Taiyaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taiyaki
Taiyaki yang dipanggang

Taiyaki (Jepun: たい焼き、鯛焼き、たいやき、タイヤキ) adalah sejenis kuih Jepun berbentuk ikan. Bahagian atas kuih dipanggang secara asing dengan bahagian bawah kuih. Setelah kuih hampir masak, kedua-duanya disatukan dengan jem kacang merah. Kuih ini juga sering diisi dengan coklat, kastad, keju, atau sosej. Sama seperti adunan dorayaki atau penkek, adunan taiyaki dibuat dari campuran tepung gandum, gula pasir, tepung penaik, telur ayam, dan air.

Dalam bahasa Jepun, tai (Jepun: ) adalah sebutan untuk semua ikan dari famili Sparidae. Loyang untuk memanggang kuih berbentuk ikan juga disebut taiyaki (yaki dalam bahasa Jepun bermaksud panggang). Taiyaki bermutu tinggi biasanya dinilai melalui isi kacang merah yang sampai di bahagian ekor.[1]

Kuih taiyaki menjadi tema lagu "Oyoge! Taiyaki-kun" ("Ayuh berenang! Si Taiyaki") yang dinyanyikan Masato Shimon. Hingga kini, lagu tersebut merupakan lagu terlaris dalam sejarah industri rakaman Jepun.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Taiyaki asalnya adalah imagawayaki yang dicetak dalam pelbagai bentuk binatang. Di Jepun, ikan tai adalah ikan mahal yang hanya dimakan rakyat untuk keraian yang istimewa. Penjual imagawayaki juga membuat kuih berbentuk ikan agar rakyat yang jarang memakan ikan tai dapat merasakannya. Selain itu, ikan tersebut dipercayai membawa keuntungan lalu menyebabkan imagawayaki dalam bentuk ikan popular lantas menjadi taiyaki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barakan, Mayumi Yoshida. (1996). Tokyo City Guide. Tokyo City Guide. ISBN 0-8048-1964-5. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]