Rais Yatim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato' Seri Utama Rais Yatim
Rais Yatim

Rais Yatim


Menteri Luar Negeri
Tempoh berjawat
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului oleh Tan Sri Syed Hamid Albar
Digantikan oleh Dato' Sri Anifah Haji Aman

Ahli Parlimen
untuk Jelebu
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
1999
Didahului oleh Tidak diketahui

Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO (Barisan Nasional)
Pasangan Datin Seri Utama Masnah Rais
Anak 4
Pekerjaan Bendera Malaysia Ahli Parlimen Menteri
Agama Islam

Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim (lahir 15 April 1942) merupakan bekas Menteri Luar Negara Malaysia dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Kini beliau memegang jawatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Isi kandungan

[sunting] Kehidupan awal

Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Pernah menjadi guru bahasa selepas tamat perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai pada tahun 1964. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah pertama pada tahun 1973. Memperolehi ijazah kedoktoran undang-undang dari University of London pada 1994.

[sunting] Politik

Memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1974-1976), Timbalan Menteri Undang-undang (1976-1977), dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1977-1978). Datuk Dr. Rais pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982.

Beliau pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Semangat 46. Namun setelah Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali ke pangkuan UMNO.

[sunting] Pilihan raya Malaysia 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rais Yatim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jelebu , negeri Negeri Sembilan. Rais Yatim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19737.

Calon lawan ialah Norman Bin Ipin dariPAS mendapat 8,127 Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 769.

[sunting] Penulisan

Antara buku hasil tulisan beliau ialah :

  1. Faces in the corridors of power : a pictorial depiction of Malaysian personalities in positions of power and authority , Pelanduk, 1987.
  2. Jelebak-jelebu : corat-coret anak kampung , DTP Enterprise Sdn. Bhd., 2004.

[sunting] Lihat Juga

Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
12 Julai 197829 April 1982
Penyandang Kemudian
Dato' Mansor bin Othman Tan Sri Isa Abdul Samad


Penyandang Terdahulu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
30 Mac 20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
??? Mohd Shafie Apdal


Penyandang Terdahulu Menteri Luar Negeri
19 Mac 20089 April 2009
Penyandang Kemudian
Syed Hamid Albar Anifah Aman
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain