Sungai Ayer Sejuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Ayer Sejuk
Sungei Ayer Sejok, Sungai Ayer Sejok
Sungai Ayer Sejuk is located in Bumi
Sungai Ayer Sejuk
Sungai Ayer Sejuk (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianKuching
DaerahLundu
Daerah kecilSematan
Ciri-ciri fizikal
SumberGunung Melano
 • lokasiberhampiran sempadan antarabangsa Malaysia–Indonesia
 • ketinggian200–210 meter (656.2–689.0 ka)
MuaraSungai Melano Besar 
 • lokasi
barat laut Kampung Teluk Melano
 • koordinat
2°00′26″N 109°38′31″E / 2.00724°N 109.64202°E / 2.00724; 109.64202Koordinat: 2°00′26″N 109°38′31″E / 2.00724°N 109.64202°E / 2.00724; 109.64202
 • ketinggian
15 meter (49.2 ka)
Panjang1.50 kilometer (0.9 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Melano Besar → Laut China Selatan

Sungai Ayer Sejuk (Jawi: سوڠاي اءير سجوق; juga dikenali sebagai Sungai Ayer Sejok dan Sungei Ayer Sejok) merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Lundu, iaitu salah satu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai Ayer Sejuk secara pentadbirannya merupakan sungai dalam Bahagian Kuching, iaitu bahagian di barat daya negeri Sarawak.[3][4][5] Ia terletak kira-kira 900 kilometer (559.2 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Sungai Ayer Sejuk telah didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Ayer Sejuk yang direkodkan terletak di 2°00′N 109°39′E / 2.000°N 109.650°E / 2.000; 109.650 (Sungai Ayer Sejuk).[5][6] Sungei Ayer Sejok merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu yang digunakan untuk menamakan sungai ini sebelum tahun 1972.[5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Ayer Sejuk berpunca di kawasan perhutanan tebal di Gunung Melano (atau Gunung Melanau dan Gunung Milano) berdekatan dengan tiang sempadan antarabangsa Malaysia–Indonesia bernombor A45. Ketinggian sumber bagi Sungai Ayer Sejuk ialah 200–210 meter (656.2–689.0 ka) dari paras laut. Pergerakan sungai dari hulu ke hilir kebanyakanya menuju ke arah selatan. Sungai Ayer Sejuk merupakan satu daripada tiga sungai yang bernama dalam kawasan Taman Negara Tanjung Datu yang terletak di dalam Hutan Simpan Datu. Kira-kira 671 meter (0.4 bt) dari hulu sungai, Sungai Ayer Sejuk bakal menelusuri kawasan belukar, riung dan huma di bahagian barat dan kawasan pertanian tanaman pokok baka di bahagian timur. Sungai ini akan membengkok ke tenggara sedikit, lalu cabang jalan raya dari Lebuhraya Pan Borneo bakal merentasi Sungai Ayer Sejuk. Tidak jauh dari lintasan itu, Sungai Ayer Sejuk bakal membuat pertemuan Sungai Melano Besar sebagai muara sungai di barat daya Kampung Teluk Melano, di ketinggian 15 meter (49.2 ka) dari paras laut.[1][2][4] Sungai Ayer Sejuk mempunyai panjang anggaran sebanyak 1.50 kilometer (0.9 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Ayer Sejuk merupakan satu daripada tiga anak sungai kepada Sungai Melano Besar. Sungai Ayer Sejuk merupakan anak sungai yang kedua dari hulu Melano Besar, yang bermuara di Sungai Melano Besar.[1][2] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Ayer Sejuk, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[7] Kawasan lembah Sungai Ayer Sejuk dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia, jalan raya dan pertanian.[1][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  4. ^ a b "Sungai Ayer Sejuk, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ a b c U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia, Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.