Bandar Mahkota Cheras
Bandar Mahkota Cheras wujud sekitar tahun 2000 di Cheras, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah bangunan Plaza Phoenix,Taman Megah, Taman Seri Cheras Jaya, Bukit Dukung, Bandar Tun Hussein Onn, Damai Perdana , Taman Connought, Cheras Perdana, Bandar Sungai Long, Balakong dan Taman Koperasi Cuepac. Bandar ini berhampiran dengan Lebuhraya Cheras-Kajang yang dikendalikan oleh Grand Saga Sdn Bhd.
[sunting] Kontroversi sekatan laluan ke lebuh raya Grand Saga
Penduduk Bandar Mahkota Cheras enggan membayar tol di Plaza Tol Batu 11, Cheras lalu merobohkan tembok penghadang di Lebuh raya Cheras-Kajang yang dibina oleh pihak Grand Saga pada 2006. Penduduk sekitar lebuh raya ini terpaksa / dipaksa menggunakan lebuh raya berbayar kerana jalan raya lama telah dinaiktaraf menjadi lebuh raya. Tanpa tembok penghadang tersebut laluan ke Kuala Lumpur hanya 1.5 km sahaja. Tapi jika hendak mengelakkan tol, penduduk terpaksa menambah perjalanan 6.7 km . Ekoran kontroversi ini, majoriti pengundi Cheras beralih parti dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.