Era

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Era FM)
Lompat ke: pandu arah, cari
Era FM
Era FM.jpg
Kawasan penyiaran Bukit Jalil,Kuala Lumpur,Bendera Malaysia Malaysia
Tarikh siaran pertama 1 Ogos 1998
Format Hit semasa
Pemilik Astro All Asia Networks plc, di bawah Airtime Management and Programming
Tapak sesawang ERA FM Online


ERA ialah sebuah stesen radio Malaysia dengan jumlah 4.8 juta pendengar pada tahun 2012 (dahulu jumlah 4.5 juta pendengar ERA pada tahun 2008). Stesen radio ini pernah menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia sehingga 2008, tetapi pada tahun 2012, ERA FM kembali menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia. Stesen radio nombor 1 selepas itu disandang oleh Hot FM dan Sinar FM. ERA merupakan stesen radio milik AMP Radio Networks, anak syarikat Astro All Asia Networks dipancarkan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Antara slot yang mempunyai jumlah pendengar yang tinggi adalah Carta ERA (kini dinamakan Carta ERA 40) dan Pagi di ERA (kini dinamakan JoHaRa Pagi ERA).

ERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu Hijau. Kini Era FM menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa.

Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik".

Isi kandungan

[sunting] Penyampai radio

[sunting] Bekas penyampai Era FM (1998 - sekarang)

Stesen radio ini mempunyai jumlah bekas penyampai yang paling ramai dalam kategori stesen radio swasta.

[sunting] Slot Siaran ERA

(Isnin - Jumaat)

  • 6.00am - 10.00am : JoHaRa Pagi ERA (Johan, Ray & Haniff)
  • 10.00am - 12.00pm : muzik erathon (Dina)
  • 12.00pm - 4.00pm  : muzik erathon (Ira)
  • 4.00pm - 8.00pm  : Petang ERA (Adi & Zahid)
  • 8.00pm - 12.00pm : @zon era (Shac)
  • 12.00pm - 6.00am  : Muzik Muzik

(Sabtu)

  • 11.00am - 12.00pm : Carta A-Pop
  • 12.00pm - 4.00pm  : Carta Hit Era 40 (Aznil)
  • 11.00pm - 12.00am : Dansa ERA

[sunting] Frekuensi Era FM

  • Langkawi (90.7 FM)
  • Miri, Sarawak (101.3 FM)
  • Kuantan (98.0 FM)
  • Kuching, Sarawak (96.1 FM)
  • Ipoh, Perak (103.7 FM)
  • Kota Kinabalu, Sabah (102.4 FM)
  • Taiping, Perak (95.2 FM)
  • Tapah, Perak (102.0 FM)
  • Kuala Terengganu, Terengganu (102.8 FM)

[sunting] Laman web ERA

Laman web era.fm diwujudkan pada 5 Julai 2001 sempena dengan pelancaran Anugerah ERA 2001 bertujuan untuk memberi skop dan perkhidmatan yang lebih meluas kepada jutaan pendengar. Laman web berkenaan menyampaikan berita dan maklumat mengenai perkembangan remaja dan perkembangan hiburan kepada dunia di samping membawa revolusi ke wajah radio tradisional.

Radio ERA, melalui laman webnya, mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Anugerah MSC-Asia Pasifik ICT (MSC-APICTA) 2002.

[sunting] No. 1 hit di Carta ERA

2000

  • Melly Goeslow "Jika"

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

  • Adam "Benar-benar"
  • 6ixth Sense & Noe (Letto) "Cinta Yang Sempurna"
  • Bob "Cinta Terhalang"
  • Bunkface "Situasi"
  • Afgan "Terima Kasih Cinta"
  • Alyah "Tak Mungkin Kerna Sayang"
  • Bunkface "Revolusi"
  • Rossa feat. Pasha (Ungu) "Terlanjur Cinta"
  • Aizat "Kau Aku"
  • Stacy "Pakai Buang"
  • Agnes Monica "Teruskanlah"
  • Aril "Menatap Matamu"

2010

2011

2012

  • Dadali "Di Saat Ku Mencintaimu"
  • Yuna "Terukir Di Bintang"

[sunting] Kritik

Sebelum kemunculan Hot FM, ERA FM pernah dikritik kerana memotong bahagian tertentu di dalam lagu yang sedang disiarkan. Bagaimanapun, ia tidak lagi berlaku selepas ERA FM mengambil keputusan untuk menyiarkan hanya lagu sahaja pada waktu tengah malam.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain