Sungai Stail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Stail
Sungei Stail, Sungai Setail
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianKuching
DaerahLundu
Daerah kecilSematan
Ciri-ciri fizikal
SumberGunung Melano
 • lokasiberhampiran sempadan antarabangsa Malaysia–Indonesia
 • ketinggian20–30 meter (65.6–98.4 ka)
MuaraSungai Melano Besar 
 • lokasi
barat Kampung Teluk Melano
 • koordinat
2°00′19″N 109°38′11″E / 2.00535°N 109.63635°E / 2.00535; 109.63635Koordinat: 2°00′19″N 109°38′11″E / 2.00535°N 109.63635°E / 2.00535; 109.63635
 • ketinggian
10 meter (32.8 ka)
Panjang1.30 kilometer (0.8 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Melano Besar → Laut China Selatan

Sungai Stail (Jawi: سوڠاي ستاءيل; juga dikenali sebagai Sungai Setail dan Sungei Stail) merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Lundu, iaitu salah satu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Sungai Stail secara pentadbirannya merupakan sungai dalam Bahagian Kuching, iaitu bahagian di barat daya negeri Sarawak.[3][4][5] Ia terletak kira-kira 900 kilometer (559.2 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Sungai Stail telah didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970, dengan nama "Sungai Setail". Lokasi koordinat Sungai Stail yang direkodkan terletak di 2°06′N 109°39′E / 2.100°N 109.650°E / 2.100; 109.650 (Sungai Stail).[5][6] Sungei Stail merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu yang digunakan untuk menamakan sungai ini sebelum tahun 1972.[5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sungai Stail berpunca di kawasan perhutanan tebal di Gunung Melano (atau Gunung Melanau dan Gunung Milano) berdekatan dengan tiang sempadan antarabangsa Malaysia–Indonesia bernombor A50. Ketinggian sumber bagi Sungai Stail ialah 20–30 meter (65.6–98.4 ka) dari paras laut. Pergerakan sungai dari hulu ke hilir kebanyakanya menuju ke arah tenggara. Sungai Stail akan menelusuri kawasan belukar sepanjang 856 meter (0.5 bt). Sungai Stail membuat pertemuan Sungai Melano Besar sebagai muara sungai di sini dekat sebuah bulatan jalan raya Lebuhraya Pan Borneo di barat Kampung Teluk Melano, di ketinggian 10 meter (32.8 ka) dari paras laut.[1][2][4] Sungai Stail mempunyai panjang anggaran sebanyak 1.30 kilometer (0.8 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Sungai Stail merupakan satu daripada tiga anak sungai kepada Sungai Melano Besar. Sungai Stail merupakan anak sungai yang pertama dari hulu Melano Besar, yang bermuara di Sungai Melano Besar.[1][2] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Stail, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[7] Kawasan lembah Sungai Stail dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan padang rumput.[1][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1997). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  4. ^ a b "Sungai Stail, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ a b c U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia, Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.