Gonzalo Higuaín

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gonzalo Higuaín
Maklumat peribadi
Nama penuh Gonzalo Gerardo Higuain
Tarikh lahir (1987-12-10) 10 Disember 1987 (umur 36)
Tempat lahir Brest, Perancis
Ketinggian 1.84 m (6 ka ​ 38 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
Nombor 21
Kerjaya remaja
1999–2005 River Plate
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 River Plate 35 (13)
2007–2013 Real Madrid 190 (107)
2013–2016 Napoli 104 (71)
2016– Juventus 73 (40)
2018–2019Milan (pinjam) 15 (6)
2019Chelsea (pinjam) 14 (5)
Pasukan kebangsaan
2008 Argentina B23 1 (2)
2009–2018 Argentina 75 (31)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Mei 2019

Gonzalo Gerardo "El Pipita" Higuaín ialah seorang pemain bola sepak professional berbangsa Perancis-Argentina. Beliau dilahirkan di Perancis, tetapi mendapat kewarganegaraan Argentina pada tahun 2007, dan memegang status dwi-kewarganegaraan. Beliau bermain di posisi penyerang bersama kelab Juventus. Beliau merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Jorge Higuaín.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Higuaín dilahirkan di Brest, Perancis dan merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Jorge Higuaín, yang bermain untuk pasukan kelab Stade Brestois 29 sebagai pemain kontrak. Beliau meninggalkan Perancis ke Argentina seawal usia 10 bulan dan kembali ke Perancis pada ketika Piala Dunia FIFA 1998. Walaupun beliau tidak reti berbahasa Perancis, beliau merupakan pemegang passport Perancis kerana ayahnya merupakan orang Perancis. Beliau berjaya memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan Argentina pada bulan Januri 2007.

Karier Bersama Kelab[sunting | sunting sumber]

River Plate[sunting | sunting sumber]

Higuaín mula bermain dalam pasukan belia dan melakukan penampilan sulungnya bersama River Plate dengan kekalahan 2-1 menentang kelab Gimnasia y Esgrima de La Plata pada 29 Mei 2005.[2] Pada 12 Februari 2006, beliau menjaringkan gol pertama dalam kariernya apabila menentang kelab Banfield dengan kemenangan 3-1.[3] Di akhir musim 2005-2006 Liga Argentina, Higuaín menjaringkan lima gol dalam 12 penampilan.[4]

Real Madrid[sunting | sunting sumber]

Gonzalo Higuaín dan Luca Antonini semasa perlawanan Real MadridMilan, 2010–11 UEFA Champions League.

Pada bulan Disember 2006, kelab Sepanyol, Real Madrid membeli Higuaín dengan harga sebanyak €13 million selepas River Plate menolak tawaran kelab Real Madrid sebanyak €10 million. Beliau membuat penampilan sulungnya bersama Real Madrid pada 11 Januari 2007 menentang kelab Real Betis dalam perlawanan pusingan kedua piala Copa del Rey. Penampilan dalam perlawanan liga pula datang 3 hari selepas itu, iaitu pada 14 Januari 2007 menentang Real Zaragoza di tempat sendiri. Higuain terlibat dalam mewujudkan pelbagai peluang menjaringkan gol dan Real Madrid menang 1-0 hasil daripada bantuan Higuaín. Gol pertamanya bersama Real Madrid datang pada 24 Februari apabila pasukannya menentang kelab Atletico Madrid, jaringan golnya mengikat kedudukan 1-1 di Estadio Vicente Calderón. Higuain menunjukkan prestasi yang semakin memberangsangkan apabila beliau menjaringkan gol pada saat-saat terakhir perlawanan liga menentang RCD Espanyol untuk memastikan pasukannya menang 4-3.[5] Walau bagaimanapun, pada musim pertamanya di Bernabeu, timbul beberapa keraguan terhadap prestasi beliau kerana kekurangan gol.

Pada musim 2007-08, prestasi Higuain kurang menentu. Namun, pada saat-saat terakhir perlawanan liga, beliau berjaya memberikan prestasi yang sangat hebat. Beliau menjaringkan gol pada saat-saat terakhir perlawanan menentang Osasuna untuk memberikan pasukannya menang 2-1, kemenangan itu membolehkan Real Madrid dinobatkan juara liga secara matematiknya untuk dua tahun berturut-turut.[6] Empat hari kemudian, Higuain menarik perhatian ramai sekali lagi apabila menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 4-1 ke atas Barcelona dalam perlawanan El Clasico. Higuain menarik perhatian ramai kerana beliau menjaringkan gol selepas hampir 57 saat dimasukkan dari bangku simpanan.[7]

