Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah ibni al-Marhum Syed Shaikh al-Khairat
Sultan Ismail Muabidin Shah merupakan anakanda kepada Syed Shaikh Al-Khairat yang merupakan kerabat DiRaja Siak. Ibu baginda merupakan kerabat DiRaja Perak. Baginda merupakan Raja Bendahara Perak yang berkuasa di Ulu Perak atau lebih tepat lagi, di Belanja Perak.
Dilantik Sebagai Sultan Perak [sunting]
Baginda di lantik sebagai Sultan Perak berikutan ketidakhadiran Raja Muda Perak iaitu Raja Muda Abdullah di hari pemakamam Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah & hari pemasyhuran Sultan baru bagi negeri Perak. Ini kerana akibat terlalu takut di bunuh oleh Raja Di-Hilir Yusuf & pengikut-pengikutnya akibat permusuhan lama di antara kedua-dua keluarga kerana terpaksa melalui kawasan Raja Yusuf iaitu Senggang & Sayong, Perak. Setelah 30 hari menunggu Raja Abdullah yang tidak datang, Orang-Orang Besar Perak menabal Raja Bendahara Ismail menjadi Sultan Perak.
| Didahului oleh Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah |
Sultan Perak 1871-1874 |
Diikuti oleh: Sultan Abdullah Muhammad Shah II |