Sultan Abdul Samad
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Abdul Samad ialah Sultan Selangor Darul Ehsan yang menetap di Jugra. Baginda lahir di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat.
Sultan Abdul Samad adalah putera Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah[1]. Baginda dilahirkan pada tahun 1811. Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga baginda mangkat pada 6 Februari 1898.[2] Baginda telah dimakamkan di Jugra. [3]
Semasa pemerintahan beliau, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan negeri Selangor. Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada Negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong yang tidak setuju dengan hal tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa.
Isi kandungan |
[sunting] Anak-anak
- Dengan Raja Atfah binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah
- Dengan Raja Buntal binti Raja Berkat.
- Dengan Raja Rabeah binti Raja Sulaiman.
- Raja Kahar bin al-Marhum Sultan Abdus Samad.
- Raja Arfah binti al-Marhum Sultan Abdus Samad, berkahwin 13 Jun 1868 dengan Tengku Dhiauddin bin al-Marhum Sultan Zainal Rashid (Sultan Kedah), mangkat pada tahun 1896[4].
- Raja Ibnushah bin al-Marhum Sultan Abdus Samad, mangkat pada tahun 1881.
- Raja Tipah binti al-Marhum Sultan Abdus Samad
- Raja Moonah binti al-Marhum Sultan Abdus Samad
- Raja Yakub bin al-Marhum Sultan Abdus Samad, mangkat pada tahun 1875.
- Raja Daud bin al-Marhum Sultan Abdus Samad
- Raja Mahmud bin al-Marhum Sultan Abdus Samad
[sunting] Lihat juga
| Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 1857 – 1896 |
Penyandang Kemudian |
| Sultan Muhammad Shah | Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah |
[sunting] Rujukan
- J M Gullick (2004). A History of Selangor, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.
[sunting] Nota Kaki
- ↑ J.M Gullick, 2004, ms 59
- ↑ J.M Gullick, 2004, ms 225
- ↑ "Makam Sultan Abdul Samad". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2010. http://artmelayu.blogspot.com/2010/06/makam-tomb-of-sultan-abdul-samad.html. Capaian 1 Disember 2010.
- ↑ J.M Gullick, 2004, ms 63