Temberang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Temberang"
Single oleh Ayda Jebat
Dilancarkan pada20 Disember 2018
FormatMuat turun digital
GenreR&B, pop
Panjang3:21
SyarikatXeno Music
PenulisHael Husaini, Ezra Kong
Kronologi Kronologi single Ayda Jebat
""Mata"
(2017)"
"Temberang"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Temberang" ialah lagu oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat. Ia dikeluarkan sebagai single kelimanya pada 20 Disember 2018 melalui Xeno Music dengan lagu dan lirik oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.[1] Lagu ini menjadi rakaman pertama Ayda bersama Xeno susulan penjenamaan semula Xeno Entertainment daripada Paranormal Talents.

Ayda mengumumkan pada Februari 2019 bahawa "Temberang" tidak akan dipertandingkan di Muzik Muzik sambil mengatakan: "Saya memang tidak berhasrat mencalonkan lagu ini dalam musim terbaru Muzik Muzik kerana ia dirakam bukan untuk dipertandingkan".[2] "Temberang" ialah sebuah lagu yang dipengaruhi dengan elemen muzik ala ‘dangdut timur tengah’.[3]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video untuk lagu ini mengambil masa dua hari untuk disiapkan. Untuk ini, Ayda sanggup memberikan sepenuh tumpuan dengan mengambil bahagian dalam urusan penerbitan video muziknya. "Pada awalnya, kami merancang menjalani penggambaran klip video ini di Dubai tetapi atas sebab-sebab tertentu hasrat terbabit terpaksa dibatalkan. Jadi, saya hasilkan sebuah jalan cerita dan ia direalisasikan dengan sempurna oleh pengarahnya, Aaron Lee daripada Lenswork. Selepas selesai penggambaran, saya turut terbabit dalam proses suntingan bersama pihak Lenswork bagi mendapatkan hasil yang memuaskan,".[4]

Muzik video "Temberang" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Ayda pada 21 Disember 2018 jam 9 malam. Ia berjaya menduduki tangga pertama carta trending di YouTube Malaysia, sekaligus mendapat hampir 375,000 tontonan serta 18,000 tanda suka. Muzik video ini turut menampilkan dua pelakon, JC Chee dan Sean Lee[5][6] serta penampilan khas daripada Yang Bao Bei dan Ann Maziah.

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[7]
  1. "Temberang" – 3:21

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2018) Kedudukan
carta
Era FM
Hot FM
Muzik Muzik

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 20 Disember 2018 Muat turun digital[7]
Penstriman digital[8]
Xeno Music

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hilal Azmi (25 Disember 2018). 'Temberang' Ayda Jebat ajak lelaki berdangdut Astro Awani. Dicapai pada 25 Disember 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (27 Februari 2019). Temberang tak akan dipertandingkan dalam Muzik Muzik Berita Harian. Dicapai pada 1 Mac 2019.
  3. ^ ‘Mana Ada Tiru Lagu KPOP?’- Ayda Jebat Komen Isu Lagu Temberang XTRA (26 Januari 2019). Dicapai pada 1 Februari 2019.
  4. ^ Najiy Jefri (1 Januari 2019). Kuasa temberang Ayda Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  5. ^ Tak sampai 48 jam, Temberang Ayda Jebat trending no 1 di YouTube Astro Awani (23 Disember 2018). Dicapai pada 23 Disember 2018.
  6. ^ Najiy Jefri (23 Disember 2018). Temberang Ayda Jebat menjadi Harian Metro. Dicapai pada 23 Disember 2018.
  7. ^ a b "Temberang - Single - Ayda Jebat". iTunes Store (MY). Apple. 28 Disember 2018. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  8. ^ "Temberang - Single by Ayda Jebat". Spotify. 28 Disember 2018. Dicapai pada 28 Disember 2018.