Sungai Melano Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Melano Besar
Sungei Melano Besar, Sungai Milano Besar
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianKuching
DaerahLundu
Daerah kecilSematan
Ciri-ciri fizikal
SumberGunung Malaka
 • lokasiberhampiran sempadan antarabangsa Malaysia–Indonesia
 • ketinggian220–230 meter (721.8–754.6 ka)
MuaraLaut China Selatan 
 • lokasi
Teluk Melano di Kampung Teluk Melano
 • koordinat
2°00′37″N 109°38′44″E / 2.01041°N 109.64559°E / 2.01041; 109.64559Koordinat: 2°00′37″N 109°38′44″E / 2.01041°N 109.64559°E / 2.01041; 109.64559
 • ketinggian
0 meter (0.0 ka)
Panjang3.38 kilometer (2.1 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiri

Sungai Melano Besar (Jawi: سوڠاي ملانو بسر; juga dikenali sebagai Sungei Melano Besar, Sungai Milano Besar dan Sungai Milano) merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Lundu, iaitu salah satu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai Melano Besar secara pentadbirannya merupakan sungai dalam Bahagian Kuching, iaitu bahagian di barat daya negeri Sarawak.[3][4][5] Ia terletak kira-kira 900 kilometer (559.2 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Sungai Melano Besar telah didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Melano Besar yang direkodkan terletak di 2°02′N 109°39′E / 2.033°N 109.650°E / 2.033; 109.650 (Sungai Melano Kechil).[5][6]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Melano Besar berpunca di kawasan perhutanan tebal di Gunung Malaka (atau Gunong Malaka, Gunung Mlaka dan Goenoeng Malaka) berdekatan dengan tiang sempadan antarabangsa Malaysia–Indonesia bernombor A60 dan A65. Ketinggian sumber bagi Sungai Melano Besar ialah 220–230 meter (721.8–754.6 ka) dari paras laut. Sungai Melano Besar akan menuju ke hilir dengan pergerakan ke arah utara dahulu, kemudian membengkok ke timur dengan menelusuri kawasan rumput yang menghijau. Kira-kira 2.03 kilometer (1.3 bt) dari hulu sungai, Sungai Stail (atau Sungai Setail) bakal membuat pertemuan dengan Sungai Melano Besar di sini. Sebuah jalan raya ke Kabupaten Sambas, Indonesia, cabang dari Lebuhraya Pan Borneo bakal membuat lintasan dengan Sungai Melano Besar. Bermula di sini, Sungai Melano Besar akan menelusuri kawasan belukar.[1][2][4]

Sungai Melano Besar akan membuat pertemuan kali kedua dengan Sungai Ayer Sejuk (atau Sungai Ayer Sejok) berdekatan dengan kilometer sifar bagi Lebuhraya Pan Borneo. Sungai Melano Besar akan memasuki kawasan pertanian tanaman pokok baka dan kawasan petempatan Kampung Teluk Melano. Sebelum sungai ini tamat, Sungai Ayer Terjun akan membuat pertemuan kali ketiga di utara Kampung Teluk Melano. Sungai Melano Besar tiba muara sungai di Teluk Melano (atau Telok Melano), iaitu bentuk muka bumi jenis teluk di Laut China Selatan, di ketinggian 0 meter (0.0 ka) dari paras laut.[1][2][4] Sungai Melano Besar mempunyai panjang anggaran sebanyak 3.38 kilometer (2.1 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Melano Besar merupakan salah satu sungai yang bermuara di Laut China Selatan.[1][2] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Melano Besar, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[7] Kawasan lembah Sungai Melano Besar dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1997). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  4. ^ a b c "Sungai Melano Besar, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ a b U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia, Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.