Pada musim 2008-09, Higuain telah ditawarkan untuk menjadi pemain utama kerana kecederaan serius yang dialami oleh penyerang Belanda Ruud van Nistelrooy.[8] Pada 21 April 2009, beliau sekali lagi menunjukkan prestasi yang hebat apabila beliau menjaringkan gol di saat-saat akhir perlawanan menentang Getafe, memberikan kemenangan kepada Real Madrid 3-2 yang membolehkan pasukan itu untuk mengikuti rapat pasukan Barcelona yang dikendalikan oleh Josep Guardiola.[9] Pada bulan Ogos 2008, Higuain menjaringkan gol kemenangan Madrid ke atas Valencia dalam Piala Supercup Sepanyol.[10] Tidak lama selepas itu, dia menjaringkan keempat-empat gol dalam perlawanan menetang Málaga yang berkesudahan menang 4-3. Oleh kerana itu, beliau mula mendapat pengiktirafan antarabangsa, pada masa yang sama beliau merupakan salah penjaring gol terkemuka Liga Sepanyol, bersama-sama dengan rakan sejawatannya dari Barcelona, Samuel Eto'o.[11] Musim ini merupakan musim yang bermakna buat Higuain kerana beliau dipuji atas semangat menjaringkan gol walaupun di saat-saat akhir perlawanan. Higuain mengakhiri musim ini dengan 22 gol liga,[12] 24 gol dalam semua pertandingan.

Musim 2009-10 menyaksikan Higuain menjadi penjaring gol utama Real Madrid dengan 27 gol liga, 29 gol kesemuanya, pada masa yang sama menjadi penjaring gol kedua terbanyak Liga Sepanyol, di belakang hanya Lionel Messi tetapi sudah melebihi Zlatan Ibrahimovic dan juga rakan rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo. Gol-gol ini termasuklah dua gol pertama beliau dalam liga Juara-Juara Eropah dan 2 hatrik untuk kelab.

Pada bulan Jun 2010, Real Madrid telah melanjutkan kontrak Higuain sehingga 2016.[13] Pada 23 Oktober 2010, beliau menjaringkan gol liga yang ke-5200 untuk Real Madrid, menentang Racing Santander. Pada 4 November tahun yang sama, Higuain menjaringkan gol yang ke-700 untuk Real Madrid, sekaligus memasuki rekod kelab.[14]

Pada minggu pertama Disember 2010, Higuain telah didiagnosis dengan herniated lumbar disc, dan kumpulan perubatan Real Madrid mengesyorkan agar ianya dibedah.[15] Pada 5 Januari 2011, Real Madrid mengumumkan beliau akan menjalani pembedahan di Jabatan Pembedahan Neuro-Saraf di Sekolah Perubatan Northwestern Feinberg Perubatan di Chicago di bawah pimpinan Dr Richard G. Fessler, MD.[16] Pembedahan telah dilakukan pada 11 Januari, dan Higuain telah keluar dari hospital pada hari berikutnya selepas pembedahan itu berjaya.[17] Beliau dijangka menghabiskan masa sekurang-kurangnya empat bulan untuk menjalani proses pemulihan. Dua bulan dihabiskan untuk pulih daripada pembedahan dan dua bulan lagi untuk berlatih bersama pasukan itu, namun beliau telah pulih sepenuhnya kurang dari jangkamasa yang ditetapkan. Pada 23 April 2011, Higuain menjaringkan hatrik ketika menang 3-6 menentang Valencia CF di Estadio Mestalla. Higuain juga membantu dalam jaringan dua gol untuk Karim Benzema dan Kaká dalam perlawanan yang sama.

Karier Bersama Negara[sunting | sunting sumber]

Semasa perlawanan antara Argentina dan Republik Korea dalam Piala Dunia FIFA 2010, 17 Jun 2010, Soccer City, Johannesburg. Gonzalo Higuain meraikan hatrik bersama rakan sepasukannya.

Higuain pada mulanya menolak panggilan dari kedua-dua pasukan kebangsaan Argentina dan Perancis,[18][19] kerana Higuain belum membuat keputusan untuk negara mana yang beliau akan bermain, sebelum memilih Argentina.[20] Higuain telah dipanggil oleh skuad Olimpik Argentina bagi perlawanan persahabatan menentang Guatemala pada bulan Februari 2008,[21] dan menjaringkan dua gol dalam penampilan sulungnya bersama pasukan Argentina dimana mereka menang 5-0, walaupun perlawanan itu tidak diiktiraf secara rasmi oleh FIFA sebagai perlawanan peringkat antarabangsa kelas "A".

