Stephanie Poetri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stephanie Poetri
Poetri, di tahun 2021
Kelahiran
Stephanie Poetri Dougharty

(2000-05-20) 20 Mei 2000 (umur 23)
Nama lainStephanie Poetri
Pekerjaan
IbuTiti DJ
BapaAndrew Hollis Dougharty
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Tahun aktif2015 - kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Stephanie Poetri Dougharty (lahir 20 Mei 2000) atau lebih dikenali sebagai Stephanie Poetri seorang penyanyi dan pelakon Indonesia.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Stephanie Poetri Dougherty lahir pada 20 Mei 2000 di Jakarta.[1] Beliau anak sulung kelahiran hasil perkahwinan Titi Dwi Jayati, seorang penyanyi Indonesia kacukan Tionghua dan Melayu-Batak dengan suami keduanya Andrew Hollis Dougharty, seorang guru muzik warganegara USA keturunan Poland.[2] Beliau turut mempunyai tiga orang kakak tiri bernama Salmaa Chetizsa Muchtar, Salwaa Chetizsa Muchtar, dan Daffa Jenaro Muchtar.[3]

Kerjaya permuzikan[sunting | sunting sumber]

Awal kerjaya[sunting | sunting sumber]

Walaupun merupakan anak dari seorang Diva Indonesia, beliau tidak merasa aji mumpung dapat berkiprah dalam industri hiburan. Beliau sempat mencuba nasib dalam pencarian penyanyi berbakat Indonesian Idol Junior pada tahun 2014. Kemudian, pada tahun 2015, beliau sempat mencuri perhatian dengan menyanyikan Bimbang karya Melly Goeslaw untuk runut bunyi filem Ada Apa Dengan Cinta? 2.[4]

2016-sekarang: Appreciate dan I Love You 3000[sunting | sunting sumber]

Pada 12 April 2019, Stephanie Poetri merilis lagu Appreciate yang ditulis oleh dirinya dan ibunya, Titi DJ. Selain itu, mereka anak-beranak menjadi executive producer dalam lagu tersebut. Lagu tersebut di bawah naungan perusahaan ternama asal Indonesia, Trinity Optima Production. Video muzik lagu tersebut di rilis pada 19 April bersamaan dengan rilisnya lagu tersebut dalam versi bahasa Inggeris. Video musik diunggah di saluran YouTube pribadinya dan telah ditonton oleh dua juta lebih pasang mata.[5][6][7]

Pada 3 Jun 2019, Stephanie memerbitkan lagu I Love You 3000 yang ditulis sendiri terinspirasi dari filem Marvel, Avengers: Endgame; ibunya terlibat dalam pembuatan lagu tersebt tidak hanya sebagai produser eksekutif tetapi backing vocal untuk lagu tersebut. Stephanie turut menghasilkan video musik lagu itu sendiri.[8] Video musik dirilis pada 6 Juni 2019 lewat saluran YouTube peribadinya.[9] Dalam waktu kurang lebih satu bulan lagu tersebut viral, video musik lagu itu sampai September 2019 telah diputar 30 juta kali dan 28 juta kali di Spotify.[10] Lagu tersebut menduduki posisi teratas di Global Viral 50 Spotify menyalip lagu Lalala dari y2k-bbno$ dan The Git Up dari Blanco Brown. Lagu tersebut juga menempati posisi kedua setelah Señorita dari Camila Cabello dan Shawn Mendes di Indonesia Top 50 Spotify. Lagu tersebut juga masuk carta lagu 50 paling tular Spotify di Malaysia, Thailand, Singapura, hingga Taiwan.[11] Kesuksesan lagu tersebut terus berlanjut sebab lagu tersebut berhasil mengudara di sebuah radio di Amerika Syarikat, iaitu 103.5 Kiss FM.[12]

