Suri Katriana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suri Katriana merupakan drama yang ditayangkan di slot Tiara di Astro Prima bagi menggantikan drama Puteri Yang Ditukar yang kini telah pun tamat siarannya. Drama ini mula ditayangkan pada 30 Oktober 2019 dan berakhir pada 06 Januari 2020.

Suri Katriana
GenreKeluarga
Melodrama
Dendam
Cinta
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Ernie Zakri
Ummi Nazeera
Aishah Azman
Nadiya Nisaa
Zul Huzaimy
Nazim Othman
Lagu pembukaan"Sinar Mata Hati" nyanyian Ernie Zakri
Lagu penutup"Sinar Mata Hati" nyanyian Ernie Zakri
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod49
Penerbitan
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Astro Prima HD
Siaran asal29 Oktober 2019 – 6 Januari 2020
Kronologi
MengikutiPuteri Yang Ditukar
Diikuti olehDua Takdir Cinta

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Suri merupakan seorang gadis kampung yang naif dan baik hati namun segalanya berubah selepas berlaku beberapa tragedi yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Keadaan tersebut memaksa Suri untuk menerima lamaran daripada bekas majikan ibunya, Tuan Syed Sadiq (Hasnul Rahmat). Setelah berkahwin, Suri kemudian mengikuti Tuan Syed untuk berpindah ke Siam. Namun begitu, tidak lama kemudian Tuan Syed didapati telah meninggal akibat serangan jantung.

Selepas kematian Tuan Syed, Suri mulai mengubah wajah dan identitinya sebagai Katriana (Ummi Nazeera). Rancangannya untuk membalas dendam terhadap kematian kedua orang tuanya bermula setelah Katriana bertemu semula dengan Faizal (Zul Huzaimy) dan Yasmin (Aishah Azman). Dendamnya kian memuncak apabila dia bertemu semula dengan Saerah (Nadiya Nisaa) yang memberitahunya bahawa kejadian tragis yang menimpa kedua orang tuanya sebelum ini adalah disebabkan oleh perbuatan konspirasi Tuan Syed, Faizal dan Yasmin. Katriana mula menggunakan khidmat Edora (Ezzaty Abdullah) sebagai pembantu peribadi dan rakan subahatnya dalam melaksanakan semua rancangannya untuk membalas dendam. Segala rancangan licik Katriana dilaksanakan Edora. Walau bagaimanapun, tidak kesemua rancangan tersebut berjalan dengan lancar kerana disebabkan suatu kesilapan yang hampir meragut nyawa kekasih hatinya, Danial (Nazim Othman) membuatkan Katriana tidak teragak-agak untuk membunuh Edora. Selepas kematian Edora, Katriana menjalankan rancangannya untuk memburu sasaran terakhirnya, Yasmin. Katriana mulai bertindak menculik Yasmin dan membawanya kembali semula ke kampung halaman mereka. Katriana merancang untuk membunuh Yasmin dengan cara yang sama seperti cara ibunya dibunuh. Danial, Saerah dan Faizal mencuba untuk memujuk Katriana namun segalanya terlambat apabila Katriana bertekad untuk meneruskan niatnya. Faizal dan Yasmin akhirnya terbunuh dalam kebakaran yang terjadi disebabkan Katriana. Akhirnya Katriana meringkuk di dalam penjara seumur hidup setelah dia disabitkan dengan kesalahannya yang menyebabkan kematian Faizal dan Yasmin.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Dibantu oleh[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Ernie Zakri membawa watak Suri hanya sempat berlakon dari episod 1-8 kemudian watak itu diserahkan kepada Ummi Nazeera dari episod 9 sehingga episod akhir ,kerana tuntutan watak memandangkan Suri asal berkahwin dengan Tuan Sadiq semata-mata pembedahan plastik dengan menggunakan muka Katriana iaitu jasad isteri Tuan Sadiq di Thailand.
  • Ummi Nazeera kembali berlakon selepas melahirkan anak sulung pada 2018.
  • Lokasi penggambaran dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Phuket, Thailand untuk episod 6-8.
  • Drama ini adalah terakhir sebelum wabak COVID-19 melanda di Malaysia pada Mac 2020,namun mujur drama tersebut berjaya disiapkan pada Julai 2019.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Astro Prima: Slot Tiara, Isnin–Jumaat, 6:00 petang
Sebelumnya Suri Katriana Berikutnya
Puteri Yang Ditukar Dua Takdir Cinta