Siamang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Siamang[1]
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Primat
Famili: Hylobatidae
Genus: Symphalangus
Gloger, 1841
Spesies: S. syndactylus
Nama binomial
Symphalangus syndactylus
(Raffles, 1821)
Peta Distribusi

Siamang atau nama sainsnya Symphalangus syndactylus merupakan sejenis Ungka yang tinggal di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Terdapat dua subspesies Siamang iaitu Siamang Sumatra (S. S. Syndactylus) dan Siamang Malaya (S. S. Continentis). Siamang diklasifikasikan sebagai "terancam" oleh IUCN.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Bulu Siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga tujuh ekor. Siamang jantan lebih besar berbanding dengan siamang betina, dan bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang jantan selama tiga hingga lima belas minit.

Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas tanah. Siamang betina berjalan tegak dengan sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan di belakang kepalanya manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki depan.

Siamang mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya, akan tetapi sekiranya terdapat gangguan habitat seperti penebangan hutan, kelahiran hanya berlaku tiga tahun sekali. Siamang jantan akan menjaga anak sebaik sahaja bercerai susu.

Siamang bangun sejurus sebelum matahari terbit dan mula tidur sejurus selepas matahari terbenam. Ia menghabiskan tujuh puluh peratus masanya untuk mencari makanan. Makanan paginya ialah buah-buahan yang ranum dan selepas itu, ia hanya makan pucuk-pucuk kayu.

Siamang takut akan air. Biasanya ia akan mencelupkan kaki depannya ke dalam air, dan menghisap air pada bulu kakinya itu sebagai minuman. Ia juga akan mendapatkan air minuman dari dalam tunggul pokok.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.), pengarang. Mammal Species of the World (edisi ke-ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. p. 181. ISBN 0-801-88221-4.  Check date values in: |date= (bantuan)
  2. Nijman, V. & Geissmann, T. (2008). Symphalangus syndactylus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 4 January 2009.