Parah Parah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Parah Parah"
Single oleh Ayda Jebat
Dilancarkan pada
  • 12 Disember 2020 (single)
  • 29 Disember 2020 (muzik video)
Format
GenrePop, dangdut
Panjang
  • 3:12 (single)
  • 3:51 (muzik video)
SyarikatXeno Music
PenulisAyda Jebat, Ezra Kong, Mimifly
PenerbitAyda Jebat, Ezra Kong, Mimifly
Kronologi Kronologi single Ayda Jebat
""Better Than You"
(2019)"
"Parah Parah"
"Parah Parah" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Parah Parah" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Ayda Jebat. Lagu ini ialah hasil nukilan bersama Ayda, Ezra Kong dan Mimifly dan dikeluarkan pada 12 Disember 2020 oleh Xeno Music.[1] Muzik videonya menerima kritikan kerana penampilan ghairah Ayda dan penarinya yang menjadi kontroversi seluruh Malaysia, tidak lama selepas dikeluarkan.[2]

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Berdurasi selama 3 minit dan 14 saat, "Parah Parah" ialah sebuah lagu hasil karya Ezra Kong, Mimifly dan Ayda sendiri. Ia berkisarkan mengenai seseorang yang patah hati apabila kekasih menduakannya. Dalam temubual bersama Harian Metro, Ayda berkata: "Melodinya rancak dan saya mahu lari dari kebiasaan. Lagu patah hati tak semestinya kena mendayu-dayu".[3][1]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi "Parah Parah" telah diarahkan oleh tunang Ayda ketika itu, Nabil Mahir (kemudian menjadi suaminya) dan dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Xeno Music pada 29 Disember 2020. Sejak dikeluarkan, ia telah mencecah 1.4 juta tontonan,[3][1] namun telah menerima 100 ribu tanda tidak suka berbanding 35 ribu tanda suka setakat pada awal Februari 2021.[4]

Penggambaran dijalankan selama dua hari, pada 12 dan Disember 2020 di sekitar Selangor termasuklah Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya. Untuk muzik video ini, Ayda menampilkan unsur yang tidak pernah diimpikannya sebelum ini, iaitu Hindustan, Timur Tengah dan 'haiwan'.[3][1] Muzik video ini ialah projek paling termahal pernah diterbitkan oleh Xeno Music.[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas dikeluarkan, muzik video "Parah Parah" menjadi kontroversi apabila ia mendapat kecaman warganet dan teguran daripada pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun yang menyifatkannya sebagai "satu musibah ummah" dan memberi gambaran tidak elok kepada umat Islam.[5][2][6]

Ustazah Asma' telah memuat naik teguran buat Ayda di laman Facebooknya berke­naan muzik video lagu itu yang disifatkan keterlaluan.[5] Katanya: "Ini satu musibah ummah yang parah, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin parah, kalian menghasilkan sebuah video muzik yang menampilkan pe­nyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian yang mengghairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan!".[5]

Bagaimanapun, Ustazah Asma’ tetap bersangka baik dengan beranggapan bahawa Ayda silap percaturan dalam bahagian penari iringan memandangkan Ayda tidak memakai pakaian yang keterlaluan.[5] Dalam muzik video itu, ia memaparkan beberapa segmen tarian oleh Ayda bersama kumpulan penari wanita yang berpakaian seksi dan me­lakukan tarian dan lenggok mengghairahkan seperti tarian lucah.[5] Ayda dilaporkan enggan mengulas mengenai teguran Ustazah Asma' terhadapnya kerana tidak mahu memanjangkan isu ini.[5]

Ustazah Asma' juga menyarankan agar muzik video "Parah Parah" dipadamkan serta-merta di YouTube.[7]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[8]
  1. "Parah Parah" – 3:14

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Kredit diperoleh daripada muzik video.[9]

Lagu
Muzik video
  • Nabil Mahir, Zahilman Ismail - pengarah
  • Alha Alfa - solekan
  • Cody Chua - pendandan rambut
  • VV Chan - pendandan rambut
  • Abushaefhamza - penggaya
  • Becky Lee - koreografer
  • Passion Danz Studio - penggaya
  • Emka Artistry - solekan
  • Zac Lee - solekan
  • Prashan Chitty - penerbit eksekutif
  • Melakaboy - penerbit eksekutif
  • The Malaya - pasukan penerbitan
  • Zahilmy Ismail - penerbit
  • Khaidir Shahri - kamera, penyunting
  • Faqqar Emeer - pembantu kamera
  • Zaidan Ismail - gaffer
  • Raja Sani - penata seni
  • Norhazwani Jalil - pengurus penerbitan
  • Akhmal Sazali - di belakang tabir
  • Ekhmal Effendi - di belakang tabir
  • Rockin Studio - fotografi
  • Hassan - teknikal
  • Hilman - teknikal
  • Shirazie - teknikal
  • Azwan Shah - teknikal
  • Affiq - teknikal
  • Zalqisty Ismail - teknikal

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 12 Disember 2020 Muat turun digital[8]
Penstriman digital[10]
Xeno Music

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Mohd Haikal Isa (26 Januari 2021). "Kisah 'parah' bulan madu Ayda". Kosmo!. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  2. ^ a b Nur Asyikin Mayudin (1 Februari 2021). "Ustazah Asma Harun tegur MV artis pamer tarian lucah separuh bogel – "Kalian bangga dengan maksiat, ini musibah ummah yang parah"". mStar Online. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  3. ^ a b c Najiy Jefri (28 Januari 2021). "Seronok bekerja dengan suami". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  4. ^ "Video muzik Ayda Jebat kurang dapat sambutan". Media Permata. 6 Februari 2021. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  5. ^ a b c d e f Sairul Zamri Misrai (2 Februari 2021). "Teguran lembut Asma' buat Ayda". Kosmo!. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  6. ^ Jamilah Kamarudin (1 Februari 2021). "Aksi tarian separuh bogel, ustazah tehur muzik video lucah Ayda Jebat". ProjekMM. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  7. ^ Amri Hassan (1 Februari 2021). "Papar aksi separuh bogel dan tarian mengghairahkan, Ustazah Asma' Harun mohon muzik video Parah Parah Ayda Jebat dipadamkan". Astro Gempak. Dicapai pada 6 Februari 2021.
  8. ^ a b "Parah Parah - single by Ayda Jebat". iTunes (MY). Dicapai pada 5 Februari 2021.
  9. ^ "Parah Parah" (catatan media). Ayda Jebat. Xeno Music. 12 Disember 2020.CS1 maint: others (link)
  10. ^ "Parah Parah, a song by Ayda Jebat". Spotify. Dicapai pada 5 Februari 2021.