Higuain telah dipilih oleh jurulatih, Diego Maradona untuk perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Peru dan Uruguay. Dia menjaringkan gol pertamanya ketika kemenangan 2-1 ke atas Peru pada 10 Oktober 2009. Beliau menjaringkan gol keduanya untuk Argentina dimana Argentina menang 1-0 ke atas Jerman di Allianz Arena di Munich pada 3 Mac 2010. Berikutan pasukan Argentina layak ke Piala Dunia, Higuain telah dimasukkan ke dalam skuad untuk Piala Dunia FIFA 2010. Beliau menjaringkan hatrik ketika Argentina menang 4-1 ke atas Korea Selatan dalam perlawanan kumpulan kedua mereka,[22] dan merupakan pemain Argentina yang ketiga menjaringkan hatrik dalam perlawanan Piala Dunia, selepas Guillermo pada tahun 1930 dan Gabriel Batistuta pada tahun 1994 dan 1998,[23] dan pemain pertama menjaringkan hatrik di kejohanan itu sejak tahun 2002. Gol yang dijaringkan ketika Argentina kalah 3-1 menentang Mexico dalam pusingan kalah mati membawanya ke jumlah empat gol, dan dia kekal sebagai salah seorang penjaring terbanyak untuk Argentina dalam pertandingan itu.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kemaskini terakhir 10 May 2011

Kelab Musim Liga Piala Benua Lain-lain Jumlah
Apps Goals Assists Apps Goals Assists Apps Goals Assists Apps Goals Assists Apps Goals Assists
River Plate 2004–05 6 0 0 0 0 0 0 0 0 6 0 0
2005–06 12 5 5 5 3 0 0 0 0 17 8 5
2006–07 17 8 11 0 0 0 0 0 0 1 0 0 18 8 11
Jumlah 35 13 16 5 3 0 0 0 0 1 0 0 41 16 16
Real Madrid 2006–07 19 2 3 2 0 0 2 0 0 23 2 3
2007–08 25 8 3 4 1 0 5 0 0 34 9 3
2008–09 34 22 9 2 1 0 7 0 0 1 1 0 44 24 9
2009–10 32 27 5 1 0 0 7 2 1 40 29 6
2010–11 17 10 6 2 1 0 6 2 0 25 13 6
Jumlah 127 69 25 11 3 0 27 4 1 1 1 0 166 77 26
Jumlah Besar 162 82 41 16 6 0 27 4 1 2 1 0 207 93 42

Gol Olimpik[sunting | sunting sumber]

Gol bersama negara[sunting | sunting sumber]

Kemaskini pada 19 Oktober 2015

# Tarikh Tempat Pasukan lawan Gol (dipekatkan) Keputusan akhir Kejohanan
1. 10 Oktober 2009 Estadio Monumental Antonio V. Liberti, Buenos Aires, Argentina  Peru 1 – 0 2–1 Kelayakan FIFA World Cup 2010
2. 3 Mac 2010 Allianz Arena, Munich, Germany  Jerman 1–0 1–0 Persahabatan
3. 17 Jun 2010 Soccer City, Johannesburg, South Africa  Korea Selatan 2–0 4–1 Piala Dunia FIFA 2010
4. 17 Jun 2010 Soccer City, Johannesburg, South Africa  Korea Selatan 3–1 4–1 Piala Dunia FIFA 2010
5. 17 Jun 2010 Soccer City, Johannesburg, South Africa  Korea Selatan 4–1 4–1 Piala Dunia FIFA 2010
6. 27 Jun 2010 Soccer City, Johannesburg, South Africa  Mexico 2–0 3–1 Piala Dunia FIFA 2010
7. 7 September 2010 Estadio Monumental Antonio V. Liberti, Buenos Aires, Argentina  Sepanyol 2–0 4–1 Persahabatan
8. 16 Julai 2011 Estadio Brigadier General Estanislao López, Santa Fe, Argentina  Uruguay 1–1 1–1 Copa América 2011
9. 6 September 2011 Bangabandhu National Stadium, Dhaka, Bangladesh  Nigeria 1–0 3–1 Persahabatan
10. 7 Oktober 2011 Estadio Monumental Antonio V. Liberti, Buenos Aires, Argentina  Chile 1–0 4–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
11. 7 Oktober 2011 Estadio Monumental Antonio V. Liberti, Buenos Aires, Argentina  Chile 3–0 4–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
12. 7 Oktober 2011 Estadio Monumental Antonio V. Liberti, Buenos Aires, Argentina  Chile 4–1 4–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
13. 3 Jun 2012 Estadio Monumental Antonio V. Liberti, Buenos Aires, Argentina  Ecuador 2–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
14. 7 September 2012 Estadio Mario Alberto Kempes, Córdoba, Argentina  Paraguay 2–1 3–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
15. 11 September 2012 Estadio Nacional, Lima, Peru  Peru 1–1 1–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
16. 17 Oktober 2012 Estadio Nacional, Santiago, Chile  Chile 2–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
17. 6 Februari 2013 Friends Arena, Solna, Sweden  Sweden 3–1 3–2 Persahabatan
18. 22 Mac 2013 Estadio Monumental Antonio V. Liberti, Buenos Aires, Argentina  Venezuela 1–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
19. 22 Mac 2013 Estadio Monumental Antonio V. Liberti, Buenos Aires, Argentina  Venezuela 3–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia 2014
20. 14 Ogos 2013 Stadio Olimpico, Rome, Italy  Itali 1–0 2–1 Persahabatan
21. 5 Julai 2014 Estádio Nacional Mané Garrincha, Brasília, Brazil  Belgium 1–0 1–0 Piala Dunia FIFA 2014
22. 14 Oktober 2014 Stadium Hong Kong, So Kon Po, Hong Kong  Hong Kong 2–0 7–0 Persahabatan
23. 14 Oktober 2014 Stadium Hong Kong, So Kon Po, Hong Kong  Hong Kong 4–0 7–0 Persahabatan
24. 20 Jun 2015 Estadio Sausalito, Viña del Mar, Chile  Jamaica 1–0 1–0 Copa América 2015
25. 30 Jun 2015 Estadio Municipal de Concepción, Concepción, Chile  Paraguay 6–1 6–1 Copa América 2015