Kesuksesan lagu I Love You 3000 membuat Stephanie dikontrak oleh perusahaan rekaman teernama asal Amerika Syarikat, 88 Rising. Pernyataan itu beliau sampaikan saat diwawancarai diwawancarai oleh kanal YouTube The Lunch Table seusai beliau tampil di festival musik bertajuk Head in the Clouds Festival yang menampilkan pemuzik besutan 88 Rising. Beliau merupakan seniman ketiga asal Indonesia yang memasuki label 88 Rising setelah Rich Brian dan NIKI.[10] Beliau kemudiannya berkolaborasi dengan Jackson Wang, salah satu anggota boyband asal Korea Selatan iaitu GOT7, untuk versi remix dari lagu I Love You 3000 dengan tajuk I Love You 3000 II. Duet mereka tersebut terungkap dari daftar lagu dalam album Head in the Clouds II yang akan dirilis pada 11 November 2019.[13] Album tersebut berhasil menduduki tempat puncak carta lagu di China. Selain itu, sejumlah lagu dalam album bertajuk Head In The Clouds II cukup berjaya di negara tersebut, termasuk I Love You 3000 II dengan menduduki peringkat pertama.[14]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Singel[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi Album
MYS
[15]
"Bimbang"
(bersama Goodbye Felicia)
2015 Single non-album
"Appreciate" 2019
"Appreciate (English version)"
"I Love You 3000" 17
"Do You Love Me" 2020
"Touch"
"Straight To You"
"Selfish" AM:PM
"Daydreaming" 2021
"IRL"
"3PM"
"How We Used To"
"Paranoia"

Lagu lain yang memasuki carta[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi Album
CHN
Soc.
"I Love You 3000 II"
(bersama Jackson Wang)
2019 1
[16]
Head in the Clouds II

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Profil-Biodata Stephanie Poetri Dougherty, Putri Titi DJ yang Disebut Mirip Kareena Kapoor". Tribun Jatim. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  2. ^ "Titi DJ Punya Mantan Suami Bule Andrew Hollis Dougherty, Begini Perubahan Drastisnya Setelah 12 Tahun Berpisah! - Semua Halaman - Nakita.ID". nakita.grid.id. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  3. ^ "Mengenal Stephanie Poetri, Bibit Muda Indonesia". TAGAR. 2017-12-23. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  4. ^ News, Tagar (2017-12-23). "Mengenal Stephanie Poetri, Bibit Muda Indonesia". TAGAR. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  5. ^ ‎Appreciate - Single by Stephanie Poetri (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2019-10-18
  6. ^ Stephanie Poetri - Appreciate (Official Music Video), dicapai pada 18 Oktober 2019
  7. ^ ‎Album Appreciate (Eng Version) - Single oleh Stephanie Poetri (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 18 Oktober 2019
  8. ^ "Lirik Lagu I Love You 3000 Stephanie Poetri, Terinspirasi dari Avengers: Endgame". Tribunnews.com. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  9. ^ Stephanie Poetri - I Love You 3000 (Official Music Video), dicapai pada 18 Oktober 2019
  10. ^ a b Tim. "Gabung 88 Rising, Stephanie Poetri Lakukan Kontrak 'Digital'". hiburan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  11. ^ Media, Kompas Cyber. ""I Love You 3000" Stephanie Poetri Teratas di GLobal Viral 50 Spotify Halaman all". KOMPAS.com. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  12. ^ Indonesia, Playworld. "I Love You 3000 Stephanie Poetri Fenomenal di Amerika Serikat". I Love You 3000 Stephanie Poetri Fenomenal di Amerika Serikat. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  13. ^ Media, Kompas Cyber. "Stephanie Poetri Berduet dengan Jackson GOT7, I Love You 3000 Dibuat Versi Kedua?". KOMPAS.com. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  14. ^ matamata.com (18 Oktober 2019). "Jempolan! Lagu Stephanie Poetri Berhasil Rajai Chart di China". matamata.com. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  15. ^ Berikut ini sumber posisi tangga lagu:
  16. ^ "Billboard China Social Music Chart week:2019-10-14". Billboard China (dalam bahasa Mandarin). Billboard China. Dicapai pada 15 Februari 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]