangan penalti oleh Juan Camilo Zúñiga pada penentuan penalti di peringkat suku akhir menentang Colombia. Di separuh akhir, Romero bertindak cemerlang apabila beliau membantu Argentina ke perlawanan akhir selepas menbelasah Paraguay, 6-1. Namun pada perlawanan akhir, Argentina sekadar naib juara apabila tewas menerusi sepakan penalti 3-1 ditangan pasukan tuan rumah, Chile selepas terikat tanpa jaringan selama 120 minit.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 14 Ogos 2015
Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kaps
2009 4
2010 11
2011 10
2012 9
2013 10
2014 13
2015 8
Jumlah 65

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

AZ
AS Monaco
MAnchester United

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Argentina B20
Argentina B23
Argentina

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 11 June 2014. m/s. 2. Dicapai pada 15 October 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]