Teksi motosikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seorang pengusaha ojek (teksi motosikal) di hentian teksi motosikal di Indonesia.
Teksi motosikal di Bangkok, Thailand. Para pengusahanya diwajibkan memakai pakaian seragam berwarna jingga.

Teksi motosikal, juga dikenali sebagai ojek di Indonesia, merupakan satu bentuk pengangkutan awam berlesen yang menggunakan motosikal untuk dijadikan sebagai teksi bagi mengangkut seorang penumpang sahaja bagi satu-satu masa. Kaedah pengangkutan ini popular di Indonesia, India, Kemboja dan Thailand berikutan keadaan trafik yang sesak serta lambakan motosikal kapcai yang murah di sana, biasanya keluaran Honda, Yamaha dan Suzuki. Tidak seperti teksi kereta, teksi motosikal berupaya untuk mencelah di jalan-jalan sibuk sebagaimana motosikal biasa. Pengusaha teksi motosikal lazimnya memiliki motosikal sendiri untuk dijadikan sebagai teksi. Untuk membolehkan teksi motosikal berupaya untuk membawa muatan barang, pengusaha lazimnya akan memasang bakul serta kotak simpanan. Pengusaha juga perlu menyediakan topi keledar tambahan untuk kegunaan penumpang.

Teksi motosikal biasanya tidak dipasang meter; oleh itu, bakal penumpang perlu tawar-menawar dengan pengusaha bagi memperoleh tambang yang munasabah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Tunas motosikal Rencana berkaitan motosikal, skuter dan moped ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.