Sukan Komanwel 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sukan Komanwel XIX
Delhi 2010: XIX Commonwealth Games
दिल्ली २०१०: १९वें राष्ट्रमण्डल खेल
Bandar tuan rumah India Delhi, India
Moto Come out and play
Penyertaan negara 71 kontinjen Komanwel
Penyertaan atlet 6,081
Acara 272 acara dalam 21 disiplin
Upacara pembukaan 3 Oktober
Upacara penutupan 14 Oktober
Dibuka secara rasmi oleh Putera Wales dan Pratibha Patil, Presiden India
Pembaca ikrar Atlet Abhinav Bindra
Pelari Terakhir Baton Permaisuri Sushil Kumar
Stadium Utama Stadium Jawaharlal Nehru
cwgdelhi2010.org

Sukan Komanwel 2010 adalah Sukan Komanwel kesembilan belas, dan kesembilan yang dianjurkan di bawah nama tersebut. Temasya ini berlangsung di New Delhi, India antara 3 Oktober hingga 14 Oktober 2010, acara pelbagai sukan yang terbesar di Delhi dan khususnya India, yang sebelum ini pernah menganjurkan Sukan Asia pada 1951 dan 1982. Upacara pembukaan dan penutup diadakan di Stadium Jawaharlal Nehru di Delhi. Ia adalah kali pertama Sukan Komanwel akan diadakan di India dan kali kedua acara diadakan di Asia (selepas 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia). Seramai 6,081 atlet daripada 71 pasukan Komanwel bertanding dalam 21 sukan dan 272 acara.

Pembidaan[sunting | sunting sumber]

Dua pembida utama untuk Sukan Komanwel 2010 datang dari Delhi, India dan Hamilton, Ontario, Kanada. Undian ahli diadakan di Perhimpunan Am Persekutuan Sukan Komanwel di Montego Bay, Jamaica pada November 2003. Delhi menang 46 undian berbanding 22 untuk mengesahkan kejayaan pertama India mendapat hak penganjuran Sukan Komanwel. Ini juga percubaan Kanada untuk menganjurkan temasya ini buat kali kelima.[1][2][3] Cogan kata bidaan India ketika itu adalah New Frontiers and Friendships (Sempadan dan Persahabatan Baru).[4]

India mendapat kelebihan di pusingan kedua proses mengundi dengan janji bahawa AS$100,000 akan dihulurkan kepada setiap negara peserta, di samping tiket dan khidmat penerbangan, penginapan dan pengangkutan[5]. Kejayaan Sukan Afro-Asia 2003 di Hyderabad juga menunjukkan bahawa India mempunyai sumber, prasarana dan pengetahuan teknikal untuk menganjurkan temasya sukan besar-besaran. India juga memberi penghargaan kepada Latif Butt, bekas naib presiden Majlis Olimpik Asia, atas sokongan yang diberikannya dalam kejayaan merangkul hak penganjuran Sukan Komanwel, dengan berucap, "Kamu telah memainkan peranan penting dalam peruntukan Sukan Komanwel 2010 kepada India. Usaha sebegini wajar dicontohi oleh semua yang berkenaan di Pakistan dan India. Tidak dinafikan bahawa jika kedua-dua pihak terus berpandukan impian sedemikian, suatu hari nanti generasi akan datang akan beroleh hasilnya dan bersyukur atas sesiapa yang melakukan sumbangan ini, iaitu semestinya kamu."[4] Kerajaan India menyatakan bahawa pihaknya akan menaja jamin perbelanjaan keseluruhan temasya.[6]

Penganjuran[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa penganjur[sunting | sunting sumber]

Jarnail Singh merupakan CEO manakala Suresh Kalmadi adalah ketua jawatankuasa penganjur.

Kos[sunting | sunting sumber]

Jumlah bajet rasmi dianggarkan untuk penganjuran temasya ini adalah Rupee India 114,940,000,000 dan ini tidak termasuk pembangunan infrastruktur tidak berkaitan sukan dalam bandar raya seperti lapangan terbang, jalan dan infrastruktur lain.[7].

Lambang[sunting | sunting sumber]

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot rasmi Sukan Komanwel 2010 ialah Shera, seekor harimau bersifat manusia.[8] Namanya berasal dari "Sher", yang bermaksud harimau atau singa dalam bahasa Hindi basahan.

Lagu rasmi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Jiyo Utho Bado Jeeto

Lagu rasmi Sukan Komanwel 2010 Jiyo Utho Bado Jeeto digubah dan dipersembahkan oleh pemuzik India, A. R. Rahman.[9] Judulnya berasaskan slogan temasya, iaitu "Come out and play". Seni katanya ditulis oleh Mehboob dalam bahasa Hindi dengan sedikit kata-kata Inggeris. Lagu ini keluar pada 28 Ogos 2010. Video muziknya diarah oleh Bharath Bala, keluar pada 23 September dengan versi lagu yang lebih pendek.

Kalendar[sunting | sunting sumber]

Kalendar rasmi Sukan Komanwel 2010 adalah seperti berikut:[10]

   ●    Upacara pembukaan    ●    Acara pertandingan    ●    Upacara penutupan
Oktober   3      4     5     6     7     8     9     10     11     12     13     14   Venue
Upacara Stadium Jawaharlal Nehru
Akuatik Kompleks Kolam Renang SPM
Memanah Kompleks Sukan Yamuna
Olahraga Stadium Jawaharlal Nehru & India Gate
Badminton Kompleks Sukan Siri Fort
Tinju Stadium Talkatora
Berbasikal Kompleks Stadium Tertutup I. G., India Gate
Gimnastik Kompleks Stadium Tertutup I. G.
Hoki Stadium Nasional Maj. Dhyan Chand
Boling padang Stadium Jawaharlal Nehru
Bola jaring Kompleks Sukan Thyagaraj
Ragbi Universiti Delhi
Menembak Lapang Sasar Dr. Karni Singh
Skuasy Kompleks Sukan Siri Fort
Ping pong Kompleks Sukan Yamuna
Tenis Kompleks Tenis R.K. Khanna
Angkat berat Stadium Jawaharlal Nehru
Gusti Kompleks Stadium Tertutup I. G.
Oktober 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Venue

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 17 sukan dirancang untuk Sukan Komanwel 2010.

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

██ Tuan rumah (India)

 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Australia 74 55 48 177
2  India 38 27 36 101
3  England 37 59 46 142
4  Kanada 26 17 32 75
5  Afrika Selatan 12 11 10 33
6  Kenya 12 11 9 32
7  Malaysia 12 10 13 35
8  Singapura 11 11 9 31
9  Nigeria 11 10 14 35
10  Scotland 9 10 7 26
Jumlah Keseluruhan 272 274 282 828[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Didahului oleh:
Melbourne
Sukan Komanwel
Bandar tuan rumah
Sukan Komanwel XIX
Diikuti oleh:
Glasgow