Musa Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berbahagia Tun
 Musa Hitam
Musa Hitam

Tempoh berjawat
1981 – 1986
Didahului oleh Mahathir bin Mohamad
Digantikan oleh Tun Ghafar Baba

Tempoh berjawat
1981 – 1986

Tarikh lahir 18 April 1934 (80 tahun)
Tempat lahir Segamat, Johor.
Parti politik UMNO
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Tun Musa Hitam (lahir 18 April 1934) ialah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981-1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Segamat, Johor. Musa belajar di English College (kini "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru dan memperoleh ijazah Sarjana Mudanya dari Universiti Malaya. Beliau kemudian mengambil kursus sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti Sussex, United Kingdom. Selain daripada menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuk Doktor Kehormat dari Universiti Sussex, Musa juga pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat antarabangsa beberapa kali. Ini termasuklah Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel, Ahli Lembaga UNESCO, Ketua Perwakilan Pemerhati Komanwel untuk pilihan raya umum Malawi, serta Ahli Perwakilan Menteri Komanwel ke Nigeria, Pakistan, Fiji, dan Gambia.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1960-an, Musa dilantik menjadi Pemangku Setiausaha Agung UMNO. Beliau masuk Parlimen Malaysia buat pertama kali pada tahun 1969 dan berkhidmat sebagai timbalan menteri untuk suatu tempoh yang singkat. Musa kemudian dipecat daripada UMNO, akibat pengingkaran semasa Peristiwa 13 Mei, oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu. Semasa dipecat, beliau mengambil sarjananya di Universiti Sussex. Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1971, beliau diterima semula menyertai UMNO oleh Tun Abdul Razak. Musa dilantik sebagai Timbalan Whip Parlimen untuk parti campuran Parti Perikatan dan dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada 1978.

Pada tahun 1981, Musa dipilih menjadi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Dalam Negeri pada 1981-1986, Musa telah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri Perdagangan & Industri, Menteri Perusahaan Utama (1974-1978) dan Menteri Pendidikan (1978-1981).

Peristiwa Memali terjadi pada November 1985, ketika Musa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986, disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara. Kemudian pada 1987, beliau dicabar oleh Tun Ghafar Baba untuk jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan ditewaskannya.

Selepas politik[sunting | sunting sumber]

Antara tahun 1990 dan 1991, Musa dilantik sebagai Utusan Khas Malaysia untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan sejak 1995, beliau merupakan Utusan Khas Perdana Menteri untuk Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel (CMAG). Beliau juga mengetuai perwakilan Malaysia untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR) dari 1993 sehingga 1998, dan dipilih sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 untuk Suruhanjaya tersebut pada tahun 1995. Musa dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dari 1999 hingga 2002.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, pada 1994.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Nasionalisme: Krisis dan kematangan ,Pelanduk Publications ; 1986


Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
18 Julai 198116 Mac 1986
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Ghafar Baba