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name=r1>http://www.sscnapoli.it/Squadra/Gonzalo-Higuain
  2. ^ Higuain los convence a todos (Higuain convinces all) canchallena.com, 2 November 2009, dalam bahasa Sepanyol.
  3. ^ "Gonzalo Higuaín All goals 2005 – 2006 (River Plate)". Guardian Stats. Dicapai pada 15 September 2010.
  4. ^ "Gonzalo Higuaín Facts". Guardian Stats. Dicapai pada 15 September 2010.
  5. ^ "Real Madrid rallies against Espanyol and rises to top of Spanish League". The New York Times. 13 May 2007.
  6. ^ "www.Marca.com". www.Marca.com. Dicapai pada 31 May 2011.
  7. ^ "El Barça saca a hombros al Madrid". El Pais. 24 May 2011. Dicapai pada 31 May 2011.
  8. ^ "Higuaín: "Espero que la lesión de Van Nistelrooy no signifique su retirada"". El Pais. Dicapai pada 31 May 2011.
  9. ^ "Higuaín y Casillas, especialistas en milagros – LIGA BBVA , Real Madrid 3 – Getafe 2". AS.com. Dicapai pada 31 May 2011.
  10. ^ Supercopa 2008 Marca.com. Retrieved on 25 August 2010
  11. ^ "Higuain, Eto'o both notch four goals". Sportsnet.ca. 8 November 2008. Dicapai pada 31 May 2011.
  12. ^ Spanish Primera División – Top Scorers – 2008/2009 ESPN Retrieved on 16 December 2010
  13. ^ "Gonzalo Higuain's contract extended to 2016". Real Madrid. 7 June 2010. Dicapai pada 31 May 2011.
  14. ^ Champions League (4 November 2010). "Real Madrid Striker Gonzalo Higuain Pleased To Qualify For Knockout Stages After Milan Draw". Goal.com. Dicapai pada 31 May 2011.
  15. ^ "Real Madrid wait for Gonzalo Higuain injury assessment". The Independent. London. 3 December 2010.
  16. ^ "Higuain will have surgery in Chicago on Tuesday". Real Madrid. 5 January 2011. Dicapai pada 31 May 2011.
  17. ^ "Higuain discharged from hospital". Real Madrid. 12 January 2011. Dicapai pada 31 May 2011.
  18. ^ "La Celeste y Blanca pesa" (dalam bahasa Spanish). Olé. 10 November 2006.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Domenech turns to uncapped tyros". UEFA. 9 November 2006.
  20. ^ "Higuain to choose Argentina over France"[pautan mati kekal] – Yahoo sports
  21. ^ "Higuaín called up for friendly against Guatemala". Lanacion.com.ar. Dicapai pada 26 June 2010.
  22. ^ Stevenson, Jonathan (17 June 2010). "Argentina 4–1 South Korea". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 17 June 2010.
  23. ^ Richard Williams (17 June 2010). "Argentina 4–1 South Korea , World Cup 2010 match report". The Guardian. UK. Dicapai pada 26 June 2010.